Now Reading
TMJ Dilihat Memandu Rolls-Royce Boat Tail, Hanya 3 Unit Sahaja Wujud Di Dunia

TMJ Dilihat Memandu Rolls-Royce Boat Tail, Hanya 3 Unit Sahaja Wujud Di Dunia

Selain Boat Tail, Rolls-Royce turut menghasilkan model rare seperti Drop Tail.

In Brief
  • TMJ dilihat memandu salah satu daripada tiga unit Rolls-Royce Boat Tail di dunia ke Johor Super Crown Polo Tournament 2026.
  • Rolls-Royce Boat Tail berharga sekitar US$28 juta (RM113 juta) dan dikuasakan enjin 6.75 liter twin-turbo V12.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memiliki sebuah Rolls-Royce sering dianggap sebagai satu kemewahan yang luar biasa bagi kebanyakan orang.

Malah, memiliki salah satu model yang sangat rare pula boleh dianggap berada dalam kelas jauh berbeza.

Pemangku Raja Johor, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat memandu salah satu daripada tiga unit Rolls-Royce Boat Tail di dunia.

Rolls-Royce Boat Tail Merupakan Antara Kereta Paling Mewah Di Dunia

Bahagian belakang yang boleh dibuka. (Foto: MalayMail)

Untuk info, Rolls-Royce hanya menghasilkan tiga unit Boat Tail di seluruh dunia dan harganya dilaporkan sekitar US$28 juta (RM113 Juta).

Harganya setanding dengan model seperti La Rose Noire Drop Tail (Rolls-Royce) dan La Voiture Noire (Bugatti).

Menariknya, identiti pemilik setiap model Boat Tail seringkali menjadi bahan spekulasi di kalangan peminat automotif.

Antara yang pernah dikaitkan sebagai pemilik model rare ini seperti Jay-Z dan Beyonce serta pemain bola sepak Argentina, Mauro Emanuel Icardi.

TMJ Dilihat Memandu Rolls-Royce Boat Tail Ke Kejohanan Polo Di Johor Bahru

Menurut satu video yang dimuat naik oleh Insane Luxury di media sosial, TMJ dilihat memandu salah satu daripada tiga unit Rolls-Royce Boat Tail tersebut.

Baginda dilihat berangkat tiba di Johor Super Crown Polo Tournament 2026 dengan memandu kereta segmen Grand Tourer itu diiringi sebuah konvoi.

Kunjungan Baginda dengan sebuah kereta rare menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat kereta mewah terutama di luar negara.

Ini kerana, melihat sebuah Rolls-Royce Boat Tail di khalayak umum merupakan perkara yang jarang sekali berlaku.

Rolls-Royce Boat Tail Mengambil Ilham Daripada Rekaan Yacht Dan Bot Klasik

Kemas dan elegan. (Foto: GQ)

Diperkenalkan pada tahun 2021, Boat Tail disifatkan oleh Rolls-Royce sebagai mercu tanda bagi reka bentuk kereta bespoke atau tempahan khas.

Menurut Rolls-Royce, kereta mewah ini mengambil inspirasi daripada reka bentuk sebuah kapal yacht serta bot klasik yang mempunyai bahagian ekor tersebut.

Ia juga bukanlah hanya versi sebuah model Phantom yang direka semula, sebaliknya menggunakan rangka aluminium dibina khas untuk model Boat Tail.

Setiap satu daripada tiga unit tersebut akan dihasilkan sepenuhnya mengikut cita rasa pemilik yang menempahnya.

Selain itu, Rolls-Royce Boat Tail dikuasakan dengan enjin 6.75 liter twin-turbo V12 mampu menghasilkan 563 kuasa kuda, sama seperti model Phantom.

Walaupun spesifikasinya bukan seperti sebuah hyper car moden, nilai eksklusiviti dan kemewahannya cukup untuk menjadi sebuah simbol status.

Rolls-Royce Sifatkan Boat Tail Sebagai Sebuah Aras Kemewahan Baharu

Rolls-Royce Boat Tail dicipta menerusi koleksi Coach Build membolehkan pelanggan seperti anda menikmati sebuah kereta yang eksklusif.

Ini kerana setiap elemen pada Rolls-Royce Boat Tail adalah gambaran personaliti pemiliknya berdasarkan hasil kerjasama antara pakar dan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös berkata, “Rolls-Royce Boat Tail merupakan sebuah cita-cita paling tinggi dalam sejarah jenama setakat ini.

Kami bekerjasama dengan pelanggan untuk menetapkan satu standard baharu bagi menghasilkan sebuah kereta bespoke dalam bentuk paling tulen.”

TMJ Turut Memiliki Bugatti W16 Mistral Dan Beberapa Buah Hyper Car Lain

Bugatti W16 Mistral. (Foto: HRH Crown Prince of Johor)

Selain Rolls-Royce Boat Tail, Baginda turut memiliki pelbagai hyper car lain seperti Koenigsegg Jesko Attack, La Ferrari berwarna ungu dan Bugatti W16 Mistral.

Mistral merupakan antara kereta penting dalam sejarah Bugatti kerana adalah model jalan raya terakhir menggunakan enjin W16 sinonim dengan jenama tersebut.

Selama dua dekad, enjin 8.0 liter quad-turbo menjadi identiti Bugatti bermula dengan model Veyron, Chiron dan Mistral.

Pada tahun 2024, Bugatti mengesahkan Mistral sebagai kereta pengeluaran bumbung terbuka terpantas di dunia selepas mencapai kelajuan 453.91 km/j yang diperakui oleh SGS TÜV.

Selain itu, hanya 99 unit Mistral telah dihasilkan dengan setiap satu berharga sekitar 5 juta Euro (RM23.6 juta).

Malah, Mistral telah habis dijual sebelum ia sempat dipamerkan kepada orang ramai.

Menurut Agent4stars, ini adalah beberapa kereta mewah yang dimiliki oleh Baginda dan Keluarga DiRaja Johor seperti berikut:

  1. McLaren P1
  2. Koenigsegg Jesko
  3. McLaren F1
  4. McLaren Senna
  5. Ferrari SP3 Daytona
  6. Lamborghini Miura
  7. Pagani Huayra
  8. Ford GT Victory Edition
  9. Chevrolet Corvette C8 Z06
  10. Genesis G90 Limousine
  11. Mack Super-Liner Sleeper
  12. Flintstone Car

Baca Artikel Berkaitan: Kisah Bufori, Jenama Kereta Mewah Buatan Tangan Yang Dibina Di Kepong

Baca Artikel Berkaitan: Jurutera Sweden Ini Berjaya Selamatkan Ramai Nyawa Dengan Hanya Satu Ciptaan Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd