Buat Pertama Kali, Range Rover Lancar SUV Elektrik Dihasilkan Di United Kingdom
Range Rover EV mampu memecut dari 0 hingga 60 km/h dalam masa 4.3 saat.
- Range Rover melancarkan SUV elektrik pertama buatan United Kingdom, dijual pada harga £154,070 dan dibina di kilang Solihull.
- Kereta ini digerakkan oleh dua motor magnet menghasilkan 542 kuasa kuda, mampu menempuh 535 km dalam satu caj penuh.
- JLR mengekalkan prinsip "Range Rover First, Electric Second", mempertahankan reka bentuk SUV termasuk keupayaan off-road yang mantap.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Akhirnya, jenama kereta mewah dari United Kingdom, Range Rover melancarkan Sport Utility Vehicle (SUV) kenderaan elektrik (EV) pertama yang dihasilkan sepenuhnya di negara itu.
EV mewah ini dijual pada harga sekitar £154,070 (RM843,640) dan dibina di kilang Solihull, yang telahpun menjadi rumah kepada jenama tersebut sejak tahun 1970.
Walaupun pelancarannya lewat setahun daripada jadual asal, ia menjadi detik bersejarah bagi Jaguar Land Rover (JLR) yang kini beralih daripada kereta menggunakan minyak.
Pelancaran Bawa Suntikan Positif Bagi JLR

Pelancaran ini sangat bermakna bagi JLR yang sangat memerlukan suntikan semangat setelah melalui tempoh mencabar.
Syarikat itu sebelum ini dilaporkan mengalami kerugian berikutan kesan perang tarif serta gangguan bekalan akibat serangan siber tahun lalu.
Bagi memastikan projek ini berjalan lancar, 10,500 kakitangan yang terlibat telah diberikan latihan tambahan. Malah, kereta tersebut turut menjalani ujian intensif seperti perjalanan mengelilingi dunia sebanyak 38 kali, paling banyak dalam sejarah Range Rover.
JLR turut menyifatkan kereta ini mampu memecut dari 0 hingga 60 kilometer per jam (km/h) dalam masa 4.3 saat menandakan sebuah era baharu bagi jenama mewah ini.
Martin Limpert Menyifatkan Kereta EV Baharu Ini Terhasil Daripada Kepakaran JLR
Pengarah Urusan Range Rover, Martin Limpert berkata kereta ini terhasil daripada kepakaran JLR dalam industri automotif dan mempunyai pembangunan teknologi penuh teliti.
Untuk info, proses pengeluaran di Solihull turut disokong oleh pusat pembuatan JLR di Wolverhampton, yang menghasilkan pek bateri dan unit sistem elektrik.
Prestasi Setanding Enjin V8 Menerusi Dua Motor Magnet Berkuasa Tinggi

Walaupun menggunakan kuasa elektrik, prestasi kereta ini tidak mengecewakan.
Ia digerakkan oleh dua motor magnet mengeluar kuasa sehingga 260kW.
Gabungan dua motor itu mampu menghasilkan 542 kuasa kuda serta tork 627 lb-ft, iaitu angka yang disifatkan oleh JLR tersebut setanding dengan enjin V8 mereka.
Dari segi tenaga, kenderaan ini menggunakan bateri berkapasiti 118.5kWh yang dibina daripada 344 sel prismatik, mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 535 kilometer (km) dalam satu kitaran caj penuh mengikut ujian EPA.
Tambahan pula, pengecasan pantas DC membolehkan bateri dicaj daripada 10 hingga 80% dalam masa 22 minit sahaja.
Prinsip ‘Range Rover First, Electric Second’ Dapat Mengekalkan Identitinya

JLR masih berpegang kepada prinsip “Range Rover first, Electric second”, dengan mengekalkan reka bentuk SUV sepenuhnya.
Perubahan khas pada model elektrik ini hanya terhad kepada bahagian gril yang dikemaskan mengikut aliran aerodinamik, tayar serta bahagian bawah badan kereta.
Pelbagai sistem kawalan baharu diperkenalkan seperti Integrated Traction Management yang menyelaraskan kelajuan motor dalam masa 50 milisaat, 100 kali lebih pantas berbanding kereta biasa.
Bukan itu sahaja, kereta ini masih mengekalkan fungsi off-road seperti boleh mendaki cerun sehingga 45 darjah dan memandu merentasi air setinggi 35 inci.
Jika berminat untuk memiliki satu, Range Rover turut menawarkan perkhidmatan bespoke seperti warna cat, kemasan, bahan pilihan serta sentuhan peribadi.
Range Rover EV ditawarkan dalam beberapa varian seperti:
- SE
- Autobiography
- SV
- SV Black
- SV Ultra
Warna yang hadir untuk model kereta ini pula adalah seperti berikut:
- Belgravia Green
- Santorini Black
- Varesine Blue
Ruang dalam kereta ini dikemaskan dengan penggunaan fabrik lembut seperti Light Cloud Ultrafabrics PU dan tekstil Kvadrat.
Range Rover Elektrik Buka Era Baharu Bagi Jenama United Kingdom Ini

JLR merupakan sebuah syarikat pembuat kereta yang berada di Coventry, United Kingdom, dan dimiliki oleh Tata Motors dari India.
Kilang Solihull pula telah menjadi kediaman utama jenama Range Rover sejak tahun 1970.
Baca Artikel Berkaitan: Proton e.MAS Catat Dominasi Dalam Pasaran EV Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Cepat Muntah & Loya Bila Naik EV? Ini Mungkin Sebabnya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.