Adidas Hyperrelay Himpunkan 80 Pelari, 11 Kelab Larian Di LahLahLand
adidas Malaysia menghimpunkan 80 pelari daripada 11 kelab larian menerusi adidas Hyperrelay di LahLahLand, MIECC, dengan cabaran relay 500 meter yang menguji kepantasan dan kerjasama berpasukan.
- adidas Hyperrelay menghimpunkan 80 pelari daripada 11 kelab larian dalam cabaran lari berganti-ganti di LahLahLand, MIECC.
- Selain pertandingan, acara ini turut mengetengahkan adidas Hyperboost Edge, kasut terbaik pilihan Runner's World bagi 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau sebelum ini acara larian sering dikaitkan dengan mengejar masa dan mencatat rekod peribadi, adidas Malaysia tampil dengan pendekatan berbeza menerusi adidas Hyperrelay yang menggabungkan semangat persaingan, kerjasama berpasukan dan budaya komuniti.
Berlangsung pada 12 Oktober 2026, acara itu menghimpunkan 80 pelari daripada 11 kelab larian yang bertanding dalam cabaran lari berganti-ganti sejauh 500 meter di LahLahLand, MIECC.

Dengan penyertaan 16 pasukan, acara ini bukan sekadar menguji kepantasan setiap pelari, tetapi turut menuntut kerjasama dan koordinasi yang baik bagi memastikan setiap pertukaran pelari berjalan lancar.
16 Pasukan Berentap, Upbound Muncul Juara
Berteraskan semangat RUN HYPER, setiap pasukan terdiri daripada lima pelari yang perlu menyelesaikan satu pusingan secara berganti-ganti.

Upbound berjaya muncul sebagai juara keseluruhan, diikuti adidas Hybrid Squad di tempat kedua dan Brand New Waves Team 2 di tempat ketiga.
Empat pasukan terbaik turut menerima pengiktirafan dalam sesi penyampaian hadiah sebagai penghargaan atas prestasi mereka sepanjang pertandingan.
Lebih daripada sekadar perlumbaan, acara ini turut memperlihatkan bagaimana sukan larian mampu menyatukan individu daripada latar belakang dan komuniti berbeza menerusi minat yang sama.
adidas Hyperboost Edge Jadi Tumpuan
Selain aksi di trek, adidas Hyperrelay turut mengetengahkan adidas Hyperboost Edge, kasut larian yang direka untuk memberikan pengalaman larian yang ringan, selesa dan responsif.

Dari segi teknologi, Hyperboost Edge menggabungkan tiga komponen utama, iaitu Hyperboost Pro foam, bahagian atas PRIMEWEAVE dan tapak luar LIGHTTRAXION.
Gabungan tersebut direka untuk memberikan kusyen, pulangan tenaga dan responsif ketika berlari, sekali gus menyokong pelari sepanjang sesi latihan atau larian jarak jauh.
Menariknya, peserta berpeluang mencuba kasut berkenaan menerusi ruang percubaan dan pameran khas yang disediakan sepanjang acara.
Empat pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir juga menerima kasut larian adidas sebelum meneruskan saingan ke peringkat seterusnya, membolehkan mereka merasai sendiri prestasi kasut tersebut dalam suasana pertandingan.
Bukan Sekadar Larian, Ada Muzik Dan Suasana Komuniti
Apa yang menjadikan adidas Hyperrelay lebih menarik ialah suasana di luar trek perlumbaan.

Selepas pusingan separuh akhir, DJ JHIN mengambil alih pentas untuk meneruskan kemeriahan menerusi persembahan muzik, sekali gus mengekalkan momentum acara selepas perlumbaan berakhir.
Gabungan sukan, muzik dan budaya sneakers ini menjadikan pengalaman tersebut lebih luas daripada pertandingan larian biasa.
Pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan pelari beraksi, malah berpeluang berinteraksi dengan komuniti yang berkongsi minat terhadap sukan dan gaya hidup aktif.
Pertama Kali adidas Anjurkan Aktivasi Larian Di LahLahLand

Kerjasama ini menggabungkan dunia prestasi sukan dengan suasana festival yang lebih dekat dengan komuniti dan budaya anak muda.
Menerusi adidas Hyperrelay, adidas Malaysia meneruskan usaha mewujudkan platform yang menghubungkan orang ramai melalui sukan, sambil meraikan semangat kebersamaan yang menjadikan aktiviti larian lebih bermakna.
Akhirnya, pengalaman seperti ini membuktikan bahawa larian bukan semata-mata tentang siapa yang paling pantas sampai ke garisan penamat, tetapi juga tentang hubungan yang terjalin, semangat berpasukan dan pengalaman yang dikongsi sepanjang perjalanan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai aktiviti dan produk adidas Malaysia, ikuti @adidasMY di Instagram.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.