Now Reading
Christy Ng Buat Penampilan Kameo Dalam Siri Kudrat 1968: High Council

Christy Ng Buat Penampilan Kameo Dalam Siri Kudrat 1968: High Council

Penampilan istimewa Christy Ng boleh ditonton dalam satu babak di episod kedua siri Kudrat 1968: High Council.

In Brief
  • Usahawan dan pempengaruh terkenal Christy Ng membuat penampilan kameo dalam episod kedua Kudrat 1968, melakonkan watak pembantu peribadi Pengetua.
  • Jenama Christy Ng merupakan penaja utama siri itu, termasuk kolaborasi koleksi edisi terhad menampilkan rekaan beg dan stokin khas KUDRAT.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selepas kejayaan siri Projek: High Council (2023) yang diterbitkan oleh Astro Originals, universe High Council kini menjadi kegilaan segelintir rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan anak-anak muda.

Siri yang memaparkan situasi di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) ini dikatakan diinspirasikan daripada beberapa kisah sebenar yang berlaku di salah sebuah sekolah asrama all-boys di dalam negara.

Terbaharu, francais ini tampil dengan siri Kudrat 1968: High Council, yang merupakan kisah prekuel kepada Projek: High Council.

Kudrat 1968 Bawa Bakat Muda, Tampilkan Kameo Tak Dijangka

Kudrat 1968 menampilkan bakat-bakat muda yang hebat dalam dunia lakonan dengan peminat mereka yang tersendiri.

Antara nama yang tidak asing lagi sudah tentulah Mierul Aiman sebagai watak Kuda, yang sebelum ini turut memainkan watak utama dalam siri Projek: High Council.

Lain-lain pelakon muda yang menghidupkan Kudrat 1968 termasuk Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith.

Namun apa yang menarik perhatian orang ramai adalah apabila terdapat satu watak kameo yang ditampilkan dalam episod keduanya.

Christy Ng Muncul Sebagai Watak Kameo Dalam Episod Kedua Kudrat 1968

Dalam satu babak episod kedua, usahawan tempatan dan pempengaruh terkenal, Christy Ng telah membuat kemunculan kameo selama beberapa saat.

Dia dipercayai melakonkan watak pembantu peribadi kepada Pengetua di sekolah tersebut.

Lakonan bersahaja oleh Christy yang lancar berbahasa Inggeris boleh ditonton di sekitar minit ke-29 episod kedua Kudrat 1968.

Di media sosial, orang ramai memuji lakonan Christy yang menjadi serta menyifatkan momen itu sebagai sesuatu yang ikonik.

View on Threads

Kolaborasi Christy Ng x Kudrat Hidupkan Gaya Hidup Dalam High Council

Buat mereka yang telah mengikuti perjalanan Kudrat 1968 sebelum pelancaran siri itu lagi, melihat kemunculan Christy sebagai watak kameo tidaklah begitu mengejutkan.

Ini kerana Christy Ng merupakan jenama rasmi yang berkolaborasi bersama Astro Shaw dalam menghasilkan rekaan eksklusif merchandise Kudrat 1968 buat para peminat.

Koleksi eksklusif edisi terhad Christy Ng x KUDRAT 1968 itu menampilkan beberapa rekaan beg dan stokin khas KUDRAT.

Beg yang direka khas dengan emblem KUDRAT sendiri membawa gaya hidup dari universe High Council ke dunia sebenar.

Malah, Christy sendiri pernah berkongsi bahawa dia bersama beberapa pekerjanya yang dikenali sebagai ‘The Bengap Brothers’, bakal membuat penampilan istimewa dalam Kudrat 1968.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Christy Ng Penuhi Pantri Khas Buat Staf Sempena Ramadan, ‘Supplements’ Pun Ada!

Kudrat 1968 Datang Dalam Format Siri & Filem

Sebagai info, Kudrat 1968 merupakan siri empat episod arahan Anwari Ashraf yang turut dilakonkan oleh bintang-bintang veteran hebat seperti Zamarul Hisham, Nabila Huda, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Aziz M. Osman.

Apa yang menariknya, francais ini turut akan didatangkan dengan filem tersendiri dengan tayangan dijadualkan pada tahun ini.

Ini menjadikan Kudrat 1968 sebagai karya pertama di Malaysia yang diangkat di layar menerusi gabungan kedua-dua format siri dan filem.

Pada tahun 2024, filem prekuel kepada Projek: High Council, Kahar: Kapla High Council telah ditayangkan yang menyelusuri kisah watak utama, Kahar (lakonan Amir Ahnaf), sebelum menjadi Kapla.

Baca Artikel Berkaitan: Filem Malaysia Rekod 7.5 Juta Penonton Di Pawagam Dari Januari Hingga Julai, Atasi Filem Hollywood


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd