Now Reading
Saucony The Maze 2026: 20 Kelab Larian Berentap Di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Saucony The Maze 2026: 20 Kelab Larian Berentap Di Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Bagi Saucony, The Maze bukan sekadar tentang siapa yang paling pantas, tetapi juga tentang bagaimana larian mampu menyatukan orang ramai dalam satu pengalaman yang dikongsi bersama.

In Brief
  • Saucony Malaysia menganjurkan The Maze buat kali pertama di Malaysia, menghimpunkan 20 kelab larian di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
  • Stesen bersejarah itu bertukar menjadi trek perlumbaan bagi satu malam, menggabungkan sukan, muzik, budaya dan interaksi komuniti.
  • Pasukan Saucony Social Club Malaysia dinobatkan juara, membuktikan iltizam Saucony menyatukan komuniti larian melalui slogan "Run As One".

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siapa sangka stesen kereta api boleh bertukar menjadi trek perlumbaan?

Itulah yang berlaku apabila Saucony Malaysia menganjurkan The Maze buat kali pertama di Malaysia, dengan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi acara lari berganti-ganti global tersebut.

Bukan sekadar perlumbaan, The Maze menghimpunkan komuniti larian dalam format berkumpulan yang mencabar, sambil memperkenalkan pengalaman baharu yang menggabungkan sukan, budaya dan gaya hidup.

Foto: Saucony Malaysia

Dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) Malaysia, acara ini menyaksikan 20 kelab larian bersaing di laluan khas sekitar stesen bagi merebut gelaran juara.

Kawasan platform dan laluan pejalan kaki stesen turut menjadi sebahagian daripada pengalaman perlumbaan, sekali gus memberikan nafas baharu kepada bangunan warisan itu sebagai ruang pertemuan komuniti.

Foto: Saucony Malaysia

Stesen Keretapi Kuala Lumpur Jadi Trek Perlumbaan

Berlatarbelakangkan salah satu mercu tanda bersejarah Kuala Lumpur, The Maze membawa konsep larian keluar daripada trek perlumbaan tradisional.

Untuk satu malam, stesen ini menjadi tempat pertemuan para pelari, penyokong dan komuniti larian yang hadir untuk meraikan sukan, sejarah serta budaya bandar.

Foto: Saucony Malaysia

Pendekatan ini mencerminkan bagaimana acara larian kini semakin berkembang menjadi pengalaman yang menggabungkan sukan, muzik, gaya hidup dan interaksi komuniti.

Bagi Saucony, The Maze bukan sekadar tentang siapa yang paling pantas, tetapi juga tentang bagaimana larian mampu menyatukan orang ramai dalam satu pengalaman yang dikongsi bersama.

Foto: Saucony Malaysia

Untuk info, pasukan Saucony Social Club Malaysia muncul sebagai juara acara sulung The Maze anjuran Saucony di Kuala Lumpur.

Saucony The Maze Bawa Larian Ke Lokasi Luar Biasa

Menurut Ketua Saucony Malaysia, Regine Wong, pemilihan Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebagai lokasi acara selari dengan semangat The Maze yang sentiasa memperkenalkan pengalaman larian di luar trek tradisional.

“The Maze sentiasa menganjurkan aktiviti larian di luar trek perlumbaan tradisional dengan memperkenalkan pelbagai lokasi acara yang luar biasa. Justeru untuk Kuala Lumpur, kami meneruskan semangat itu.

“Untuk satu malam sahaja, kami telah mengubah salah satu mercu tanda paling ikonik dan bersejarah di Kuala Lumpur, iaitu Stesen Keretapi Kuala Lumpur, menjadi trek perlumbaan bagi penganjuran sulung The Maze di Malaysia,” jelasnya.

RAC Malaysia Sokong Acara Larian Sulung Di Stesen Keretapi KL

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial RAC Malaysia, Yang Mulia Tengku Nadia Azrina Tengku Amran, menyifatkan acara ini sebagai satu detik istimewa buat komuniti larian dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Foto: Saucony Malaysia

“Bagi para pelari, acara ini adalah satu acara yang sangat istimewa.

“Selain menjadi larian The Maze yang pertama di Malaysia, kami turut mencipta sejarah kerana ini merupakan kali pertama kami menjadi tuan rumah kepada penganjuran perlumbaan sebenar di dalam Stesen Keretapi Kuala Lumpur,” ujarnya.

Saucony Terus Sokong Komuniti Larian

Sebagai salah satu jenama perintis dalam dunia larian global, Saucony terus komited untuk menyokong sukan larian dan komuniti yang menggerakkannya.

Memandangkan larian kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup, penganjuran The Maze Kuala Lumpur membuktikan iltizam Saucony dalam menyediakan platform yang mudah disertai oleh semua orang, sama ada sebagai pelari, penyokong atau sebahagian daripada komuniti.

Pendekatan ini selaras dengan kepercayaan Saucony bahawa sukan larian mampu menjadi wadah yang menyatukan masyarakat, seiring dengan slogan jenama, “Run As One”.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd