Bukan Sekadar Warna Coklat, Ini Cara Gayakan ‘Earth Tone’ Agar Pakaian Lebih Fun
Bukan sekadar warna perang seperti tanah, tona bumi juga merangkumi warna semula jadi lain termasuk hijau dan biru.
- Warna earth tone bukan sekadar perang, putih dan kelabu, tetapi merangkumi hijau, terracotta, mustad dan biru moody.
- Mix and match warna earth tone dengan corak ringkas dan pelbagai tekstur seperti knit, suede dan velvet untuk tampilan lebih menarik.
- Pilih warna earth tone bersesuaian dengan tona kulit anda berdasarkan palet musim Spring, Summer, Autumn atau Winter.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila bercakap tentang pakaian dengan warna ‘earth tone‘, mungkin ramai yang menganggap ia sekadar merangkumi warna perang, putih dan kelabu.
Gabungan warna-warna ini memang nampak tenang, tetapi boleh kelihatan ‘boring’ kalau dipakai setiap masa.
Jangan lupa, sebenarnya banyak lagi warna-warna menarik yang menjadi sebahagian daripada tona bumi. Dunia kita kan penuh warna!
Baca Artikel Berkaitan: Warna Hitam Bukan Lagi Pilihan Utama? Trend Fesyen Lelaki 2026 Kini Lebih Berani
6 Kumpulan Warna Yang Sesuai Dengan Tona Bumi
Seperti namanya, ‘earth tone‘ merangkumi warna yang diinspirasikan daripada alam sekitar termasuk tanah, batu, kayu, tumbuh-tumbuhan dan sumber air.
Selalunya warna-warna ini adalah lebih hangat dan menenangkan, berbanding warna yang terlalu terang. Berikut merupakan antara warna-warna tona bumi.
#1. Perang Hangat
Warna perang hangat seperti chocolate, mocha dan caramel, saling tidak ubah seperti tanah.

#2. Hijau
Warna yang mengingatkan kita kepada hutan dan tumbuh-tumbuhan, termasuk olive, moss dan sage.

#3. Kuning Air (Beige) & Putih Sejuk (Off-White)
Rona yang lebih lembut seperti pasir termasuk sand, ivory, cream, dan oatmeal.

#4. Rust & Terracotta
Seperti warna matahari tenggelam dan batu-bata, termasuk brick red, burnt orange, dan clay.

#5. Kuning Hangat & Mustad
Selain daripada kuning yang terlalu terang, ia merangkumi warna kuning hangat seperti ochre, honey dan marigold yang lebih lembut.

#6. Biru & Kelabu ‘Moody’
Warna biru dan kelabu lembut termasuk slate, dusty blue, charcoal dan stone gray yang mengingatkan kita pada langit dan lautan.

Tips Gayakan Pakaian Earth Tone, Tak Semestinya Kena Warna Yang Sama Sahaja
Lepas dah kenal warna-warna earth tone yang pelbagai ini, macam mana pula untuk menggayakannya?
Bagi permulaan, anda boleh menggayakan sahaja baju dengan warna-warna seperti putih, kuning air atau hijau olive bersama seluar hitam atau jeans.
Boleh juga gayakan seluar earth tone seperti khaki dan skirt berwarna perang. Warna-warna ini sesuai dipakai bersama baju hitam atau putih.

Apabila sudah semakin yakin, anda boleh cuba ‘mix and match‘ warna-warna earth tone yang bersesuaian.
Contohnya mengenakan pakaian dengan pelbagai warna perang berbeza atau memadankan warna putih off-white bersama tona lain seperti perang, hijau dan terracotta.
Menggayakan outfit tona bumi tidak semestinya hanya dengan pakaian tanpa corak. Namun pilih corak ringkas seperti plaid, belang-belang, polka dot dan floral dengan warna bersesuaian.
Jangan lupa untuk bereksperimen dengan tekstur juga! Pakaian earth tone tidak semestinya bermaksud tekstil yang lembut seperti linen semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai jenis kain termasuk knit, suede dan velvet.
Untuk menambahkan sedikit ‘karakter’ pada pakaian, gayakan dengan aksesori seperti beg, jam tangan, selendang dan topi juga dengan warna-warna tona bumi.

Warna Earth Tone Yang Sesuai Mengikut Tona Warna Kulit
Bukan sekadar menggayakan pakaian earth tone, tetapi boleh juga memilih warna yang bersesuaian dengan palet warna mengikut kepada kulit anda.
Musim Bunga (Spring)
Individu dengan tona kulit hangat (warm undertones) dan warna kulit keemasan mempunyai palet Musim Bunga (Spring).
Ini bermakna mereka lebih sesuai mengenakan pakaian yang hangat dan cerah seperti warm beige, camel dan soft terracotta.
Musim Panas (Summer)
Bagi mereka dengan palet Musim Panas (Summer), selalunya mempunyai kulit cerah dan tona kulit sejuk (cool undertones).
Mereka lebih sesuai dengan warna lembut atau pastel seperti soft olive green, light terracotta dan dusty rose.
Musim Luruh (Autumn)
Musim Luruh (Autumn) merangkumi individu dengan tona hangat yang mempunyai kulit warna lebih gelap.
Mereka paling sesuai memakai pakaian dengan warna tona bumi seperti hijau zaitun, terracotta, dan oren gelap.
Musim Sejuk (Winter)
Individu dengan tona kulit sejuk dan mempunyai warna kulit gelap mempunyai palet Musim Sejuk (Winter).
Walaupun mereka lebih sesuai dengan warna yang bold (terang) dan jelas, mereka masih boleh menggayakan pakaian dengan warna tona bumi yang sejuk dan gelap seperti deep pine green, burgundy, dan espresso.
Baca Artikel Berkaitan: Kenali Palet Warna Untuk Lebih Glow Up, Ini Kebaikan Colour Analysis Yang Ramai Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Baju-T Boxy Menjadi Kegilaan Ramai Lelaki Bergaya Tahun Ini?
Baca Artikel Berkaitan: T-Shirt Selalu Buat Anda Nampak Selekeh? Ini Mungkin Sebabnya
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.