Now Reading
Nespresso & The Weeknd Lancar “Togetherness Blend”, Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Nespresso & The Weeknd Lancar “Togetherness Blend”, Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Nespresso dan The Weeknd memperkenalkan Togetherness Blend di Malaysia, kopi edisi terhad dengan aroma sitrus, kemanisan madu dan nota asap kayu sempena konsert After Hours Til Dawn.

In Brief
  • Nespresso dan The Weeknd melancarkan Togetherness Blend, kopi edisi terhad berasaskan biji kopi Arabika Afrika, kini tersedia di Malaysia.
  • Nespresso | SAMRA Listening Party akan berlangsung di W Kuala Lumpur, menawarkan pengalaman muzik, kopi dan peluang memenangi tiket konsert.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda peminat The Weeknd dan juga kopi, ada satu lagi perkara yang boleh dinantikan selain konsert After Hours Til Dawn di Kuala Lumpur November ini.

Nespresso kini membawa Nespresso | SAMRA Origins Togetherness Blend, kopi edisi terhad hasil kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa The Weeknd, atau nama sebenarnya Abel “The Weeknd” Tesfaye, ke Malaysia.

Dilancarkan sempena jelajah dunia After Hours Til Dawn, Togetherness Blend menggabungkan dunia kopi, muzik dan kreativiti menerusi kolaborasi Nespresso bersama SAMRA Origins, jenama yang diasaskan oleh The Weeknd sebagai penghormatan kepada ibunya, Samra.

The Weeknd Ada Ritual Kopi Sendiri

Bagi The Weeknd, kopi bukan sekadar minuman untuk kekal berjaga.

Penyanyi itu berkongsi bahawa ritual menikmati kopi setiap hari menjadi satu detik untuk dirinya mendapatkan ketenangan dan semangat, sama ada ketika berada di rumah atau sedang mengembara untuk jelajah dunia.

Lebih menarik, beliau lebih gemar menikmati kopi tanpa gula dan susu.

“Saya suka minum kopi tanpa gula dan susu. Ia memberi kesegaran kepada saya setiap pagi, tidak kira sama ada dihidangkan panas atau dengan ais,” kata The Weeknd.

Dan menurutnya, Togetherness Blend yang dihasilkan bersama Nespresso benar-benar menepati cita rasanya.

Apa Rasa Kopi Togetherness Blend?

Kalau anda tertanya-tanya apa yang ada dalam cawan kopi pilihan The Weeknd, Nespresso | SAMRA Origins Togetherness Blend menggunakan biji kopi Arabika dari Afrika yang dipanggang ringan.

Adunan ini menampilkan aroma sitrus yang menyegarkan, kemanisan madu serta nota asap kayu, menghasilkan profil rasa yang lebih halus dan mudah dinikmati.

Menurut Nespresso, kopi ini turut membawa kepakaran serta legasi kopi yang telah dibangunkan selama beberapa generasi.

Namun, konsep Togetherness Blend bukan hanya mengenai rasa.

Ia diinspirasikan daripada idea bahawa kopi boleh menjadi sebahagian daripada momen yang menghubungkan kita dengan orang lain, daripada perbualan santai sehinggalah detik mencetuskan idea dan kreativiti.

Dari Kisah Ibu The Weeknd Ke Secawan Kopi

SAMRA Origins sendiri mempunyai cerita yang cukup peribadi buat The Weeknd.

Jenama tersebut merupakan penghormatan beliau kepada ibunya, Samra, yang sentiasa menyokong perjalanan hidup dan kerjaya seninya.

Kolaborasi bersama Nespresso kemudian mengembangkan kisah tersebut melalui ritual kopI, sesuatu yang dekat dengan kehidupan harian, tetapi pada masa sama boleh menjadi ruang untuk berhenti seketika, berbual dan berkongsi detik bersama orang tersayang.

Sebab itu nama “Togetherness” dipilih untuk adunan ini.

Ia membawa idea bahawa secawan kopi boleh menjadi titik permulaan kepada hubungan, kreativiti dan pengalaman yang dikongsi bersama.

The Weeknd Bakal Jumpa Peminat di Kuala Lumpur

Selain membawa kopi kolaborasi tersebut ke Malaysia, Nespresso turut menjadi penaja utama jelajah dunia After Hours Til Dawn The Weeknd.

The Weeknd dijadualkan membuat persembahan di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 dan 5 November 2026.

Jadi, peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert bukan sahaja boleh menantikan persembahan pentasnya, tetapi juga boleh merasai sedikit daripada dunia kreatif The Weeknd menerusi kolaborasi kopi ini.

Ada Nespresso | SAMRA Listening Party di KL

Di Malaysia, kolaborasi ini turut diraikan menerusi Nespresso | SAMRA Listening Party di Kuala Lumpur.

Acara tersebut akan berlangsung mulai jam 3 petang di The Living Room, W Kuala Lumpur, dengan suasana yang menggabungkan muzik, kopi dan elemen visual daripada koleksi SAMRA Origins.

Tetamu boleh menikmati persembahan DJ secara langsung sambil meneroka dunia Nespresso | SAMRA Origins.

Antara pengalaman yang ditawarkan termasuk mencuba Togetherness Blend, menikmati pelbagai koktel serta sajian berasaskan kopi dan melihat barangan eksklusif daripada kolaborasi tersebut.

Lebih menarik, lima pasang tiket kemasukan umum ke konsert After Hours Til Dawn The Weeknd turut ditawarkan sebagai hadiah kepada pemenang di acara tersebut.

Untuk mengetahui cara menyertai Nespresso | SAMRA Listening Party, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman rasmi Nespresso Malaysia.

Togetherness Blend Untuk Peminat Kopi dan The Weeknd

Kolaborasi ini bukan sekadar tentang meletakkan nama seorang bintang muzik pada secawan kopi.

Ia menggabungkan dua perkara yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan The Weeknd, muzik dan ritual kopi sambil membawa kisah peribadi di sebalik SAMRA Origins ke dalam pengalaman yang boleh dinikmati bersama.

Buat peminat The Weeknd di Malaysia, Togetherness Blend kini boleh didapati untuk tempoh terhad di butik Nespresso di seluruh negara serta melalui laman rasmi Nespresso Malaysia.

Jadi, sementara menunggu The Weeknd naik ke pentas di Bukit Jalil November nanti, bolehlah terlebih dahulu cuba secawan kopi yang katanya cukup dekat dengan cita rasanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd