Now Reading
ASICS & SneakerLAH Kembali Dengan Kasut Baharu, Lancar 10 Oktober Ini

ASICS & SneakerLAH Kembali Dengan Kasut Baharu, Lancar 10 Oktober Ini

Kerjasama sebelum ini menampilkan konsep seperti nasi lemak, KLCC, teh tarik dan Mamee Monster.

In Brief
  • ASICS Sportstyle dan SneakerLAH bekerjasama sekali lagi, kali ini menghasilkan GEL-KAYANO 20 ICE KACANG, edisi terhad berinspirasi pencuci mulut tempatan.
  • Setiap bahagian kasut direka teliti menggambarkan elemen ais kacang seperti sirap ros, cendol, cincau dan kacang merah.
  • Kasut berharga RM899 ini boleh diperoleh melalui cabutan bertuah di laman SneakerLAH mulai 5 Oktober, dilancarkan rasmi 10 Oktober.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama kasut ASICS Sportstyle dan SneakerLAH bergabung sekali lagi memberi laluan kepada pencuci mulut yang digemari ramai orang tempatan, iaitu ais kacang.

Hasilnya ialah ASICS GEL-KAYANO 20 ICE KACANG, sepasang kasut edisi terhad yang menggabungkan street style, nostalgia dan cita rasa tempatan dalam satu reka bentuk menarik.

Kasut ini bakal ditawarkan dalam talian menerusi cabutan bertuah sebelum pelancaran rasminya pada awal Oktober 2026.

ASICS Dan SneakerLAH Meneruskan Tradisi Meraikan Budaya Malaysia

ASICS GEL-LYTE III Teh Tarik. (Foto: Hypebeast)

Kedua-dua jenama ini sering kali menghasilkan kasut mengambil inspirasi daripada budaya dan kisah tempatan.

Menerusi setiap kerjasama, ASICS Sportstyle dan SneakerLAH akan mengangkat budaya Malaysia melalui rekaan kasut moden digemari ramai orang tempatan.

Malah, keluaran kali ini meneruskan senarai kasut ikonik mereka sebelum ini:

  • GEL-KAYANO 5 OG NASI LEMAK (2019)
  • GEL-LYTE III KUALA LUMPUR TWIN TOWERS (2020)
  • GEL-LYTE III TEH TARIK (2022)
  • ASICS SKYHAND OG MAMEE MONSTER (2024)

Semuanya berjaya menangkap semangat budaya tempatan dan turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan sneakerheads di seluruh Malaysia.

Idea Asal Telah Tercetus Pada Tahun 2018

ASICS GEL-KAYANO 20 ICE KACANG. (Foto: SneakerLAH)

Menariknya, konsep kasut ais kacang bukanlah sesuatu baharu.

Idea asalnya tercetus pada 2018, ketika SneakerLAH dan ASICS Sportstyle Malaysia sedang merancang kerjasama pertama mereka.

Daripada simpanan idea itulah lahirnya keempat-empat kerjasama yang menyusul selepas itu.

Lapan tahun kemudian, idea yang disimpan akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini menerusi GEL-KAYANO 20 ICE KACANG.

Setiap Bahagian Kasut Dihiasi Dengan Elemen Ais Kacang

Bahagian atas. (Foto: SneakerLAH)

Melihat lebih dekat, setiap bahagian kasut telah direka dengan penuh teliti untuk menghidupkan setiap lapisan hidangan ais kacang.

Warna putih menjadi warna utama menyerupai timbunan ketulan ais yang sangat sinonim dengan pencuci mulut tersebut.

Bahagian merah jambu ditambah mewakili sirap ros, manakala sentuhan kuning menggambarkan jagung manis.

Bahagian sisi menampilkan elemen ice kacang. (Foto: SneakerLAH)

Teknologi FLUIDFIT yang berbentuk silang direka untuk menyerupai susu sejat.

Selain itu, bahagian tengah tapak pula terdapat teknologi GEL dihiasi warna hijau melambangkan cendol.

Sistem sokongan GUIDANCE TRUSSTIC berwarna hitam mengambil inspirasi daripada cincau.

Warna merah jambu beri penampilan menarik. (Foto: SneakerLAH)

Sentuhan kacang merah menghiasi bahagian lubang tali dan hujung kasut.

Kasut ini turut dilengkapi dengan sistem kunci tali yang merupakan ciri pertama diperkenalkan dalam kerjasama ini.

Bryan Chin Kongsi Inspirasi Di Sebalik Setiap Kerjasama

Setiap kerjasama membawa kisah budaya Malaysia. (Foto: SneakerLAH)

Menurut Pengasas SneakerLAH, Bryan Chin, setiap kerjasama yang dihasilkan sentiasa membawa kisah Malaysia tersendiri.

“Kami sentiasa mengangkat kisah Malaysia dalam setiap kerjasama, dan kali ini pun tidak terkecuali.

“Pada 2019, kami meraikan nasi lemak, makanan kebangsaan kita. Pada 2020 pula, giliran KLCC, mercu tanda negara yang merupakan menara berkembar tertinggi di dunia.

“Tahun 2022 menampilkan teh tarik, minuman ikonik kita, diikuti MAMEE Monster pada 2024, snek kegemaran saya sejak kecil. Kini pada 2026, kami kembali dengan ais kacang, pencuci mulut kegemaran saya,” katanya.

Kasut Edisi Terhad Dijual Secara Cabutan Bertuah

ASICS GEL-KAYANO 20 “ICE KACANG” ditawarkan pada harga RM899 dan boleh diperoleh menerusi cabutan bertuah di laman web rasmi SneakerLAH mulai 5 Oktober.

Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 dan 11 Oktober di LahLahLand, Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd