[Foto] Clarks Originals Kini Bawa T-Shirt, Cap Dan Stokin Edisi Terhad Ke Malaysia
- Clarks Originals melancarkan koleksi apparel dan aksesori edisi terhad termasuk T-shirt uniseks, topi besbol dan stokin.
- Rekaan koleksi ini terinspirasi daripada arkib 200 tahun Clarks, menghidupkan semula grafik ikonik seperti Wallabee Family dan Trek Man.
- Koleksi ini dijual di enam cawangan Clarks terpilih di Malaysia dan dalam talian, dengan harga bermula dari RM39.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selama ini, nama Clarks Originals mungkin lebih sinonim dengan kasut ikonik seperti Wallabee dan Desert Trek. Tetapi kali ini, jenama tersebut mengembangkan identitinya ke luar dunia kasut menerusi koleksi apparel dan aksesori edisi terhad.
Dilancarkan pada Ogos ini, koleksi tersebut menampilkan pilihan T-shirt uniseks, topi besbol dan stokin, dengan rekaan yang diinspirasikan daripada arkib Clarks selama 200 tahun.
Menariknya, beberapa grafik ikonik daripada sejarah Clarks turut dihidupkan semula untuk koleksi ini, menjadikannya bukan sekadar merchandise tetapi sebahagian daripada gaya harian Clarks Originals.
Grafik Wallabee Dari Era 1960-an Kembali

Rekaan tersebut kini diterapkan pada empat pilihan warna T-shirt, memberikan sentuhan retro yang masih relevan untuk digayakan hari ini.
Selain itu, watak Trek Man yang terkenal dengan imej tersendiri turut ditampilkan pada beberapa rekaan T-shirt baharu.
Trek Man mula muncul pada awal 1970-an dan dikenali oleh sesetengah peminat di Jamaica sebagai ‘Bank Robber’.
Dengan penggunaan grafik daripada arkib lama, koleksi ini menggabungkan elemen nostalgia dengan palet warna yang lebih moden dan mudah dipadankan.
Dari Kasut Ke Gaya Harian

Topi Clarks Originals terlebih dahulu diperkenalkan sebagai sebahagian daripada koleksi SS25 Somerset, sempena ulang tahun ke-200 Clarks.
Kemudian pada Januari 2026, ketika Paris Fashion Week Men’s, jenama itu mengumumkan perancangannya untuk mengembangkan Originals ke kategori bukan kasut menerusi T-shirt dan stokin.
Kini, idea tersebut diterjemahkan sepenuhnya menerusi koleksi terbaharu ini.
Menurut Clarks Originals, pengembangan tersebut bertujuan membawa identiti jenama daripada sekadar produk ikonik kepada sesuatu yang lebih dekat dengan gaya hidup dan wardrobe harian.
Aksesori Dengan Sentuhan Vintage
Selain T-shirt, koleksi ini turut dilengkapi dengan topi berlogo serta stokin grafik.


Bagi yang dah mula berkenan, ini harga untuk koleksi tersebut:
- T-shirt: RM109
- Baseball cap: RM79
- 2-pasang stokin: RM39
Koleksi apparel dan aksesori Clarks Originals ini boleh didapati untuk tempoh terhad di beberapa cawangan Clarks terpilih di Malaysia, termasuk:
- Clarks Pavilion, Kuala Lumpur
- Clarks The Exchange TRX, Kuala Lumpur
- Clarks Suria KLCC, Kuala Lumpur
- Clarks IOI City Mall, Putrajaya
- Clarks 1 Utama, Petaling Jaya
- Clarks The Mall, Mid Valley Southkey
Koleksi ini juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi Clarks Malaysia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.