Now Reading
Konnichi-Satu! Baskin-Robbins Lancar Japan Summer Series Dengan 3 Perisa Baharu

Konnichi-Satu! Baskin-Robbins Lancar Japan Summer Series Dengan 3 Perisa Baharu

Perisa baharu Matcha dihasilkan menggunakan serbuk teh hijau premium dari peniaga teh di Kyoto, Jepun.

In Brief
  • Baskin-Robbins Malaysia melancarkan Japan Summer Series dengan tiga perisa baharu iaitu Matcha, Musk Melon dan Popping Shower bermula 1 Oktober 2026.
  • Setiap perisa mempunyai profil rasa tersendiri, termasuk matcha premium dari Kyoto, tembikai wangi berkrim dan pudina sejuk dengan gula-gula pop.
  • Pencuci mulut edisi terhad seperti Japan Trio Waffle dan Japan Summer Series Blasts tersedia sehingga 11 November 2026 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara jenama aiskrim dikenali ramai, Baskin-Robbins Malaysia kini melancarkan menu baharu yang mengambil inspirasi daripada Jepun.

Siri yang dinamakan Japan Summer Series menampilkan tiga (3) perisa utama, iaitu Matcha, Musk Melon dan Popping Shower dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi.

Mulai 1 Oktober 2026, pelanggan boleh nikmatinya di semua cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara.

Khas Untuk Peminat Matcha, Buah-Buahan Atau Ingin Satu Kelainan

Perisa yang menarik dan cantik. (Foto: Baskin-Robbins)

Menurut Baskin-Robbins, siri ini dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi menawarkan pengalaman perisa aiskrim yang baharu.

Tiga perisa utama bakal menjadi mencuri perhatian ramai iaitu Matcha, Musk Melon dan Popping Shower.

Pengarah Baskin-Robbins Malaysia dan Singapura, Cheah Jia Ming berkata memilih perisa aiskrim merupakan salah satu aktiviti mengembirakan dalam hidup.

“Menerusi pelbagai pilihan, kami sentiasa ada sesuatu baharu untuk dicuba dan perisa kegemaran bakal menanti.

“Sama ada anda peminat matcha, penggemar perisa buah-buahan, ataupun sekadar mahukan sedikit kelainan dalam setiap suapan, pasti ada sesuatu untuk semua orang,” tambahnya.

Tiga Perisa Istimewa Jadi Watak Utama

Perisa yang mengambil inspirasi daripada elemen-elemen Jepun. (Foto: Baskin-Robbins)

Menariknya, setiap perisa dalam siri baharu ini mempunyai profil rasa tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain seperti berikut:

  • Matcha: Aiskrim matcha Jepun original dihasilkan menggunakan serbuk teh hijau premium daripada Kitagawa Hanbei Shoten. Peniaga teh Uji bersejarah di Kyoto yang meneruskan tradisi lebih 150 tahun.
  • Musk Melon: Aiskrim tembikai wangi yang diimbangi dengan rasa susu lembut berkrim memberi rasa ringan dan halus.
  • Popping Shower: Perisa aiskrim nombor satu di Jepun! Menggabungkan rasa pudina sejuk dan coklat putih manis bersama gula-gula pop memberi sensasi letupan dalam mulut dengan setiap gigitan.

Ketiga-tiga perisa aiskrim ini akan kekal dalam menu Baskin-Robbins bermula 1 Oktober 2026.

Pelbagai Pencuci Mulut Istimewa Lain Dicipta Untuk Dinikmati Bersama

Pencuci mulut edisi terhad yang boleh dicuba. (Foto: Baskin-Robbins)

Baskin-Robbins turut memperkenalkan beberapa pilihan pencuci mulut istimewa yang sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.

Antaranya seperti:

  • Japan Trio Waffle: Waffle yang menampilkan 3 perisa Japan Summer Series iaitu Matcha, Musk Melon dan Popping Shower. Dicipta untuk dikongsi bersama-sama.
  • Japan Triple Fun Scoop: 3 perisa dalam satu kon boleh dinikmati satu per satu atau dalam satu suapan untuk menerokai kombinasi kegemaran baharu anda.
  • Japan Summer Series Blasts: Pilihan sesuai untuk menghilangkan rasa panas dengan menikmati minuman sejuk berperisa Matcha Blast, Musk Melon Blast dan Lemon Sherbet Blast.

Untuk info, Lemon Sherbet ialah salah satu pilihan berperisa sitrus menyegarkan yang boleh dinikmati dalam siri Blasts sahaja.

Pencuci Mulut Ini Hanya Ditawarkan Untuk Tempoh Terhad Sahaja

Berbeza dengan 3 perisa tetap, pencuci mulut ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad sahaja.

Anda boleh menikmati Japan Trio Waffle, Japan Triple Fun Scoop dan Japan Summer Series Blasts sehingga 11 November 2026.

Ia menjadikan alasan terbaik untuk berjumpa orang tersayang dan menetapkan satu tarikh bagi mencubanya bersama.

Tambahan pula, pelanggan turut berpeluang membawa pulang puffy sticker Japan Summer Series secara percuma dengan setiap pembelian pencuci mulut edisi terhad tersebut.

Tawaran ini terhadap kepada satu bagi setiap resit selagi stok masih ada.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd