Rekaan Busana Di KLFW 2026 Raih Perhatian, Siapakah Gerangan Sharifah Kirana?
Sharifah Kirana telah mempersembahkan ‘Monochrome Songket Series’ di KLFW 2026 pada 6 Ogos lalu.
- Sharifah Kirana mempersembahkan 20 busana couture monokromatik hitam putih bertema 'Monochrome Songket Series' di KLFW 2026, meraih pujian ramai.
- Kirana terkenal kerana mengetengahkan budaya dan tradisi Melayu dalam rekaannya, terinspirasi daripada figura seperti Mahsuri dan Tun Teja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) edisi ke-14 kini kembali ke ibu negara dengan tema ‘Destination: Home Ground’.
Berlangsung dari 3 hingga 9 Ogos di Esplanade, KLCC Park, KLFW 2026 mengumpulkan lebih 50 pereka dan jenama tempatan bagi meraikan industri fesyen tanah air.
Salah satu pereka yang membuat penampilan di KLFW kali ini ialah nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen tanah air, Sharifah Kirana.
Baca Artikel Berkaitan: KLFW 2026 Kembali Dengan Koleksi Fesyen Terbaharu, Ini Apa Yang Menanti Di Esplanade KLCC
Kirana Pamer 20 Busana Monokromatik Di KLFW 2026
Barisan rekaan busananya yang dipersembahkan dalam ‘Monochrome Songket Series’ pada petang semalam (6 Ogos) di pentas KLFW ternyata telah meraih perhatian ramai.
Menampilkan 20 busana couture bertema monokromatik hitam putih, pereka itu dilihat memberi penekanan terhadap penggunaan songket yang sering kali menjadi ‘jiwa’ dalam rekaannya.
Rekaan busana yang dibawa oleh Kirana sememangnya penuh elegan, namun masih mengekalkan elemen modesty dalam rata-rata busana yang dipamerkan.
View on Threads
Ramai Kagum Kirana Bawa Tradisi Timur Dalam Rekaan Fesyen
Menjenguk ke ruangan balas, orang ramai berasa kagum dengan seni yang dibawa oleh Kirana menerusi koleksi busana di KLFW 2026.
Mereka memuji tokoh seni fesyen itu yang masih mengetengahkan nilai-nilai ketimuran, khususnya berkait tradisi Melayu, dalam rekaannya yang penuh estetika.
“Macam ni sejuk mata memandang. Kenapa angkat budaya orang luar sedangkan budaya kita sangatlah anggun, cantik dan penuh dengan aura tersendiri,” kata seorang individu.
Malah menurut seorang individu, Kirana pernah menjadi salah seorang finalis di pertandingan rekaan fesyen berprestij Anugerah Benang Emas 1994, sebaris dengan pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill.



Didedahkan Dengan Seni Jahitan Sejak Kecil
Merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, Kirana mula dekat dengan seni jahitan sejak kecil lagi, hasil pemerhatian ke atas ibunya yang merupakan seorang tukang jahit pakaian.
Memetik The Vibes, pereka itu telah mempelajari menggunakan mesin jahit, menghasilkan rekaan, serta mengenali jenis fabrik dan tekstil berbeza sejak kecil lagi.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu yang kemudiannya meneruskan pendidikan dalam bidang Fesyen di Institut Teknologi Mara, turut berbakat dalam bidang seni lukisan dan juga merupakan graduan Seni Halus.
Kirana Mahu Kenalkan Budaya Negara Kepada Dunia
Sejurus menceburkan diri dalam bidang reka bentuk fesyen, Kirana sering menghasilkan karya berasaskan budaya, mitos tempatan dan sejarah.
Menggunakan kaedah penghasilan batik tradisional, Kirana turut melukis figura wanita pada kainnya dengan membayangkan kecantikan Mahsuri, Tun Teja dan Puteri Hang Li Po ketika dalam proses itu.
“Bercakap tentang fesyen, jelas ia merupakan satu bentuk seni. Saya lebih gemar meletakkan ‘diri saya’ di dalam rekaan, pandangan saya tentang budaya kita yang sangat kaya dan tiada tandingan. Ia menunjukkan siapa diri saya, seorang pereka yang bangga dengan negaranya dan mahu seluruh dunia untuk menyaksikannya.
“Berbanding sesetengah pereka tempatan, lebih ramai yang mengambil inspirasi dari Barat. Itu merupakan satu parodi. Budaya kita adalah tentang moral, adab, kesopanan dan budi pekerti. Sebagai manusia, kita ‘halus’ dan saya meletakkan kesemua itu ke dalam karya saya,” katanya kepada The Vibes.
Antara rekaan busananya yang terkenal termasuk koleksi Mahsuri dan Tun Teja.
Rekaan Busana & Karya Seni Kirana Ditonjolkan Di Pahang
Memandangkan rekaan Kirana memberi fokus terhadap penggunaan songket tenun, tidak mengejutkan apabila koleksi busananya turut menjadi sebahagian pameran di Perkampungan Diraja Kraf Tunku Azizah, Pahang.
@rahulprmbd Part terakhir di Perkampungan Kraf Di Raja, Tunku Azizah
♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic
Bukan sahaja berbakat dalam bidang fesyen, Kirana juga terkenal dengan karya lukisan kontemporarinya, yang sering kali menampilkan figura wanita.
Karyanya yang berjaya memaparkan lenggok gemalai seorang wanita turut dipamerkan di Muzium Seni Kontemporari, Kuantan, Pahang.
Kirana Galas Pelbagai Anugerah Bagi Bakat Rekaan Fesyen
Rekaan fesyen Kirana sememangnya mendapat hati dalam kalangan peminat industri fesyen negara.
Malah dia turut menggalas beberapa anugerah berprestij termasuk:
- Tun Dr Siti Hasmah Woman of the Year Award oleh Women’s Institute of Management (WIM)
- Moda Bridal Award
- Maxis Innovation Award
@sherrysyedomar sharifah kirana's collection is always beautiful, classic and modest! do visit kirana's boutique di The Campus KL fashion show macam ni boleh upgrade knowledge tentang fashion dan styling! had a great time! follow for more elegance tips #elegantfashion #elegan ♬ Old Film – Kairo Vibe
Buat mereka yang berminat untuk membeli busana rekaan Kirana, boleh berkunjung ke butik Sharifah Kirana.
- Lokasi: The Campus Ampang, Level 1 Lot 26-27, Jalan Kolam Ayer Lama, Mukim, Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
- Waktu Operasi: Setiap hari (10am-10pm)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.