Now Reading
SEPHORA x OLIVE YOUNG Bawa Produk K-Beauty Lebih Dekat Dengan Pengguna Di Asia Tenggara

SEPHORA x OLIVE YOUNG Bawa Produk K-Beauty Lebih Dekat Dengan Pengguna Di Asia Tenggara

Menerusi kerjasama ini, sebanyak 20 jenama kecantikan dan lebih 180 produk Korea boleh didapatkan di cawangan SEPHORA seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand.

In Brief
  • SEPHORA and OLIVE YOUNG have expanded their global partnership to Southeast Asia, bringing over 20 K-Beauty brands to Malaysia, Singapore and Thailand.
  • Selected products reflect OLIVE YOUNG's deep understanding of Korean beauty trends, offering Southeast Asian customers access to popular Korean brands.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sering dikenali sebagai destinasi K-beauty, OLIVE YOUNG merupakan rangkaian kedai runcit kesihatan, kecantikan dan gaya hidup terbesar di Korea Selatan.

Diasaskan pada tahun 1999, OLIVE YOUNG mempunyai lebih 1,380 cawangan di Korea Selatan dan dua di Amerika Syarikat.

Kini, OLIVE YOUNG bersama SEPHORA memperluaskan perkongsian global mereka ke peringkat rantau Asia Tenggara.

20 Jenama K-Beauty Dibawa Ke Cawangan SEPHORA Terpilih Di Asia Tenggara

Bermula hari ini (2 September), sebanyak 20 jenama kecantikan dan lebih 180 produk Korea boleh didapatkan di cawangan SEPHORA seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand, serta aplikasi dan laman dalam talian.

Kerjasama ini menggabungkan kelebihan OLIVE YOUNG terhadap ekosistem kecantikan Korea dengan pengaruh global SEPHORA dalam bidang kecantikan, pemilihan produk dan pengalaman pelanggan.

Bersama-sama, dua pengaruh dalam industri kecantikan itu akan memudahkan pengguna di Asia Tenggara untuk mengenali jenama terkini, formula baharu dan rutin yang membentuk K-Beauty.

Antara jenama produk K-Beauty yang ditampilkan dalam perkongsian ini termasuk BIOHEAL BOH, Torhop, S.NATURE, beplain, THE LAB by blanc doux dan REJURAN, dengan jenama berbeza di negara lain.

Antara produk yang diperkenalkan dalam SEPHORA x OLIVE YOUNG.

Koleksi SEPHORA x OLIVE YOUNG Merangkumi Jenama Popular Di Korea

SEPHORA sebelum ini mempunyai portfolio K-Beauty yang luas merangkumi rangkaian penjagaan kulit, penjagaan rambut, alat solek sert aharuman selama lebih satu dekad.

Menerusi perkongsian SEPHORA x OLIVE YOUNG, pelanggan dibawa lebih dekat dengan ekosistem kecantikan Korea.

Rangkaian yang dipilih oleh OLIVE YOUNG ini adalah berdasarkan kepada kefahaman mendalam mereka terhadap trend kecantikan, pilihan pengguna dan prestasi produk di Korea.

Koleksi yang dipilih dalam perkongsian ini memaparkan jenama yang popular dan mempunyai kehendak tersendiri dalam kalangan pengguna di Korea, sekali gus membawa jenama kecantikan yang digemari ramai kepada pelanggan SEPHORA di Asia Tenggara.

Pasaran Kecantikan Di Asia Tenggara Paling Dinamik Di Seluruh Dunia

Mengulas kerjasama SEPHORA x OLIVE YOUNG, Pengarah Urusan SEPHORA Asia Tenggara & Oceania, Kristina Strunz, berkata rantau ini mempunyai pasaran kecantikan yang paling dinamik dan berkait dengan trend di seluruh dunia.

“Pengguna kami melihat apa yang muncul di Korea hampir serta-merta dan berharap untuk mendapatkannya juga secepat mungkin. Kerjasama dengan OLIVE YOUNG memberi peluang kepada kami untuk membawa semangat, inovasi dan pembaharuan lebih dekat kepada pelanggan,” katanya.

Naib Presiden Perdagangan SEPHORA Asia, Pallavi Naidu, berkata SEPHORA kerap mengembangkan pilihan di cawangannya untuk membawa jenama, produk dan inovasi kecantikan kepada para pelanggan.

“Kerjasama dengan OLIVE YOUNG menggabungkan kefahaman mendalam mereka terhadap landskap kecantikan Korea yang bergerak pantas dengan kepakaran SEPHORA dalam menyediakan pilihan buat para pelanggan.

“Bersama-sama, kami membawa pembaharuan yang mencerminkan inovasi dan kepelbagaian K-Beauty pada masa kini, sementara memberi lebih banyak pilihan buat para pelanggan yang hadir ke SEPHORA,” ujarnya.

Cawangan Flagship Sephora Fahrenheit 88 Perkenal K-Beauty Discovery Launchpad

Sempena pelancaran kerjasama mereka di peringkat Asia Tenggara, SEPHORA memperkenalkan SEPHORA x OLIVE YOUNG K-Beauty Discovery Launchpad masa terhad di lokasi flagship termasuk Fahrenheit 88, Kuala Lumpur.

Berbeza dengan pameran produk secara tradisional, Launchpad membawa para pelanggan pengalaman yang imersif dalam menerokai produk K-Beauty.

Pengguna dijemput untuk menerokai jenama yang baru membuat kemunculan serta menyertai pelancaran produk dan jenama baharu.

Pelanggan juga berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dengan pembelian terpilih selagi stok masih ada:

  • Insulated Tote Bag – Dengan pembelian minimum RM210 LIVE YOUNG K-Beauty Edit di semua cawangan, aplikasi dan laman web SEPHORA.
  • Tyvek Pouch – Launchpad Exclusive dari 2 hingga 29 September dengan pembelian minimum RM120 OLIVE YOUNG K-Beauty Edit di SEPHORA Fahrenheit88.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd