Now Reading
Coca-Cola Bawa Kemeriahan Liga Perdana Inggeris Dengan Peminat, Ada Hadiah, Aktiviti & Tiket Perlawanan

Coca-Cola Bawa Kemeriahan Liga Perdana Inggeris Dengan Peminat, Ada Hadiah, Aktiviti & Tiket Perlawanan

Lebih daripada 50,000 buah kedai di seluruh Malaysia akan menghangatkan lagi suasana musim baharu Liga Perdana Inggeris 2026/27 bersama Coca-Cola.

In Brief
  • Coca-Cola melancarkan kempen Rasa-Rasa Bola, membawa peminat bola sepak Malaysia lebih dekat dengan pengalaman Liga Perdana Inggeris musim ini.
  • Peminat berpeluang memenangi lebih 100,000 hadiah setiap hujung minggu, termasuk tiket perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Akhirnya! Selepas menunggu berbulan-bulan, Liga Perdana Inggeris kembali semula untuk satu lagi musim penuh debaran, membawa bersama semangat menjadikannya antara liga bola sepak paling digemari ramai di dunia dan peminat bola sepak tanah air.

Jika anda salah seorang yang tidak pernah terlepas menonton perlawanan bola setiap hujung minggu, musim ini ada sesuatu lebih menarik menanti.

Coca-Cola bakal membawa peminat bola di Malaysia lebih dekat dengan aksi di padang menerusi pelbagai pengalaman dan aktiviti sepanjang musim ini.

Sukan Yang Menyatukan Kita Semua

Liga Perdana Inggeris (EPL). (Foto: Sportcal)

Sejak sekian lama, bola sepak sudah menjadi satu budaya dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, lebih sekadar sebuah sukan semata-mata.

Ia menyatukan komuniti tanpa mengira latar belakang, dan keseronokannya kian terasa pada setiap musim apabila para penyokong berkumpul memberikan sokongan kepada kelab kegemaran masing-masing.

Cuba bayangkan sorakan riuh di kedai mamak, rakan-rakan lepak sekali sambil menikmati minuman, ataupun menonton bersama seisi keluarga di ruang tamu.

Itulah antara cara-cara orang tempatan meraikan sukan yang dicintai ramai.

Sebagai Rakan Minuman Ringan Rasmi Liga Perdana Inggeris, Coca-Cola mahu menjadikan keseronokan ini jadi lebih bermakna bagi peminat menerusi pelbagai pengalaman dan aktiviti menarik sepanjang musim ini.

Kempen Rasa-Rasa Bola Ingin Meraikan Cara Kita Menghayati Bola Sepak

Menerusi kempen Rasa-Rasa Bola, Coca-Cola ingin meraikan cara bagaimana rakyat Malaysia menghayati setiap saat perlawanan bola sepak.

Tradisi dan amalan sangat sinonim dengan pengalaman menonton bola sepak dihidupkan semula menerusi pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh peminat serta orang ramai.

Sama ada anda seorang penyokong tegar atau sekadar ingin melepak menonton bersama kawan-kawan, pasti ada sesuatu boleh dinikmati sepanjang musim ini.

Selain itu, lebih 50,000 buah kedai di seluruh Malaysia akan tampil dengan suasana yang diinspirasikan daripada kemeriahan hari perlawanan.

Menerusi suasana ini, para peminat boleh merasai sendiri keterujaan perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan aktiviti menarik, pengalaman interaktif serta ganjaran eksklusif.

Peminat Berpeluang Menang Lebih 100,000 Hadiah Setiap Hujung Minggu

Promosi Sorak Hujung Minggu Coke X Liga Perdana Inggeris menawarkan peluang kepada para peminat untuk menang lebih daripada 100,000 hadiah sepanjang musim ini.

Hadiah utamanya pun best! Iaitu tiga (3) keping tiket untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung.

Tambahan pula, setiap hujung minggu kali ini bakal memeriahkan lagi semangat bola sepak.

Lebih Banyak Peluang Untuk Melepak & Bersorak Sambil Menonton Bola Sepak

Inisiatif Coca-cola membawa semangat kemeriahan musim baharu Liga Perdana Inggeris lebih dekat dengan orang tempatan bakal mencipta banyak peluang untuk para peminat berkumpul, bersorak serta menikmati saat-saat menjadikan sukan ini begitu istimewa.

Sempena 90 tahun menemani rakyat Malaysia, Coca-Cola telah menjadi sebahagian daripada waktu gembira kita, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan bola sepak sebagai salah satu sukan paling diminati di seluruh negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd