Now Reading
Yamaha XSR155: Lancar Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM12,998

Yamaha XSR155: Lancar Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM12,998

Harga Yamaha XSR155 ditawarkan dalam 3 pilihan warna berbeza iaitu Malar Hijau, Perak Klasik & Royale Hitam.

In Brief
  • Yamaha XSR155 kini dijual di Malaysia pada harga RM12,998, ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik.
  • Model ini digerakkan oleh enjin 155 cc VVA berkuasa 18.9 kuasa kuda, dilengkapi transmisi 6 kelajuan dan klac assist & slipper.
  • XSR155 hadir dengan ciri-ciri moden seperti ABS dua saluran, fork USD, suspensi monoshock dan lampu LED.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi peminat motosikal gaya retro cafe racer, Yamaha XSR155 akhirnya tiba di pasaran Malaysia selepas ditunggu sekian lama.

Model baharu dari Yamaha ini akan dijual pada harga RM12,998 (tidak termasuk insurans) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu, Malar Hijau, Perak Klasik dan Royale Hitam.

Menurut Paul Tan, model XSR155 hanya akan dijual menjelang suku keempat tahun ini di wakil pengedar rasmi sahaja.

Enjin 155 cc Berteknologi VVA Mampu Menghasilkan Sebanyak 18.9 Kuasa Kuda

Jantung model XSR155 adalah enjin satu silinder Single Overhead Camshaft (SOHC) penyejukan cecair berkapasiti 155 cc yang dilengkapi teknologi VVA (Variable Valve Actuation).

Enjin itu juga dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan dengan klac jenis assist & slipper dan mampu menghasilkan sebanyak 18.9 kuasa kuda pada 10,000 rpm serta 14.4 Nm tork (8,500 rpm).

Chassis Deltabox Dengan Fork Upside Down (USD) Di Hadapan & Monoshock Di Belakang

Chasis Deltabox Yamaha XSR155. (Foto: Paul Tan)

Tambahan pula, enjin tersebut digantung pada chassis jenis Deltabox yang bermaksud rangka tersebut mempunyai bentuk segi tiga bila dilihat dari sisi serta atas yang dicipta oleh Yamaha.

Bahagian suspensi pula terdiri daripada fork jenis Upside Down (USD) di hadapan, manakala di belakang menggunakan monoshock dengan pelarasan pra beban.

XSR155 menggunakan rim aluminium bersaiz 17 inci dengan saiz tayar hadapannya adalah 110/70 dan 140/70 di belakang.

Disc Brake Dengan ABS Dua Saluran & Berat Keseluruhan Hanya 137 kg

Berbeza dengan motosikal biasa, XSR155 hadir bersama tangki yang terletak di bahagian atas berkapasiti 10 liter.

Selain itu, disc brake telah disediakan pada bahagian hadapan serta belakang, lengkap dengan sistem ABS dual-channel.

Berat keseluruhan model ini hanyalah 137 kg sahaja.

Lampu LED Dan Meter LCD Bulat Melengkapkan Penampilan Klasiknya

Lampu LED di hadapan. (Foto: Paul Tan)

Memandangkan model ini merupakan versi paling baharu, ia dilengkapi dengan lampu jenis LED di bahagian hadapan serta belakang.

Meternya pula menggunakan unit LCD digital berbentuk bulat menjadi padanan sempurna dengan penampilan klasik yang menjadi perwatakan utamanya.

Tambahan pula, waranti yang diberikan adalah selama 2 tahun atau 20,000 km.

Yamaha Tidak Mahu XSR Sekadar Enjin Moden Dalam Reka Bentuk Retro

Menurut Yamaha, trend membaik pulih dan mengubah suai motosikal klasik mula berkembang menjadi fenomena global, dan telah dilihat sebagai satu kemajuan teknologi serta reka bentuk lebih radikal.

Sekitar 2010 di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun, semakin ramai peminat dilihat mencari, membaik pulih dan mengubah suai motosikal klasik.

Budaya memulihkan motosikal lama supaya boleh kembali menyusuri jalan sudah lama wujud.

Namun lama kelamaan, muncul satu gerakan baharu di mana motosikal lama menjadi kanvas untuk pemiliknya menghasilkan genre seperti cafe racer, chopper, bobber dan macam-macam lagi.

Disebabkan itulah motosikal klasik mempunyai daya tarikan tersendiri kerana pemilik bebas melakukan modifikasi.

Malah, Yamaha juga telah mengeluarkan pelbagai model dalam siri XSR sejak tahun 2016 dengan gelaran neo-retro atau modern classic.

Syarikat ini juga tidak mahu hanya menghidupkan semula model lama tetapi ingin menambah baik dari segi prestasi dan pengalaman menunggang motosikal.

Selain XSR155, Ini 2 Model Yang Berada Dalam Kelas Sama Boleh Anda Pertimbangkan

Brixton 150 (kiri) dan Keeway 152 (kanan). (Foto: Keeway & Zigwheels)

Sebagai info tambahan, XSR155 bukan satu-satunya pilihan bagi peminat motosikal gaya retro di pasaran tempatan.

Antara 2 model lain yang sangat popular adalah Keeway Cafe Racer 152 dan Brixton 150.

Berikut adalah spesifikasi Keeway Cafe Racer 152:

Kapasiti enjin: 149 cc dengan kuasa 11 hp.

Pilihan menghidupkan motosikal secara kick dan elektrik.

Kapasiti tangki minyak:12.1 liter

Had kelajuan tertinggi: 105 km/j.

Harga pasaran di antara RM6,500 hingga RM6,888.

Bagi Brixton BX150 pula, spesifikasinya adalah seperti berikut:

Kapasiti enjin: 149 cc dengan kuasa 12 hp.

Kapasiti tangki minyak:14.0 liter

Had kelajuan tertinggi: 110 km/j.

Harga pasaran di antara RM8,988 hingga RM11,788.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Merungut Tak Puas Hati Bapa Beli Motosikal Biasa, Pemilik Kedai Luah Rasa Terkilan | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd