Now Reading
DK, Seungkwan & Dino SEVENTEEN Meriahkan Pembukaan Superstore Skechers Di Sunway Pyramid

DK, Seungkwan & Dino SEVENTEEN Meriahkan Pembukaan Superstore Skechers Di Sunway Pyramid

SEVENTEEN merupakan salah satu ahli kumpulan K-Pop terkenal dengan lagu hits seperti Aju Nice, Don’t Wanna Cry, Super, Pretty U.

In Brief
  • DK, Seungkwan dan Dino SEVENTEEN hadir merasmikan pembukaan Superstore Skechers yang diperluaskan di Sunway Pyramid sebagai Duta Jenama Serantau.
  • Superstore baharu seluas 8,650 kaki persegi itu menawarkan pengalaman membeli-belah lebih menyeluruh, termasuk teknologi SafeSize dan DIY Customisation Corner.
  • Seramai 200 peminat bertuah menyertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama ketiga-tiga ahli SEVENTEEN, mencipta kenangan tidak terlupakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peluang untuk melihat idol kesayangan secara nyata dan dekat sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan terutama peminat SEVENTEEN di Malaysia.

Itulah yang berlaku bagi peminat baru-baru ini apabila dapat melihat tiga ahli kumpulan tersebut hadir buat penampilan rasmi pertama mereka di Malaysia.

Sempena pembukaan Superstore Skechers yang diperluas di Sunway Pyramid, yang turut menampilkan DK, SEUNGKWAN dan DINO sebagai Duta Jenama Serantau Skechers.

Skechers Buka Kedai Baharu, Lebih Besar Di Sunway Pyramid

Skechers Superstore. (Foto: Skechers)

The Comfort Technology Company™ iaitu Skechers, menandakan sebuah era baharu Jumaat lalu (28 Ogos) menerusi pembukaan Superstore yang diperluaskan di Sunway Pyramid (LG1.129).

Superstore baharu ini kini seluas kira-kira 8,650 kaki persegi, iaitu hampir enam kali ganda lebih besar berbanding lokasi asalnya seluas 1,453 kaki persegi.

Menurut Skechers, ia merupakan Superstore pertama seumpamanya di Subang Jaya, sekali gus menawarkan pilihan kasut, pakaian dan aksesori gaya hidup serta prestasi yang lebih luas dalam suasana membeli-belah lebih menyeluruh.

Dalam masa sama, sambutan tersebut turut menarik lebih dari 8,000 orang hadir merangkumi tetamu jemputan, peminat serta pembeli-belah

Event ini turut menggabungkan pengalaman interaktif di Ice Rink Sunway Pyramid, menjadikannya antara aktiviti pengguna terbesar Skechers di Asia Tenggara setakat ini.

Superstore Baharu Menawarkan Pengalaman Membeli-Belah Lebih Menyeluruh

Koleksi baharu Skechers. (Foto: Skechers)

Direka bagi memenuhi permintaan pengguna semakin meningkat, ruang baharu ini menempatkan pilihan produk Skechers paling komprehensif di Subang Jaya.

Superstore itu turut dilengkapi dengan beberapa zon khusus seperti Walking, Running, Pickleball, Trail, Kids serta Performance Apparel bagi memudahkan pengguna meneroka produk mengikut gaya hidup masing-masing.

Selain itu, Superstore ini turut menawarkan pengalaman baharu dalam kedai lebih interaktif serta peribadi.

Contohnya, pelanggan boleh menggunakan teknologi pengimbasan kaki SafeSize untuk mendapatkan cadangan saiz lebih tepat.

Bukan itu sahaja, terdapat DIY Customisation Corner membolehkan pembeli menyesuaikan kasut dan pakaian terpilih dengan aksesori charms, tali kasut serta grafik tekanan haba mengikut citarasa mereka.

DK, SEUNGKWAN Dan DINO Rasmikan Pembukaan Superstore

DK, SEUNGKWAN dan DINO. (Foto: Skechers)

Gabungan DK, SEUNGKWAN dan DINO bersama barisan kepimpinan kanan Skechers telah merasmikan pembukaan Superstore.

Event tersebut juga menampilkan sesi bergambar bersama paparan gergasi Skechers AERO Burst, yang diilhamkan daripada reka bentuk agresif kasut larian prestasi tersebut.

Ketiga-tiga ahli SEVENTEEN tersebut turut mengambil peluang melihat Superstore tersebut sambil beramah mesra dengan peminat dan tetamu.

Tambahan pula, event ini dihadiri oleh barisan pemimpin kanan Skechers dan Sunway, antaranya Presiden Skechers Hong Kong, Korea Selatan dan Asia Tenggara, Cedrick Tan serta Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee.

Bagi Cedrick Tan, pembukaan ini merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan Skechers yang lebih besar di seluruh negara.

“Malaysia terus menjadi pasaran pertumbuhan penting buat Skechers, dan kami kekal komited untuk melabur dalam jaringan runcit bagi memenuhi jangkaan pengguna yang sentiasa berkembang.

“Pembukaan Superstore Sunway Pyramid yang diperluaskan ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami dengan 120 kedai di seluruh negara serta rancangan untuk membuka lebih banyak kedai dalam beberapa bulan akan datang,” tambahnya.

Peminat SEVENTEEN Berpeluang Untuk Lihat Idol Menerusi Meet & Greet

SEVENTEEN bersama peminatnya. (Foto: Skechers)

Skechers turut menganjurkan kempen Meet & Greet yang memberi peluang kepada peminat memenangi pas eksklusif untuk bertemu idola mereka.

Seramai 200 pemenang bertuah berpeluang menyertai sesi Meet & Greet itu, termasuk tambahan 250 pemenang saguhati berikutan sambutan meriah.

Bagi Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee, sambutan itu direka khas untuk mendekatkan peminat dengan Skechers.

“Di Skechers, kami percaya hubungan terkuat dengan pengguna dibina menerusi pengalaman yang dikongsi bersama. Sambutan hari ini direka untuk mendekatkan peminat dengan DK, SEUNGKWAN dan DINO sambil membolehkan mereka mengenali jenama kami dengan cara baharu dan bermakna,” ujarnya.

Selain itu, persembahan parkour oleh Flipatgym, Angelina Didier dan Angel Wong menambah kepada suasana meriah tersebut.

Kemudian, tumpuan beralih kepada persembahan fesyen yang menampilkan koleksi terbaharu Skechers Fall Winter 2026 koleksi pakaian edisi terhad SKECHERS I SEVENTEEN.

Ketiga-tiga duta Skechers turut mengambil peluang menyertai permainan bersama peminat serta sesi soal jawab.

Menyentuh detik istimewa itu, ketiga-tiga mereka turut berkongsi perasaan masing-masing.

“Kami sudah lama menantikan peluang bertemu peminat di Malaysia. Berada di sini sebagai Duta Jenama Serantau Skechers serta melihat senyuman dan mendengar sorakan anda semua benar-benar menyentuh hati saya,” kata DK.

“Skechers umpama keluarga buat kami, dan meraikan detik ini bersama semua orang di Malaysia merupakan sesuatu yang tidak akan saya lupakan,” tambah SEUNGKWAN.

“Menandakan penampilan rasmi pertama kami di Superstore yang begitu cantik ini bersama anda semua membuatkan saya berasa sangat bersyukur. Mari kita cipta kenangan indah bersama hari ini,” kata DINO.

Video Kempen Baharu Menampilkan Ketiga-tiga Ahli SEVENTEEN

Peminat turut dihiburkan dengan paparan skrin besar video kempen serantau terbaharu Skechers yang dibintangi DK, SEUNGKWAN dan DINO.

Video itu merupakan sebahagian daripada kempen Hands-Free Slip-ins yang menampilkan beberapa koleksi termasuk Court Classics Hotshot, Max Run dan Max Cushioning Glide-Step.

DINO turut menunjukkan beberapa gerak tariannya daripada video itu, sekali gus mengundang sorakan meriah daripada penonton.

Event tersebut diakhiri dengan penyampaian Token Penghargaan kepada ketiga-tiga duta dan turut menerima sepasang kasut Court Classics Hotshot direka khas oleh artis tempatan Malaysia, Jayklo.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd