Now Reading
Ormond Sandakan: Hotel Baharu Dengan 299 Bilik Menghadap Laut Sulu Di Sabah

Ormond Sandakan: Hotel Baharu Dengan 299 Bilik Menghadap Laut Sulu Di Sabah

Terletak di tepi pantai membolehkan tetamu melihat panorama Laut Sulu dari pagi hingga malam.

In Brief
  • Ormond Sandakan ialah hotel baharu dengan 299 bilik dan suite, setiap satunya menghadap Laut Sulu di Sandakan, Sabah.
  • Hotel ini menawarkan pelbagai pilihan juadah menarik termasuk hidangan Mediterranean, makanan tempatan Sabah, dan sarapan bufet.
  • Lokasinya yang strategik membolehkan tetamu meneroka tarikan ikonik seperti Sepilok, Sungai Kinabatangan, dan pusat bandar Sandakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ormond Group kini memperluaskan portfolionya dengan pembukaan Ormond Sandakan, sebuah hotel tepi laut yang menghadap Laut Sulu di Sandakan, Sabah.

Terletak di sepanjang kawasan tepi laut yang cantik, Ormond Sandakan menawarkan pengalaman penginapan baharu sambil mendekatkan tetamu dengan keindahan dan hidupan liar Borneo.

Ormond Sandakan turut membawa falsafah sama iaitu menyediakan keselesaan asas yang disampaikan dengan penuh teliti.

Ormond Sandakan Menjadi Pencapaian Baharu Bagi Ormond Group

Ormond Sandakan. (Foto: Ormond Group)

Ormond Group merupakan syarikat hospitaliti Malaysia yang terkenal dengan hotel The Chow Kit – an Ormond Hotel serta jenama seperti MoMo’s dan Tune.

Pembukaan Ormond Sandakan di Sabah menandakan satu pencapaian penting bagi Ormond Group.

Menghadap Laut Sulu, Ormond Sandakan bukan sekadar tempat untuk bermalam, ia menawarkan pengalaman mengutamakan keselesaan bagi mengenali sesuatu tempat.

Pendekatan ini memberi ruang kepada tetamu untuk menikmati keindahan Sandakan, Sabah lebih mendalam seperti suasana tenang tepi pantai dan budaya tempatan.

Menjadi Titik Permulaan Untuk Menerokai Kepulauan Borneo

Lokasinya yang selesa membolehkan tetamu meneroka pelbagai landskap serta tarikan di Sandakan.

Antara pengalaman menanti anda seperti perjalanan ke hutan hujan, Sungai Kinabatangan untuk melihat gajah, monyet proboscis yang sukar ditemui.

Selain itu, jangan lupa untuk meluangkan masa menikmati makanan dan hasil tempatan di pusat bandar Sandakan.

Selepas seharian berada di luar, Ormond Sandakan menyediakan tempatan berehat untuk menghilangkan rasa penat lesu.

Gabungan reka bentuk teliti dan layanan mesra akan mewujudkan suasana tenang sambil melihat pemandangan Laut Sulu.

Sandakan Menawarkan Pelbagai Tarikan Menarik Untuk Diterokai

Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group, Navin Singh berkata pembukaan ini membawa falsafah Ormond ke sebuah destinasi yang mencerminkan nilai syarikat itu.

“Menerusi Ormond Sandakan, kami membawa falsafah Ormond iaitu keselesaan penting yang disampaikan ke sebuah destinasi mencerminkan nilai kami tentang keaslian dan hubungan dengan sesuatu tempat.”

Kecantikan semula jadi Sandakan menawarkan keseimbangan cukup istimewa bagi para tetamu.

“Pantai Sandakan, habitat hidupan, kecantikan alam semula jadi menawarkan pengalaman yang jarang sekali dapat ditemui,” tambah Navin.

“Pendekatan kami adalah untuk membina sebuah hotel selari dengan tempat dan komuniti di sini, membolehkan tetamu meneroka kecantikan Borneo pada siang hari dan kembali kepada suasana tentang pada waktu malam.”

Setiap Bilik Menawarkan Pemandangan Laut Sulu

Pemandangan Laut Sulu dari bilik. (Foto: Ormond Group)

Ormond Sandakan menyediakan sebanyak 299 bilik dan suite direka dengan teliti.

Tetamu boleh pilih pelbagai jenis bilik seperti standard, suite dan family, dengan setiap satunya menghadap Laut Sulu.

Setiap bilik direka bagi membenarkan cahaya semula jadi masuk sepenuhnya memberi suasana lapang untuk melihat panorama pantai dari pagi sehingga malam.

Hiasan dalam bilik dipenuhi dengan sentuhan bahan-bahan tempatan kaya dengan identiti Kepulauan Borneo.

Pelbagai Pilihan Juadah Menarik Boleh Dinikmati Di Ormond Sandakan

Makanan yang boleh dinikmati di Rasa, Ormond Sandakan. (Foto: Ormond Group)

Selain daripada keselesaan bilik, pengalaman makanan di sini menjanjikan sesuatu yang istimewa bagi tetamu.

Pietro menyajikan hidangan Mediterranean yang diilhamkan pantai Sandakan seperti makanan laut segar, pasta menggunakan bahan tempatan Kepulauan Borneo.

Bagi yang ingin menikmati makanan tempatan boleh pergi ke restoran Rasa menampilkan juadah tradisional dengan sentuhan elemen Sabah dalam menunya.

Sementara itu, Bayu di tepi kolam sesuai untuk bersantai sambil menikmati minuman menyegarkan serta pemandangan laut cantik ketika waktu senja.

Sarapan bufet di Rise pula menyediakan pelbagai makanan kegemaran tempatan boleh dinikmati.

Lokasi Yang Dekat Dengan Bandar Sandakan

Ormond Sandakan terletak tidak jauh dari pusat bandar Sandakan, pasar serta kawasan pelabuhan.

Ia membolehkan para tetamu merasai suasana bandar ini seperti penduduk asal sambil meneroka tarikan ikonik iaitu, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Taman Pulau Penyu dan Sungai Kinabatangan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd