Now Reading
Gosame: Restoran Korea Kegemaran Pelancong Malaysia Bakal Dibuka Di KL?

Gosame: Restoran Korea Kegemaran Pelancong Malaysia Bakal Dibuka Di KL?

Restoran Gosame terkenal dengan hidangan seperti ikan kembung bakar (Godeungeo-gui), sotong goreng pedas (Ojing-eo Bokgeum) dan sup tauhu lembut (Sundubu Jjigae).

In Brief
  • Gosame, restoran Korea Selatan popular dalam kalangan pelancong Malaysia, dipercayai bakal membuka cawangan pertama di Malaysia.
  • Spekulasi bermula apabila akaun rasmi Gosame memuat naik hantaran berbahasa Melayu, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
  • Ammar Shahrin mengesahkan kerjasama dengan pemilik Gosame, berulang-alik ke Korea Selatan memastikan cita rasa sama dikekalkan di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah restoran di Korea Selatan bernama Gosame merupakan antara kedai kegemaran ramai pelancong Malaysia ketika bercuti menjadi satu topik perbualan.

Baru-baru ini, restoran itu dipercayai bakal membuka cawangan pertamanya di Malaysia, membuatkan ramai peminat terasa teruja mendengarnya.

Khabar angin tersebut mula tular di media sosial selepas akaun rasmi Gosame muat naik satu hantaran ditulis menggunakan Bahasa Melayu.

Gelombang Hallyu Membawa Cita Rasa Korea Ke Malaysia

Sejak gelombang Hallyu meletup, budaya hiburan Korea Selatan seperti muzik, drama mula digemari oleh ramai orang tempatan.

Menurut Martin Roll, Hallyu merujuk kepada peningkatan mendadak populariti serta penyebaran global budaya pop, hiburan, muzik, drama, makanan, dan filem dari Korea Selatan.

Malah, salah satu kumpulan lelaki Korean pop (K-pop) BTS dipercayai memiliki lebih 13 juta peminat di seluruh dunia mendorong ramai orang untuk menjejakkan kaki ke sana.

The Star melaporkan, satu kajian mendapati sebanyak 54% rakyat Malaysia merancang untuk melancong ke Korea Selatan berikutan fleksibiliti, hiburan, budaya dan makanannya.

Restoran Di Korea Selatan Menjadi Kegemaran Ramai Pelancong Dari Malaysia

Makanan yang dinikmati di Gosame. (Foto: @stuffingmycheeks / Instagram)

Disebabkan pengaruh budaya meluas membuatkan ramai orang Malaysia ingin mencuba budaya makanan Korea Selatan.

Ramai pelancong tempatan berkongsi sebuah restoran menghidangkan masakan Korea Selatan bagi mereka yang ingin mencubanya dikenali sebagai Gosame.

Gosame terletak di alamat 38 Yonsei-ro 7an-gil, Seodaemun-gu, Seoul, Korea Selatan.

Antara hidangan istimewa yang wajib dicuba seperti ikan kembung bakar (Godeungeo-gui), sotong goreng pedas (Ojing-eo Bokgeum) dan sup tauhu lembut (Sundubu Jjigae).

Ulasan Positif Daripada Orang Tempatan Membuktikan Populariti Gosame

Ikan bakar yang digemari ramai. (Foto: @stuffingmycheeks / Instagram)

Menariknya, melakukan carian ringkas di platform Threads mendapati ramai orang tempatan sering meninggalkan ulasan positif tentang Gosame.

Sebagai contoh, seorang pengguna (@oppa_jordan) berkongsi rasa ingin tahunya tentang restoran tersebut.

“Semua yang pernah datang Korea akan beritahu saya mereka rindu betul nak makan di Gosame. Betul ke?,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, (@asterlic) pula berkongsi ulasannya dengan nada sinis tentang betapa sedapnya hidangan dinikmati olehnya di Gosame.

“Siapa yang merancang perjalanan ke Seoul, Korea Selatan. JANGAN makan di kedai ini. Saya ulangi, JANGAN. Nanti balik Malaysia, anda susah sebab asyik teringat sahaja.”

Tidak ketinggalan, pengguna (@fikriakram) turut berkongsi pengalamannya ketika bekerja di Korea Selatan.

“Ketika saya bekerja di Korea Selatan, I selalunya masak di rumah ketika hari bekerja. Di hujung minggu pula? Saya akan keluar pergi food hunting tempat sedap. Gosame antaranya yang WAJIB cuba,” ujarnya.

Menerusi pelbagai perkongsian tersebut, ia boleh dirumuskan bahawa Gosame memang cukup popular dalam kalangan pelancong Malaysia.

Tambahan pula, restoran tersebut memperoleh ulasan 4.5 bintang di Google Reviews.

Gosame Bakal Membuka Cawangan Di Malaysia?

Persoalannya kenapa kisah tentang sebuah restoran yang terletak jauh dari negara kita menjadi topik perbualan ramai pengguna di media sosial?

Rupa-rupanya, Gosame telah menghasilkan satu akaun rasmi di media sosial dan muat naik hantaran berbunyi, “Hai, Bap meogeosseo? Dah makan?.”

Hantaran tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan reaksi apabila ramai pengguna merasakan restoran ini bakal membuka cawangan pertamanya di Malaysia.

Namun, adakah itu hanya khabar angin atau ada udang di sebalik batu?

Menurut seorang pengguna (@hilalasyraf), seorang rakyat Malaysia bernama Ammar Shahrin telah bekerjasama dengan pemilik Gosame untuk membuka kedai pertama di Malaysia.

Katanya, Ammar yang pernah belajar di Korea Selatan turut terlibat dengan penghasilan menu Gosame di Malaysia dan sehingga hari ini (21 September) tarikh dan lokasinya masih belum dikongsikan.

Selain itu, Ammar Shahrin turut mengesahkan perkara itu menerusi perkongsiannya.

“Jodoh dengan Gosame ini dah lama juga rupanya. Mula kenal dari tahun 2010, 2011 semasa zaman student. Kawan-kawan di Korea Selatan kenalkan saya kepada restoran ini. Setelah setahun lebih dalam perancangan, tak lama lagi dah InsyaAllah.”

Tambahnya lagi, Ammar telah berulang-alik ke Korea Selatan lebih setahun bagi memastikan cita rasa sama dapat dikekalkan di Malaysia.

“Lebih setahun sudah ulang alik Korea Selatan nak pastikan rasa sama. Siap bawa mereka datang Malaysia supaya faham lidah orang kita dan cara kita makan ikan bakar & sotong pedas. InsyaAllah bulan depan kita buka Gosame di Malaysia. Kedai sedang dibina,” katanya.

5 Restoran Halal Yang Boleh Anda Cuba Ketika Bercuti Di Seoul

#1. EID – Halal Korean Food
EID Halal Korean Food. (Foto: Armansyah / JOERNOON)

Alamat: 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu

Terletak tidak jauh daripada Masjid Seoul dan diuruskan oleh sebuah keluarga Korea-Muslim menawarkan hidangan seperti bibimbap, bulgogi dan ban chan (lauk sampingan) tanpa had.

#2. HAJJ Korea Halal Food
HAJJ Korea Halal Food. (Foto: Zabarsyah)

Alamat: 39, Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu

Sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan mengenyangkan dengan tawaran seperti samgye-tang, kimchi jjigae, bulgogi rice, bindae-tteok dan lain-lain.

#3. Kampungku Restaurant
Kampungku Restaurant. (Foto: The Halal Food Blog)

Alamat: 16-4 Namsan-dong 2(i)-ga, Jung District, Seoul

Terletak tidak jauh dari stesen Myeondong menjadi antara tempat terbaik untuk menikmati ayam goreng Korea dan termasuk beberapa menu istimewa yang lain.

#4. Busan Jib Halal Food
Halal BBQ Korea. (Foto: MLTT Service)

Alamat: 11-4 Myeongdong 8-gil, Myeong-dong, Jung-gu.

Majoriti pelancong yang datang ke sini hanya ada satu tujuan sahaja, iaitu untuk menikmati BBQ Halal Korea Selatan terletak tidak jauh dari Myeondong.

#5. Yang Good BBQ
Yang BBQ. (Foto: Have Halal Will Travel)

Alamat: 15, Nonhyeon-ro 95-gil, Gangnam-gu

Sebuah restoran yang menggunakan daging halal diambil dari Australia turut menawarkan daging kambing untuk dibakar atas panggang menyelerakan.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: 60% Kanak-Kanak Di Korea Selatan Suntik Hormon Pembesaran Untuk Jadi ‘Tinggi’

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Itinerari 6 Hari 5 Malam Di Korea, Sesuai Untuk Beginner. Kos RM3,300 Je!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd