Namtan Tipnaree Tampil Buat Kali Pertama Di Malaysia Sebagai Muse BONIA
Namtan Tipnaree merupakan antara pelakon popular dari Thailand membintangi drama seperti Boom in Friend Zone, Meen and Mind in Who Are You dan Pluto.
- BONIA memperkenalkan Namtan Tipnaree sebagai Muse koleksi Autumn Winter 2026 sempena kempen #LiveToMyRhythm di Malaysia.
- Acara eksklusif di House of BONIA, Pavilion Kuala Lumpur turut menampilkan koleksi Spring Summer 2027 yang bakal dilancarkan.
- BONIA menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Shelter Home For Children sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial jenama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama fesyen tempatan, BONIA menghidupkan kempen #LiveToMyRhythm menerusi penampilan Namtan Tipnaree di Malaysia, sekali gus memperkenalkannya sebagai Muse baagi koleksi Autumn Winter 2026.
Berlangsung di House of BONIA, Pavilion Kuala Lumpur, acara eksklusif ini turut dihadiri oleh peminat pelakon dan penyanyi dari Thailand berkumpul di luar butik bagi menyaksikan kemunculan Namtan.
Acara ini turut merasmikan kempen baharu #BONIAwithNamtan dan #LiveToMyRhythm kepada satu pengalaman yang meraikan fesyen, ekspresi diri dan hubungan peribadi.
Namtan Tipnaree Buat Penampilan Rasmi Pertama Di Malaysia

Acara eksklusif itu turut dimeriahkan dengan barisan media, tetamu VIP dan para pemenang peraduan media sosial.
Selain itu, kehadiran Ketua Pegawai Kreatif & Pemasaran BONIA, Datin Sri Linda Chen turut menambah kemeriahan suasana tersebut.
Peminat dari seluruh kawasan Asia Tenggara juga berpeluang dapat mengikuti acara tersebut menerusi siaran langsung di saluran media sosial rasmi BONIA.
Namtan Persembahkan Koleksi BONIA Spring Summer 2027

Sempena penampilan pertamanya, Namtan tampil bergaya dengan memperagakan koleksi Spring Summer 2027 BONIA bakal dilancarkan.
Para tetamu juga dapat melihat gambaran awal koleksi tersebut bagi jenama ini.
Tambahan pula, Namtan turut meninggalkan sentuhan unik di House of BONIA menerusi panel logam yang ditandatangani olehnya.
Panel itu akan dipamerkan sepanjang hujung minggu ini yang dibuka kepada orang ramai, memberi peluang kepada pengunjung menikmati pengalaman acara tersebut.
Pilihan Namtan Menjadi Tumpuan Utama
Mencuri tumpuan ramai ialah Namtan’s Picks, iaitu pilihan ready-to-wear (RTW), kasut, beg kulit serta aksesori daripada koleksi Autumn Winter 2026 BONIA.
Kempen #LiveToMyRhythm memberi fokus bahawa kehidupan tidak semestinya bergerak pada rentak yang sama.
Sebaliknya, setiap waktu di antaranya turut menjadi sebahagian daripada perjalanan dan menggalakkan wanita menghayati rentak kehidupan sambil kekal setiap kepada diri sendiri.
Datin Sri Linda Chen menyifatkan gayanya sebagai sesuatu yang sangat penting bagi setiap individu.
“Kami percaya bahawa gaya adalah sesuatu yang sagat peribadi. Ia berkembang seiring dengan diri, hala tuju dan pelbagai kenangan yang kita alami sepanjang hidup.
“Namtan mencerminkan perkara ini dengan sangat cantik. Dia bergerak dengan penuh keyakinan sambil kekal setiap kepada dirinya yang sebenar. Inilah semangat di sebalik #LiveToMyRhtyhm,” kata Datin Sri Linda.
Para Pengunjung Perlu Mencari Rentak Sendiri Menerusi Aktiviti Interaktif

Para pengunjung yang hadir telah dibawa menikmati satu pengalaman interaktif berasaskan empat rentak berbeza, iaitu The Dreamer, The Explorer, The Minimalist dan The Muse.
Mereka telah menerima koleksi charm CD NFC yang mengambil inspirasi daripada empat personaliti tersebut, dengan setiap satunya dihubungkan kepada senarai lagu khas daripada kempen #BONIAwithNamtan.
Rentak pilihan ini diteruskan di bahagian Mementos yang menawarkan tag kulit sebagai cenderahati acara.
Di samping itu, ruang Secret Scent mengajak tetamu meneroka wangian menerusi pengalaman mencari minyak wangi.
Manakala, Ring For A Treat pula menambah elemen mengejut yang menyeronokkan.
Pengalaman turut diperluaskan dengan #BONIALive Social Wall, membolehkan orang ramai berkongsi secara langsung dan berpeluang memenangi beg Lysandra Satchel.
BONIA Turut Menyampaikan Sumbangan Kepada Shelter Home For Children

Sambutan ini diteruskan dengan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Shelter Home For Children.
Cek sumbangan itu disampaikan oleh Datin Sri Linda Chen kepada Pengurus Besar Shelter Home for Children, Chris Fan serta Ketua Perhubungan Awam, Winnie Quah.
Menurut BONIA, sumbangan tersebut mencerminkan usaha berterusan jenama itu untuk bagi menyokong komuniti lebih meluas.
Dalam masa sama, orang ramai turut berpeluang meneroka Namtan’s Picks dan koleksi Autumn Winter 2026 BONIA sambil menyertai beberapa aktiviti terpilih seperti mencari minyak wangi dan analisis warna peribadi.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.