Now Reading
PUMA Lancar Jersi Rasmi ‘Home’ & ‘Away’ Harimau Malaya 2026/27

PUMA Lancar Jersi Rasmi ‘Home’ & ‘Away’ Harimau Malaya 2026/27

Jersi baharu Harimau Malaya oleh PUMA ini dijangka akan digunakan oleh skuad bola sepak kebangsaan ketika kempen FIFA ASEAN Cup yang akan bermula hujung bulan ini.

In Brief
  • PUMA melancarkan jersi rasmi home dan away Harimau Malaya 2026/27, dengan warna kuning untuk home dan biru gelap untuk away.
  • Jersi baharu ini tersedia dalam tiga versi dengan harga antara RM269 hingga RM549, boleh dibeli di laman sesawang PUMA dan kedai terpilih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya, bakal berentap dalam kejohanan Piala ASEAN FIFA 2026 di Indonesia bermula 25 September ini.

Kebiasaannya, jersi Harimau Malaya akan diperbaharui setiap dua tahun bagi membawa reka bentuk baharu yang lebih fresh dan menarik minat para penyokong.

Bagi tahun 2026, PUMA kekal sebagai jenama rasmi jersi yang bakal disarung oleh pemain pasukan bola sepak tanah air ini.

PUMA Lancar Jersi Home & Away Harimau Malaya

Semalam (20 September), jenama pakaian sukan PUMA melancarkan dua jersi rasmi buat Harimau Malaya bagi musim 2026/27.

Dua jersi berkenaan dihasilkan masing-masing untuk aksi di gelanggang sendiri (home) dan tempat lawan (away).

Jersi home menampilkan warna kuning sebagai warna utama dengan garisan hitam menegak halus, membawa identiti tersendiri kepada rekaan yang clean.

Manakala, warna biru gelap menjadi pilihan bagi jersi away, dihiasi dengan corak tersendiri yang melengkapkan keseluruhan rekaan.

Jersi home dan away Harimau Malaya 2026/27 oleh PUMA.

Puma berkata warna biru yang diambil dari Jalur Gemilang melambangkan perpaduan, dengan warna dan semangat sama dibawa walaupun berbeza latar belakang.

Kedua-dua jersi Harimau Malaya 2026/27 ini dilengkapi dengan corak unik yang disesuaikan dengan pemilihan warna, membawa perbezaan ketara berbanding jersi pada musim lalu dengan rekaan plain.

Jersi Baharu Harimau Malaya Imbau Nostalgia Dalam Kalangan Peminat

Bukan sahaja dipuji atas reka bentuk yang cantik, rekaan jersi home turut menarik perhatian peminat bola sepak tempatan atas dasar nostalgia.

Ini kerana ia mempunyai rekaan yang mirip dengan konsep jersi Adidas yang pernah digunakan pasukan Harimau Malaya pada era 1995 hingga 1997, serta 2001.

Jika dibandingkan dengan rekaan-rekaan sejak tahun 2005, ini merupakan kali pertama jersi home menggayakan garisan halus berbanding garisan yang lebih tebal.

Bagi jersi away pula, warna biru yang ditampilkan adalah antara yang paling gelap berbanding sebelum ini.

Foto: IG @puma.malaysia

Rekaan jersi Harimau Malaya dari tahun 2005 boleh dilihat [DI SINI].

Terdapat 3 Versi Jersi Harimau Malaya Ditawarkan PUMA

Jersi ini dijangka akan digunakan oleh skuad Harimau Malaya ketika kempen FIFA ASEAN Cup yang akan bermula pada hujung bulan ini.

Kedua-dua jersi home dan away boleh didapatkan di laman sesawang PUMA [DI SINI] dan kedai-kedai Puma serta cawangan Al-Ikhsan terpilih.

Harga jersi Harimau Malaya adalah berbeza mengikut kepada versi, iaitu:

  • Authentic (Versi pemain) – RM549
  • Retail (Versi peminat) – RM319
  • Retail (Versi kanak-kanak bagi jersi home sahaja) – RM269
Foto: IG @puma.malaysia

Ini Musim Kedua PUMA Sebagai Penaja Jersi Rasmi Harimau Malaya

Sebagai info, PUMA mula rasmi menjadi penaja dan pengeluar jersi rasmi skuad Harimau Malaya sejak 1 Januari 2025.

Sebelum itu, jersi rasmi Harimau Malaya ditaja oleh jenama Nike selama 18 tahun, yang bermula dari Januari 2007 hingga Disember 2024.

Bagi tempoh antara 1979 hingga 2006 pula, penaja rasmi pakaian skuad bola sepak kebangsaan ialah Adidas.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd