Now Reading
BMAI Lancar GCARBON TURBO 4, Ada Plat Karbon, Lidah Fleksibel & Tapak Lebar

BMAI Lancar GCARBON TURBO 4, Ada Plat Karbon, Lidah Fleksibel & Tapak Lebar

Dilengkapi busa BoomMax Evonik bertindak responsif mengekalkan larian lebih lancar.

In Brief
  • BMAI melancarkan GCARBON TURBO 4 dengan plat karbon T1000, busa BoomMAX Evonik, lidah fleksibel, dan tapak lebih lebar untuk kelajuan optimum.
  • Kasut ini hanya berjisim 135g, sesuai untuk pelari berpengalaman menyasarkan masa marathon bawah 3 jam 30 minit.
  • BMAI bekerjasama dengan 12 atlet dan menyasarkan 200 kelab larian untuk mengembangkan budaya larian di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti berlari kini dilihat semakin popular dalam kalangan orang Malaysia yang ingin kekal aktif sambil mencabar kemampuan diri.

Bagi pelari yang kerap mengejar masa terbaik sering memerlukan kasut sesuai menjadi penentu antara berjaya atau gagal.

Sebab itu, BMAI telah melancarkan GCARBON TURBO 4, kasut marathon berplat karbon baharu.

Direka Untuk Kelajuan Dan Kestabilan

BMAI GCARBON TURBO 4. (Foto: BMAI)

Kasut ini membawa konsep Speed That Flows, Bounce That Lasts, yang menggabungkan beberapa teknologi untuk perlumbaan marathon.

Antaranya seperti:

  • Plat karbon penuh T1000
  • Busa nilon BoomMAX Evonik
  • Lidah kasut yang fleksibel
  • Tapak diperbuat daripada bahan Cast PU

Tambahan pula, model kasut sebelum ini yang menggunakan plat T700 dinaik taraf kepada plat karbon penuh T1000.

Menurut BMAI, plat ini mampu menghasilkan daya tolakan lebih responsif pada setiap langkah bagi membantu pelari mengekalkan kelajuan.

Busa BoomMAX Evonik bertindak lebih responsif bagi memindahkan daya tenaga lebih efisien dari fasa pendaratan sehingga ke hujung kaki.

Bahagian tapak tengah dan hadapan telah dilebarkan sebanyak 6mm serta 4mm untuk memberikan asas lebih stabil.

Kesannya, pelari dapat mengekalkan langkah lebih lancar dan konsisten ketika berlari.

Ketua BMAI Malaysia, Hunter Wang berkata kasut ini dicipta dengan matlamat utama membantu pelari memecahkan rekod peribadi mereka.

“GCARBON TURBO 4 merupakan kasut perlumbaan marathon plat karbon flagship kami yang dibangunkan dengan matlamat utama untuk membantu pelari mencapai catatan peribadi terbaik mereka.

“Kami mahu memberikan sokongan yang lebih baik kepada pelari supaya mereka dapat mengekalkan langkah stabil, semula jadi dan terkawal ketika mengejar pencapaian terbaik seterusnya,” tambahnya.

Hanya Mempunyai Berat 135g Sahaja

GCARBON TURBO 4 dilengkapi dengan bahagian lidah fleksibel diperbuat daripada bahan woven mesh bagi memberikan aliran pengudaraan baik.

Beratnya pula hanya 135g bagi saiz 37 dan keseluruhan reka bentuknya memberi pengalaman larian yang ringan, responsif serta stabil.

Untuk info, kasut ini direka bagi pelari berpengalaman yang menyasarkan masa marathon bawah 3 jam 30 minit.

Ia juga sesuai untuk pelari kompetitif dan boleh digunakan dalam sesi latihan.

BMAI Turut Bekerjasama Dengan Atlet Larian

Bahagian depan GCARBON TURBO 4. (Foto: BMAI)

BMAI Malaysia kini bekerjasama dengan 12 atlet daripada pelbagai latar belakang seperti larian dan sukan ketahanan bagi menyokong bakat tempatan.

Antaranya ialah Mohd Harmini Bin Ahmad, juara kategori Veteran 10KM Malaysia Marathon.

Turut menyertai ialah CheNora Ismail meraih tempat ketiga kategori Wanita Veteran 10KM di KB Half Marathon 2026.

Bersama para atlet ini, BMAI turut memperkenalkan Road to KLSCM PB Program yang bakal berlatih menggunakan GCARBON TURBO 4.

Mereka juga menetapkan sasaran dan menguji ketahanan diri sebagai persediaan di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM).

Berkembang Bersama Komuniti Larian Malaysia

Pelari BMAI. (Foto: BMAI)

BMAI juga aktif dengan beberapa komuniti larian lain di tiga lokasi berbeza iaitu Kepong, Setapak dan Seberang Jaya.

Mereka juga merancang untuk berkembang ke Johor Bahru dan Pantai Timur dalam masa akan datang.

Dalam masa sama, BMAI menyasarkan kerjasama dengan 200 kelab larian di seluruh negara.

Kerjasama itu akan dijalankan menerusi sesi latihan, larian komuniti, pengalaman produk dan program.

Usaha ini bertujuan menggalakkan lebih ramai orang mencuba aktiviti larian, sekali gus meningkatkan budaya ini di Malaysia.

Menurut Wang, BMAI mahu menjadi lebih daripada sekadar sebuah jenama kasut di negara ini.

“Kami mahu BMAI menjadi sebahagian daripada budaya larian Malaysia, bukan sekadar sebagai sebuah jenama kasut.

“Matlamat kami adalah untuk menyokong pelari di setiap peringkat dan membantu mereka mencapai personal best (PB) seterusnya,” tambahnya.

BMAI GCARBON TURBO 4 kini dijual pada harga RM629.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd