[Foto] Saucony ProGrid Omni 9, Sneakers Retro Dengan Gaya ‘90s Yang Kembali Popular
Saucony ProGrid Omni 9 kembali dengan rekaan retro-tech yang cukup menonjol, lengkap dengan teknologi ProGrid, struktur sokongan dan material mesh untuk kegunaan harian.
- Saucony ProGrid Omni 9 features a bold retro-tech design with chunky silhouette, open mesh upper, and rubberised cage for daily wear versatility.
- Priced at RM635, it suits retro sneaker fans wanting a lifestyle shoe beyond mainstream options, pairing well with casual or streetwear outfits.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ada sesetengah sneakers yang semakin lama, semakin menarik untuk dipakai semula. Bukan kerana rekaannya berubah banyak, tetapi kerana trend akhirnya kembali kepada apa yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Saucony ProGrid Omni 9 antara model yang masuk dalam kategori tersebut.

Tetapi itulah yang membuatkan ProGrid Omni 9 menarik.
Ia tidak cuba kelihatan terlalu minimal atau sleek.
Sebaliknya, rekaan retro-tech cukup berani menjadikannya sesuai untuk mereka yang mahu kasut harian dengan sedikit karakter.
BACA JUGA: Saucony The Maze 2026: 20 Kelab Larian Berentap Di Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Rekaan Yang Terus Menarik Perhatian
Model yang diperkenalkan semula ini asalnya dilancarkan pada 2010 dan mengekalkan identiti retro yang menjadi tarikan utamanya.
Untuk pilihan warna hitam, putih dan kelabu seperti ini, kombinasi warnanya sebenarnya agak mudah dipadankan. Ia boleh masuk dengan jeans, seluar track, cargo pants mahupun outfit yang lebih santai.

Hasilnya, kasut ini nampak sedikit ‘busy’ tetapi masih seimbang.
Bukan Sekadar Tentang Gaya

Saucony menggunakan teknologi GRID pada model ini untuk memberikan cushioning dan membantu menyebarkan hentakan ketika berjalan.
Struktur rubberised cage pula direka untuk memberikan sokongan serta ketahanan pada kasut.
Untuk kegunaan harian, ciri sebegini menjadikannya lebih daripada sekadar kasut yang nampak menarik dalam gambar.
Tapaknya yang agak tebal juga memberikan rupa chunky yang kini kembali menjadi pilihan dalam gaya streetwear. Namun begitu, ia tidak kelihatan terlalu besar sehingga sukar dipadankan dengan pakaian harian.
Siapa Yang Sesuai Pakai Kasut Ini?
Kalau anda lebih gemarkan sneakers minimal dengan bentuk yang bersih, ProGrid Omni 9 mungkin mengambil sedikit masa untuk diterima.
Tetapi kalau anda memang suka trend retro sneakers, model ini lebih mudah masuk dalam rotation harian.

Dengan harga sekitar RM635, ProGrid Omni 9 berada pada kategori harga yang agak premium untuk sneakers lifestyle.
Namun, bagi peminat rekaan retro-tech yang mahu sesuatu selain daripada pilihan sneakers mainstream, model ini menawarkan identiti yang agak berbeza.
Pendek kata, Saucony ProGrid Omni 9 bukan kasut yang cuba menjadi ‘invisible’ dalam outfit. Ia memang direka untuk menjadi sebahagian daripada keseluruhan look, dan mungkin itu yang membuatkan sneakers ini menarik untuk diberi perhatian.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.