Snoopy Kembali Ke Starbucks Malaysia, Ini Koleksi Peanuts Yang Boleh Anda ‘Buru’
Bersempena ulang tahun ke-60 It’s the Great Pumpkin, Charlie Brown, koleksi edisi terhad ini menampilkan Snoopy, Woodstock dan The Great Pumpkin dalam pelbagai drinkware serta aksesori.
- Starbucks Malaysia melancarkan koleksi khas Peanuts™ sempena musim autumn, menampilkan Snoopy, Woodstock, Lucy dan The Great Pumpkin.
- Koleksi ini hadir bersempena ulang tahun ke-60 It's the Great Pumpkin, Charlie Brown™, menjadikannya istimewa untuk peminat lama dan generasi baharu.
- Pelbagai drinkware dan aksesori tersedia mulai 15 September 2026 di semua Starbucks Malaysia, tetapi hanya sementara stok masih ada.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda membesar dengan Snoopy dan geng Peanuts™, ada sesuatu yang cukup nostalgic tentang melihat karakter-karakter ini kembali dalam koleksi baharu.
Kali ini, Starbucks Malaysia membawa Snoopy, Woodstock, Lucy dan The Great Pumpkin ke dalam koleksi khas sempena musim autumn, dengan pelbagai drinkware dan aksesori yang nampak seperti memang direka untuk dikumpul.
Lebih menarik, koleksi Peanuts™ + Starbucks® ini hadir bersempena ulang tahun ke-60 It’s the Great Pumpkin, Charlie Brown™, menjadikannya satu lagi sebab untuk peminat lama mahupun generasi baharu mengenali kembali kisah dan karakter yang tidak pernah benar-benar lapuk dek zaman.
Dari Snoopy Hingga The Great Pumpkin
Koleksi ini menggabungkan elemen ikonik Peanuts dengan perincian bertemakan autumn, daripada warna pumpkin hinggalah kepada ilustrasi Snoopy dan Woodstock yang cukup playful.
Antara item yang boleh didapati termasuk:
#1. Snoopy™ Glass Cold Cup

Kalau Snoopy sendiri sudah cukup comel, cawan ini datang pula dengan Woodstock™ straw topper, topi berwarna pumpkin dan scarf hijau bertemakan musim luruh.
Untuk item ini, pembelian dihadkan kepada dua unit bagi setiap pelanggan.
#2. The Great Pumpkin™ Stainless Steel Cold Cup

Cawan keluli tahan karat ini menampilkan Lucy™ dan Snoopy™ sedang berkongsi momen minum kopi, sesuai dengan tema kehangatan dan kebersamaan yang sinonim dengan musim autumn.
#3. The Great Pumpkin™ Tumbler
Snoopy dan Woodstock menghiasi tumbler ini dengan artwork yang diinspirasikan daripada kisah klasik The Great Pumpkin. Rekaannya pula cukup playful untuk mereka yang suka menjadikan tumbler sebagai sebahagian daripada everyday look.
#4. The Great Pumpkin™ Cold Cup
Untuk peminat tema pumpkin, cold cup ini menampilkan Snoopy, The Great Pumpkin dan elemen musim luruh dalam satu rekaan.
#5. The Great Pumpkin™ Ceramic Mug
Mug seramik ini menampilkan geng Peanuts dan mempunyai satu kejutan kecil — Snoopy muncul dengan setiap tegukan. Memang sesuai untuk kopi atau minuman panas ketika mahu menikmati sedikit cozy moment di rumah.
#6. Happy Dance Stainless Steel Tumbler
Yang ini pula lebih playful, dengan Woodstock charm dan Snoopy yang sedang menari. Sesuai kalau anda mahukan sesuatu yang lebih fun untuk dibawa ke pejabat, kelas atau sekadar menemani rutin harian.
Bukan Drinkware Sahaja
Kalau anda bukan jenis yang mengumpul tumbler dan mug, koleksi ini turut menawarkan beberapa aksesori.
Antaranya ialah Snoopy™ Plush, Bag Charm dan Mini Tote yang boleh dijadikan hadiah atau ditambah ke dalam koleksi Peanuts anda sendiri.

Dengan gabungan karakter ikonik dan perincian autumn, item-item ini juga terasa seperti collectible kecil untuk peminat Snoopy daripada pelbagai generasi.
Nostalgia Untuk Peminat Lama, Kenalan Baharu Untuk Generasi Baharu
Apa yang membuatkan kolaborasi seperti ini menarik ialah bagaimana karakter lama boleh kembali relevan dalam cara yang berbeza.
Bagi peminat yang sudah lama mengenali Snoopy dan geng Peanuts, koleksi ini membawa kembali sedikit nostalgia.
Pada masa yang sama, generasi baharu dapat mengenali karakter, cerita dan persahabatan yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya popular selama beberapa dekad.
Menurut Zakiah Hanim Binti Md Zaki, Director of Marketing & Loyalty, Starbucks Malaysia, kolaborasi ini menggabungkan dua jenama yang mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan pengguna.
Peanuts pula terus dekat dengan peminat kerana karakter dan elemen nostalgianya yang boleh dinikmati merentas generasi.
Lisa Silverman Meyers, Senior Vice President, International, Peanuts Worldwide, turut berkongsi bahawa dia sendiri menantikan kedatangan The Great Pumpkin setiap tahun, selain mengakui dirinya sebagai peminat Pumpkin Spice Latte.
Dah Boleh Mula ‘Buru’!
Koleksi Peanuts™ + Starbucks® ini boleh didapati di semua Starbucks stores di Malaysia mulai 15 September 2026. Namun seperti biasa dengan koleksi edisi terhad, semuanya adalah sementara stok masih ada.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.