Trip.com Tawar Promosi Eksklusif Bagi Penerbangan, Hotel & Tarikan Menarik Di Dalam & Luar Negara
Promosi percutian oleh Trip.com ini bagaimanapun adalah terhad dan berdasarkan konsep ‘first come, first served’ selagi stok masih ada.
- Trip.com menawarkan pelbagai kempen percutian eksklusif pada September ini, merangkumi penerbangan, hotel dan tarikan menarik dalam dan luar negara.
- Kempen seperti Malaysia Airlines Travel Fair, Online Travel Fair dan Jualan Mega 9.9 menyediakan diskaun dan kod promosi bernilai tinggi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Siapa sahaja yang tidak mahu menikmati penjimatan bagi percutian yang dirancang kan?
Sama ada di dalam mahupun luar negara, para penggembara pasti mencari cara untuk berjimat-cermat dalam percutian mereka.
Pada September ini, platform pelancongan global, Trip.com, menawarkan pelbagai kempen percutian dan tawaran kod promosi eksklusif merangkumi penerbangan, hotel dan tarikan menarik.
Dengan setiap kempen berlangsung hanya selang beberapa hari, orang ramai tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk merebut pelbagai penjimatan berganda bagi percutian di dalam dan luar negara.
Malaysia Airlines Travel Fair: 4-7 September 2026
Dalam kerjasama bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Trip.com menjayakan acara tahunan Malaysia Airlines Travel Fair.
Menerusi kempen ini, para pengembara berpeluang mendapatkan diskaun eksklusif dan tambang menyeluruh Malaysia Airlines serendah RM299 ke destinasi popular antaranya Bali, Taipei dan Shenzhen.
Promosi bagaimanapun adalah terhad dan akan ditawarkan mengikut masa ditetapkan.

Layari halaman Malaysia Airlines Travel Fair [DI SINI] bagi maklumat lanjut dan membuat tempahan penerbangan.
Trip.com Online Travel Fair: 4-7 September 2026
Pada masa sama, Trip.com Online Travel Fair membawakan lebih banyak tawaran menarik untuk percutian di dalam dan luar negara.
Orang ramai dapat menikmati diskaun sehingga RM300 bagi semua syarikat penerbangan, tawaran pakej penerbangan dan hotel.
Bagi menjadikan percutian lebih berbaloi, kempen ini turut menawarkan promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ bagi tiket ke pelbagai tarikan di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Jepun.
Bermula 4 hingga 7 September ini, pelbagai kod promosi eksklusif akan ditawarkan selama lebih 12 jam.
Ini termasuk diskaun hingga 50% bagi semua penerbangan, diskaun hingga 15% untuk tiket Kelas Perniagaan dan diskaun 50% untuk lawatan sehari terpilih.

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, layari halaman Trip.com Online Travel Fair [DI SINI].
Jualan Mega 9.9: 9-12 September 2026
Sempena tarikh 9 September ini, Trip.com bakal menjalankan kempen Jualan Mega 9.9 yang menawarkan lebih banyak penjimatan bagi percutian.
Bermula dari 9 hingga 12 September, kempen ini merangkumi kod promosi penerbangan dan hotel bernilai hingga RM250, serta kod promosi tambahan untuk sewaan kereta, perkhidmatan teksi lapangan terbang, kereta api dan pelayaran kapal.
Pasti ada dalam kalangan kita yang mahukan percutian yang lebih lama bukan? Menerusi Jualan Mega 9.9, orang ramai juga boleh mendapatkan diskaun sehingga 15% bagi tempahan hotel dengan tempoh penginapan lebih lama.
Dalam masa sama, terdapat juga Jualan Kilat dengan harga bilik bermula daripada RM99 bagi hotel-hotel terpilih di Chengdu, Shanghai dan Guangzhou, serta staycation mewah di Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, Jualan Mega 9.9 turut menyediakan tawaran bagi tiket ke tempat-tempat tarikan, antaranya:
- Diskaun 50% bagi tiket Shanghai Disney Resort atau Hong Kong Disneyland.
- Tiket ‘Beli 1 Percuma 1’ ke pelbagai tarikan popular seperti Ba Na Hills (Da Nang, Vietnam), Gardens by the Bay (Singapura), Bali Exotic Marine Park (Bali, Indonesia) dan Yehliu Geopark (Taipei, Taiwan).
Bagi mereka yang mempunyai rancangan untuk melakukan kembara jalan raya (road trip), ini adalah masa yang terbaik.
Trip.com menawarkan penjimatan sehingga 50% bagi sewaan kereta di Malaysia, Thailand, Korea, Jepun, Taiwan, Sepanyol, Perancis, Itali dan destinasi terpilih lain di seluruh dunia
Dalam masa sama, orang ramai diingatkan bahawa tawaran promosi adalah terhad dan berdasarkan konsep ‘first come, first served‘ selagi stok masih ada.
Bagi maklumat lanjut, layari laman web Trip.com [DI SINI] atau aplikasi Trip.com.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.