Huawei Watch GT 7: Jam Pintar Tahan Lasak, Kalis Habuk IP69 & Air
Menurut HUAWEI, Watch GT 7 Pro mampu bertahan sehingga 21 hari.
- Huawei Watch GT 7 Series hadir dalam tiga model dengan perlindungan tiga lapis, termasuk kalis habuk IP69 dan kalis air 5 ATM.
- Jam ini menampilkan pelbagai ciri pemantauan kesihatan termasuk Kajian Risiko Diabetes bersama Universiti Malaya menggunakan sensor PPG.
- Model Pro dan 46mm menawarkan jangka hayat bateri sehingga 21 hari, dijual pada harga bermula RM1,199.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jam pintar bukan lagi sekadar alat menunjukkan masa yang dipakai sebagai aksesori harian.
Ia menjadi teman harian yang dapat membantu kita memantau tahap kesihatan, kecergasan dan menjadi lebih aktif.
Melihat perkara itu, Huawei Malaysia kini memperkenalkan HUAWEI WATCH GT 7 Series bagi pengguna tempatan.
Huawei Malaysia Memperkenalkan Tiga Model WATCH GT 7

Barisan terbaru ini terdiri daripada tiga model utama bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.
Bermula dengan HUAWEI WATCH GT 7 dalam saiz 46mm dan 41 mm, bersama HUAWEI WATCH GT 7 Pro.
Menampilkan Reka Bentuk Sesuai Untuk Bergaya & Aktiviti Lasak

Bercakap tentang reka bentuk, setiap model mempunyai pelbagai pilihan warna menarik boleh dipilih.
- WATCH GT 7 (41 mm): Merah Jambu, Biru, Putih dan Kelabu
- WATCH GT 7 (46 mm): Kuning, Biru dan Hitam
- WATCH GT 7 Pro: Kuning, Hijau dan Hitam
Tambahan pula, versi Pro menampilkan bezel seramik nano-teknologi, rangka diperbuat daripada aloi titanium dan gelas sapphire menjadikannya sesuai untuk pemakaian harian atau aktiviti lasak.
Malah, keseluruhan koleksi ini dilengkapi dengan perlindungan tiga lapis, iaitu salutan logam keras, kalis habuk IP69 dan kalis air 5 ATM.
Selain itu, tali baharu HUAWEI EasyCross Strap direka supaya kekal ketat, kemas dan selesa di tangan.
Paparan AMOLED mampu mencapai cerah skrin sehingga 3,000 nits untuk penglihatan lebih jelas di bawah matahari.
Kajian Risiko Diabetes Bersama Universiti Malaya
Huawei turut menjalankan Kajian Risiko Diabetes bersama Universiti Malaya yang dilakukan menggunakan isyarat gelombang nadi dikumpul menerusi sensor PPG pada jam.
Maklumat seperti umur, jantina, ketinggian dan berat akan digabungkan bagi menilai potensi risiko diabetes selepas tiga hingga 14 hari pemakaian secara berterusan.
Namun, penilaian tersebut hanya bertujuan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengguna mendapatkan nasihat profesional bila perlu.
“Kadangkala, pencegahan bermula dengan mengetahui risiko kita sendiri,” kata Dr Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani.
“Teknologi tidak boleh menggantikan doktor, dan jam pintar tidak boleh mendiagnosis diabetes. Namun, apa yang ia mampu lakukan ialah menggalakkan kita memberi perhatian lebih kepada kesihatan,” tambahnya.
Jam ini memupuk kesedaran terhadap kesihatan diri dan membantu pengguna memahami bila masa sesuai untuk mendapatkan rawatan.
Ciri Lain Seperti Pulse Wave, Physical Readiness Dan Lain-Lain

Selain kajian diabetes, pengguna juga boleh menikmati pelbagai ciri pemantauan kesihatan yang lain.
Antaranya, Pulse Wave Arrhythmia Analysis yang diperakui CE dan MDA, dan Physical Readiness Score muncul buat kali pertama.
Untuk info, Physical Readiness Score menggabungkan pelbagai aspek seperti HRV, tidur aktiviti dan kesihatan emosi dalam penilaian secara harian.
Model Pro pula menambah ciri ECG dan Arterial Stiffness Assessment yang turut diperakui CE dan MDA.
Bukan itu sahaja, kerana ciri Emotional Wellbeing 2.0, kesihatan wanita, sleep tracking, aplikasi Huawei Health ada untuk digunakan.
Bagi individu yang sering memakai jam ketika melakukan aktiviti, koleksi ini turut menawarkan AI-XDR Positioning yang dipertingkatkan untuk menjejak laluan lebih tepat.
Menurut Huawei, ciri itu mampu mengekalkan laluan walaupun dalam kawasan yang menyekat isyarat GPS seperti terowong dan pusat bandar padat.
Dalam masa sama, ciri Smart Route Reconstruction turut membantu memulihkan sebahagian laluan apabila signal GPS terputus.
Semasa pelancaran, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi pengalaman berdasarkan gaya hidupnya yang aktif.
Menurutnya, pemahaman yang lebih baik terhadap data prestasi dan latihan mampu membantu seseorang membuat keputusan lebih tepat mengenai senaman dan perkembangan diri.
Antara pengalaman sukan yang ditawarkan termasuklah:
- Hiking: Segment Navigation, Route Back, peta luar talian, import laluan GPX dan integrasi ke aplikasi Strava
- Menyelam: Model Pro menyokong sehingga 40 meter
- Ski & Snowboard: Menampilkan peta daripada 3,000 resort di seluruh dunia
- Berbasikal: Climb Planning, Climb Broadcast dan Sharp Turn Alerts
- Sukan Raket: Aplikasi khusus untuk tenis (Tennix), PickleX (pickleball) dan Goodshot (badminton)
- Gold (model Pro): Ciri seperti Plays-like Distance dan Shot Distance
Selain itu, ciri AI Workout Analysis turut memberikan pandangan mengenai prestasi dan pemulihan selepas selesai latihan.
Bateri Selama 21 Hari Menjadi Antara Kelebihan Utama

Antara kelebihan yang bakal menarik perhatian ramai ialah kemampuan bateri.
Model Pro dan 46mm mampu bertahan sehingga 21 hari dalam keadaan penggunaan ringan.
Manakala model 41mm pula mampu bertahan sehingga 14 hari.
Dalam masa sama, kemudahan harian seperti pembayaran Touch ‘n Go QR Payment turut dikekalkan bagi platform Android dan iOS.
Untuk info, HUAWEI WATCH GT 7 dijual pada harga:
- RM1,199 (41 mm dan 46 mm)
- RM1,499 (Pro)
Pelanggan turut layak menerima rebat eksklusif RM100 bagi setiap pembelian sah sehingga 31 Oktober 2026.
Malah, terhadap beberapa hadiah percuma bernilai sehingga RM713, antaranya:
- HUAWEI EasyCross Strap (RM149)
- HUAWEI FreeBuds SE 2 (RM199)
- Langganan selama 3 bulan HUAWEI Health+
- Sebulan Watch Face Membership
- Pakej Worry-Free Care selama setahun
- Waranti APAC selama setahun
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.