[Foto] PM Anwar Ibrahim Pakai Batik Ketika F1, Siapa Sangka Inspirasinya Dari Litar Bahrain?
Penampilan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri acara F1 mencuri perhatian apabila beliau tampil mengenakan batik custom daripada Batik Boutique yang diinspirasikan daripada reka bentuk litar Bahrain.
PM Anwar Ibrahim memakai batik custom berinspirasikan reka bentuk litar Bahrain ketika menghadiri acara Formula 1 baru-baru ini.
Batik Boutique menghasilkan koleksi ini dengan menggabungkan elemen motorsport antarabangsa bersama pendekatan batik Malaysia yang moden dan kemas.
Projek ini membuktikan merchandise acara boleh melampaui logo biasa dengan membawa cerita budaya dan identiti tempatan yang bermakna.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Penampilan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri acara Formula 1 baru-baru ini bukan sahaja menarik perhatian kerana kehadirannya di litar, malah pakaian yang digayakannya turut mencuri pandangan.
Beliau tampil mengenakan sehelai batik custom yang mempunyai elemen visual diinspirasikan daripada reka bentuk litar Bahrain, satu gabungan yang agak unik antara dunia motorsport dan seni kraf tradisional Malaysia.
Pakaian tersebut dihasilkan oleh Batik Boutique sebagai sebahagian daripada projek merchandise F1, dengan reka bentuk yang cuba membawa tenaga dan pergerakan dunia perlumbaan ke dalam bentuk batik yang lebih moden dan mudah dipakai.
Apabila F1 Bertemu Batik
Bagi projek ini, arah reka bentuk bermula dengan inspirasi daripada logo litar Bahrain.
Cabarannya adalah untuk menerjemahkan elemen visual yang sinonim dengan motorsport kepada rekaan batik yang masih kelihatan kemas, moden dan mudah dipakai.
Jika rekaan motorsport biasanya dikaitkan dengan garisan yang dinamik, grafik yang berani dan rasa kelajuan, batik pula mempunyai identiti tersendiri melalui corak, pergerakan dan sentuhan seni kraf.
Gabungan dua dunia ini memerlukan keseimbangan supaya pakaian yang dihasilkan tidak kelihatan seperti merchandise acara biasa.
Sebaliknya, ia direka supaya mempunyai identiti tersendiri dan masih relevan untuk dipakai dalam suasana lain.
Dari Logo Litar Kepada Rekaan Pakaian
Batik Boutique melihat projek ini sebagai satu proses menterjemahkan reka bentuk, bukannya sekadar menghasilkan pakaian dengan logo acara.
Pasukan mereka meneliti elemen daripada reka bentuk litar Bahrain sebelum mengadaptasikannya ke dalam bahasa visual yang lebih dekat dengan batik.
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk bagaimana corak tersebut boleh berfungsi pada pakaian, kesesuaiannya untuk potongan lelaki dan wanita serta bagaimana identiti acara boleh dikekalkan tanpa menjadikan rekaan terlalu sarat.
Pilihan pakaian lengan panjang juga memberikan koleksi ini penampilan yang lebih kemas berbanding merchandise acara yang lazimnya hadir dalam bentuk T-shirt.
Ia sesuai untuk dipakai ketika acara, majlis korporat, tetamu rasmi atau sebagai pakaian yang boleh terus digunakan selepas perlumbaan.
Merchandise Yang Memiliki Cerita Tersendiri
Pada akhirnya, koleksi ini hadir sebagai pakaian batik custom untuk lelaki dan wanita dengan inspirasi daripada reka bentuk litar Bahrain.
Ia menggabungkan elemen motorsport antarabangsa dengan pendekatan Batik Boutique terhadap batik Malaysia, menghasilkan merchandise yang lebih dekat dengan identiti dan budaya tempatan.
Projek seperti ini juga menunjukkan bahawa merchandise acara tidak semestinya berhenti pada logo atau nama sesebuah acara.
Dengan pendekatan yang lebih kreatif, sehelai pakaian boleh membawa cerita tentang acara, tempat dan budaya yang mengelilinginya.
Lebih Daripada Sekadar Cenderamata
Untuk acara berskala antarabangsa seperti F1, merchandise juga boleh menjadi salah satu cara untuk memperkenalkan elemen tempatan kepada khalayak yang lebih luas.Dalam kes ini, inspirasi daripada litar Bahrain diterjemahkan ke dalam karya yang menggunakan pendekatan batik, sekali gus mempertemukan dunia motorsport dengan seni kraf Malaysia.
Ia juga menunjukkan bagaimana tempahan custom boleh menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna untuk acara, pasukan, organisasi atau jenama, bukan sahaja sebagai cenderamata, tetapi sebagai produk yang mempunyai nilai reka bentuk dan cerita tersendiri.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars.
Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.