Now Reading
Adidas Bawa Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team Ke KLCC, Ada Baju Eksklusif, Kereta & Aktiviti

Adidas Bawa Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team Ke KLCC, Ada Baju Eksklusif, Kereta & Aktiviti

Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Sepang telah mencatatkan rekod kehadiran penonton sebanyak 261,000 sepanjang 3 hari.

In Brief
  • Adidas kempen LIGHTS OUT KUALA LUMPUR menarik hampir 100,000 peminat motorsport menerusi lima aktiviti berbeza di Lembah Klang.
  • Pop-up di The Exchange TRX menampilkan koleksi eksklusif, kereta Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ dan kehadiran George Russell serta Kimi Antonelli.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semenjak kemunculan semula Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang, minat terhadap dunia motorsport di Malaysia semakin popular.

Ia juga bukan sahaja dalam litar berlumba, malah menjangkau luar ke dunia fesyen dan gaya hidup.

Momentum tersebut diteruskan dengan Adidas tampil meriah menerusi kempen LIGHTS OUT KUALA LUMPUR.

Kempen tersebut berjaya menarik hampir 100,000 peminat motorsport menerusi lima aktiviti berbeza di Lembah Klang.

Adidas Bawa Pengalaman Baharu Untuk Peminat Tempatan

Pengalaman baharu untuk peminat. (Foto: Adidas)

Angka tersebut telah mencerminkan minat orang tempatan yang semakin berkembang terhadap dunia motorsport.

Sebagai Rakan Pasukan Rasmi Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team, Adidas telah membawa pengalaman tersebut lebih dekat untuk peminat di Malaysia.

Ia dilakukan menerusi gabungan elemen persembahan, pengalaman dan aktiviti gaya hidup.

Sepanjang minggu perlumbaan tersebut, peminat tempatan dihidangkan pelbagai cara untuk menghayati minat mereka daripada pop-up utama di The Exchange TRX, pengalaman beli-belah, sehinggalah persembahan bercahaya Menara Berkembar KLCC.

Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 Mencatat Rekod Kehadiran Tertinggi

Kemeriahan tersebut hadir pada waktu penting bagi peminat motorsport di negara.

Untuk info, Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 telah mencatatkan rekod kehadiran penonton sebanyak 261,000 sepanjang 3 hari pada hujung minggu tersebut.

Sebahagian daripada jumlah tersebut, 103,000 peminat hadir pada hari perlumbaan (Ahad), sekali gus mencipta rekod baharu bagi Litar Antarabangsa Sepang.

Sambutan menggalakkan itu mencerminkan rasa semangat peminat terhadap kepulangan perlumbaan F1 ke Malaysia selepas kemarau selama sembilan tahun.

Kepulangan itu bukan sahaja dinanti peminat tempatan, malah turut menambah kepada suasana kemeriah di luar litar.

Adidas Pop-Up The Exchange TRX Jadi Tumpuan Utama Peminat

Kereta Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ yang dipamerkan. (Foto: Adidas)

Pop-up LIGHTS OUT KUALA LUMPUR @ The Exchange TRX yang berlangsung dari 22 September hingga 4 Oktober telah menjadikan ruang retail tersebut sebagai destinasi bagi peminat menghayati sudut lain dalam motorsport.

Di situ, mereka berpeluang melihat lebih dekat koleksi baharu Adidas dan merasai suasana meriah tersebut.

Antara merchandise menarik seperti:

  • Koleksi Adidas x Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team
  • Kereta Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+
  • Pengalaman adiClub
  • Baju-T eksklusif Sepang direka khas sempena minggu perlumbaan
  • Rekaan merchandise berinspirasikan motorsport

Kemeriahan ini turut berlaku di beberapa lokasi selain daripada TRX seperti Gateway@klia2, Adidas Factory Outlet @ Mitsui Outlet Park dan JD Sports, IOI City Mall Putrajaya.

Ini membolehkan lebih ramai peminat meneroka koleksi itu sekali gus menyertai kemeriahan minggu perlumbaan tanpa perlu menjejak kaki ke Sepang. .

Penampilan Toto Wolff, George Russell & Kimi Antonelli Di KLCC

George Russell (kiri) dan Kimi Antonelli (kanan) ketika di KLCC. (Foto: Adidas)

Antara momen paling menarik ialah apabila Adidas mengambil alih salah satu mercu tanda paling terkenal di Malaysia.

Persembahan bercahaya di Menara Berkembar KLCC telah mengubah sebuah mercu tanda kebanggaan negara menjadi kanvas untuk meraikan kepulangan F1.

Tambahan pula, persembahan tersebut turut melihat kehadiran Ketua Pasukan & Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team, Toto Wolff.

Selain itu, dua pelumba yang diminati ramai iaitu George Russell dan Kimi Antonelli.

Kehadiran mereka bertiga sudah tentu membuat peminat tempatan gembira sambil ditemani mercu tanda negara di latar belakang.

Kehadiran mereka sekali gus menghubungkan perkongsian global adidas dengan suasana yang cukup Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Adidas Originals Sport Kini Di Malaysia, Koleksi Pakaian Senaman Untuk Wanita Bergaya & Aktif

Baca Artikel Berkaitan: Adidas Bawa Hyperboost Edge Ke Desa ParkCity! Ada Larian 5KM, Kopi Dan Muzik | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd