Golden Goose Bawa Kedai Konsep HAUS Pertama Di Malaysia
Golden Goose berasal daripada Itali yang menggabungkan kepakaran artisan bagi menghasilkan kasut selesa dengan sentuhan urban vintaj.
- Golden Goose membuka flagship pertama berkonsep HAUS di Pavilion Kuala Lumpur, terinspirasi daripada HAUS Marghera di Venice, Itali.
- Kedai seluas 160 meter persegi ini menawarkan ruang Co-Creation di mana pengunjung boleh menghiasi kasut dan aksesori bersama Dream Makers.
- Ruang Con Amore turut disediakan, menawarkan perkhidmatan pembalut hadiah istimewa berinspirasi daripada kedai bunga tradisional Itali.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama mewah, Golden Goose, terkenal dengan rekaan kasut sukan trendy kini membuka sebuah kedai baharu di Pavilion Kuala Lumpur.
Menerusi pembukaan itu, jenama tersebut turut memperkenalkan konsep kedai berinspirasikan HAUS buat pertama kali di Malaysia.
Diilhamkan daripada HAUS dari Marghera, Venice, kedai ini menjadi yang pertama seumpamanya di negara ini sekali gus menawarkan pengalaman baharu buat peminat fesyen tempatan.
Mengambil Inspirasi Reka Bentuk HAUS Menjadikan Identiti Di Flagship Kuala Lumpur

Reka bentuk kedai flagship baharu ini mengambil inspirasi daripada HAUS Marghera terletak di tengah ibu kota mencerminkan visi Golden Goose untuk menyediakan sebuah hab dan menggabungkan warisan Itali dengan budaya tempatan.
Para pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman menarik yang memberi fokus kepada hasil kraf tangan dan kreativiti.
Dengan keluasan 160 meter persegi, flagship Golden Goose mentafsirkan semula warisan jenama dalam suasana lebih kontemporari.
Reka bentuknya menampilkan tekstur, arkib, nilai estetika jenama ini seperti di Marghera, Venice.
Melangkah ke bahagian dalam, anda dapat menikmati suasana selesa seperti dalam sebuah perpustakaan kerana dihiasi dengan kayu, warna lampu lembut, rak buku dan barang antik.
Pintu Besi Dan Kaca Murano Bakal Mencuri Perhatian Ramai
Melihat bahagian muka depan flagship ini sahaja sudah cukup untuk menarik perhatian ramai kerana menggabungkan pintu besi dengan pemegang kaca Murano.
Untuk info, kaca terkenal ini berasal dari Venice, Itali menandakan perjalanan Golden Goose dalam industri fesyen.
Ruang Co-Creation Memberikan Pengalaman Menarik Untuk Setiap Pengunjung

Golden Goose turut menawarkan ruang khas yang diberikan nama sebagai Co-Creation terletak di tengah kedai.
Di sini, anda akan dibimbing oleh Dream Makers, barisan artis dan pakar dari jenama tersebut.
Dengan bimbingan mereka, anda boleh menghiasi kasut, pakaian dan aksesori bagi mencipta karya unik mencerminkan personaliti peribadi masing-masing menerusi pelbagai teknik.
Antaranya seperti embellishments, heat-seal crystals dan menukar logo bintang Golden Goose menggunakan kristal, kulit, suede, rambut kuda.
Selain itu, anda juga boleh memberikan sentuhan tambahan seperti kesan lusuh atau lukisan tangan.
Tidak ketinggalan juga, bagi yang mahukan sesuatu lebih eksklusif. Golden Goose turut menawarkan perkhidmatan Bespoke membolehkan pelanggan bekerjasama dengan Dream Makers untuk mencipta sepasang kasut dari mula.
Mencari Hadiah Lebih Istimewa? Boleh Lihat Ruang Con Amore
Flagship ini turut menawarkan satu ruang istimewa dikenali sebagai Con Amore.
Di sini, anda boleh menyediakan hadiah lebih istimewa bagi orang tersayang.
Mengambil inspirasi daripada kedai bunga tradisional di Itali, ruang ini menawarkan pembalut hadiah cantik lengkap dengan kertas, reben dan lain-lain.
Menjadikan setiap hadiah terasa lebih bermakna.
Koleksi Terkini Golden Goose Turut Dipamerkan

Selain daripada ruang Co Creation dan Con Amore, kedai ini turut mempamerkan koleksi ready-to-wear (RTW) Golden Goose terkini bagi wanita dan lelaki.
Anda juga boleh meneroka pelbagai pilihan kasut dan aksesori yang sangat sinonim dengan jenama itu.
Pembukaan kedai flagship di Kuala Lumpur turut dihadiri oleh personaliti fesyen dan penggiat kreatif seperti Christinna Kuan, Nia Atasha, Sky Iskandar, Jessica Chaw dan Joe Shiang.
Baca Artikel Berkaitan: Jenama Hiking Outdoor Kegemaran Gen Z Bakal Buka Kedai Rasmi Di Suria KLCC
Baca Artikel Berkaitan: Jenama Streetwear Dari Jepun Ini Bakal Buka Kedai Pertama Di KLCC
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.