UNIQLO has launched the Disney x Formula 1 UT collection in Malaysia for the first time, featuring 14 T-shirt designs for men, women, and children.
The collection is part of the Fuel the Magic campaign, combining Formula 1's excitement with Disney's creativity under UNIQLO's MAGIC FOR ALL project.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama pakaian global, UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi baharu Disney x Formula 1 UT menampilkan 14 rekaan T-shirt yang menarik.
Kerjasama antara dua jenama ini merupakan sebahagian daripada kempen Fuel the Magic menggabungkan sukan popular Formula 1, kreativiti Disney bersama kepakaran UNIQLO.
Selepas dilancarkan di beberapa buah negara pada awal tahun ini, koleksi ini akhirnya tiba di Malaysia buat kali pertama.
Sebuah Kerjasama Yang Menghimpunkan Semua Peminat Dalam Satu
T-shirt wanita. (Foto: UNIQLO)
Untuk info, Disney dan Formula 1 telah melancarkan kempen Fuel the Magic pada tahun lalu menggabungkan elemen kelajuan, imaginasi dan jalan cerita untuk para peminat di seluruh dunia.
Rekaan T-shirt Menggabungkan Semangat Sukan Formula 1 Dengan Sentuhan Disney
Rekaan T-shirt lelaki. (Foto: UNIQLO)
Daya tarikan utama koleksi UT ini sudah tentu rekaan baju T-shirt yang tampil cerita dan menyeronokkan!
Setiap rekaan mempunyai elemen dan hiasan yang pasti mencuri hati peminat Formula 1.
Contohnya, rekaan menampilkan motif trek litar berlumba yang diambil daripada watak Mickey Mouse versi UNIQLO bersama kesan tayar.
Pilihan T-shirt Wanita. (Foto: UNIQLO)
14 pilihan baju T-shirt dalam koleksi ini terbahagi kepada:
Lelaki: 5 rekaan baju T-shirt
Perempuan: 4 rekaan baju T-shirt
Kanak-kanak: 5 rekaan baju T-shirt
Koleksi yang mengambil inspirasi daripada keseronokan sukan Formula 1 dan Disney menjadikannya sesuai untuk seisi keluarga.
Tambahan pula, populariti sukan Formula 1 di negara ini semakin meningkat memberi peluang kepada peminat tempatan menikmati sendiri koleksi istimewa ini buat kali pertama.
Koleksi Disney x Formula 1 UT Adalah Sebahagian Projek MAGIC FOR ALL
UNIQLO x Disney x Formula 1. (Foto: UNIQLO)
Untuk info, MAGIC FOR ALL adalah projek yang menggabungkan dunia dan keajaiban Disney, kreativiti PIXAR, MARVEL, STAR WARS dengan pakaian dari UNIQLO.
Sejak dilancarkan pada 2015, UNIQLO telah menganjurkan pelbagai acara dan pengalaman menarik di seluruh dunia menerusi projek ini.