Now Reading
CAPCOM Pop-Up Store Malaysia Dibuka Di Kuala Lumpur September Hingga Disember 2026

CAPCOM Pop-Up Store Malaysia Dibuka Di Kuala Lumpur September Hingga Disember 2026

CAPCOM Pop-Up Store Malaysia edisi ketiga ini akan dibuka di L2-39a & L2-39b, LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur bermula 24 September.

In Brief
  • CAPCOM Pop-Up Store edisi ketiga akan dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre dari 24 September hingga 27 Disember 2026.
  • Pelbagai merchandise CAPCOM tersedia, termasuk figura Monster Hunter, blind box Street Fighter dan barangan bertemakan Onimusha.
  • Barangan eksklusif Malaysia seperti t-shirt oversized dan tote bag edisi terhad ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat peminat permainan video, nama Capcom pastinya mengimbau kenangan sewaktu muda yang dihabiskan dengan meluangkan masa berjam lamanya di pusat permainan atau arcade.

Di bawah jenama Capcom, antara permainan video yang menjadi tumpuan, khususnya buat anak-anak 1980an dan 1990an ialah Street Fighter, Marvel vs. Capcom dan Megaman.

Kini, rakyat Malaysia berpeluang mengimbau kembali momen dahulu apabila Capcom pop-up store akan kembali ke Kuala Lumpur.

CAPCOM Pop-Up Store Kembali Ke Malaysia Dalam Edisi Ketiga

Penerbit dan pengedar permainan video Taiwan, JUSTDAN, mengumumkan pembukaan CAPCOM Pop-Up Store edisi ketiga di Malaysia.

Bermula dari 24 September hingga 27 Disember, CAPCOM Pop-Up Store akan dibuka di LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur.

Tempoh tiga bulan pada kali ini adalah lebih panjang berbanding pembukaan jangka masa pendek di Kuala Lumpur dan Johor Bahru sebelum ini.

Waktu operasi pop-up store tersebut adalah dari 10 pagi hingga 10 malam, namun hari pembukaannya akan bermula pada jam 11 pagi.

Pelabgai Merchandise Karakter CAPCOM Boleh Didapatkan

Sama seperti sebelum ini, CAPCOM Pop-Up Store akan dipenuhi dengan pelbagai merchandise seperti plushie, figura dan barangan harian bertemakan karakter dari permainan video Capcom.

Ini termasuklah figura raksasa Monster Hunter, blind box Street Fighter dan cawan mug CAPCOM Creators.

Salah satu cenderahati yang pasti menarik perhatian para peminat ialah pembaris jenama Onimusha.

Harta intelek (IP) bagi game ini telah dorman hampir dua dekad sebelum dihidupkan semula oleh Capcom menerusi pelancaran Onimusha: Way of the Sword’s pada 4 September lalu.

Senarai produk yang ditawarkan di CAPCOM Pop-Up Store Malaysia akan dikemas kini sepanjang tempoh acara dan inventori lengkap tidak akan didedahkan sepenuhnya sewaktu pelancaran.

CAPCOM Tawar T-Shirt & Tote Bag Eksklusif Khas Bagi Pasaran Malaysia

Apa yang lebih menarik lagi, CAPCOM Pop-Up Store pada kali ini akan menawarkan barangan eksklusif yang hanya boleh didapati di Malaysia secara berperingkat.

T-shirt oversized edisi terhad Capcom Malaysia akan dilancarkan pada hari pembukaan.

Manakala tote bag Capcom Malaysia pula akan diperkenalkan pada pertengahan tempoh acara, dengan tarikh diumumkan oleh JUSTDAN kemudian.

Kedua-dua barangan eksklusif ini ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad.

Dalam pada itu, pengunjung juga boleh mendapatkan poskad CAPCOM Pop-Up Store Percuma dengan pembelian minimum RM100, sementara stok masih ada.

CAPCOM Pop-Up Store

  • Lokasi: L2-39a & L2-39b, LaLaport Bukit Bintang City Centre, 2 Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, KL
  • Hari Pembukaan: 24 September, 11am-10pm
  • Waktu Operasi: 25 September-27 December, 10am-10pm

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd