9 Perisa Edisi Terhad Untuk Dicuba Di Inside Scoop Sempena Kempen Lokal Legend 2026
9 Jenama tempatan berkolaborasi seperti Beryl’s. BOH, Farm Fresh, Gardenia, Mister Potato, Oriental Kopi, Secret Recipe, Thumbs, ZUS Coffee.
- Inside Scoop's Lokal Legends 2026 features 9 limited-edition ice cream flavours inspired by beloved Malaysian brands like BOH, ZUS Coffee, and Secret Recipe.
- Secret Recipe's Chocolate Indulgence flavour went through 13 versions before being approved, ensuring the best possible taste for fans.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pasar raya mungkin lokasi yang paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia, tetapi jarang difikirkan sebagai tempat menyimpan kenangan manis.
Namun di situlah berkumpulnya jenama-jenama yang menemani kita sejak kecil, daripada snek waktu rehat sekolah hinggalah minuman kegemaran dinikmati setiap hari.
Konsep itulah yang menjadi inspirasi kepada Inside Scoop menerusi kempen Lokal Legends 2026, menghimpunkan 9 jenama tempatan dalam satu koleksi bertemakan pasar raya.
Cawangan Galeria SA Sentral Diubah Suai Sempena Pelancaran
Sempena pelancaran kempen itu, cawangan Inside Scoop di Galeria SA Sentral telah diubah menjadi sebuah pasar raya mini bertemakan Lokal Legends.
Di situ, pelanggan boleh meneroka setiap kolaborasi dengan lebih dekat serta mengetahui latar belakang jenama yang terlibat.
Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang tempoh kempen untuk pelanggan nikmati.
9 Perisa Edisi Terhad Untuk Dinikmati

Setiap kolaborasi telah diterjemahkan menjadi satu perisa aiskrim edisi terhad berdasarkan produk paling popular daripada jenama tersebut.
9 perisa yang ditawarkan adalah:
- Beryl’s Tiramisu Almond Chocolate: Coklat tempatan kegemaran rakyat Malaysia dipadankan dengan lapisan coklat fudgy yang kaya serta badam panggang madu rangup.
- BOH Teh Tarik: Aiskrim teh tarik asli Malaysia dihasilkan menggunakan teh BOH dan susu pekat manis, dipadankan dengan mochi gula perang kenyal.
- Farm Fresh Pistachio Yogurt Crunch: Memberi rasa segar dengan campuran kunafa pistachio rangup
- Gardenia Choc-A-Lot Twiggies: aiskrim susu coklat bersama potongan Gardenia Twiggies Choc-A-Lot yang digemari ramai
- Mister Potato Choc Potato Chips N’ Cream: Aiskrim vanila berkrim dengan karamel masin dan kepingan Mister Potato bersalut coklat rangup
- Oriental Kopi Kaya Butter Toast: Aiskrim kaya pandan dan mentega perang yang wangi, dipadankan dengan cebisan roti bakar
- Secret Recipe Cholocate Indulgence®: Gabungan aiskrim coklat dan kastard berkrim dengan sos coklat hazelnut serta potongan kek Chocolate Indulgence®
- Thumbs Peanut Butter Jelly: Aiskrim mentenga kacang yang dipadankan dengan jem beri biru dan lapisan mentega kacang lazat
- ZUS Coffee Ube Latté: Aiskrim ube lembut dengan mochi kenyal, mengambil inspirrasi daripada minuman kegemaran ramai.
Bagi yang ingin mencuba kesemuannya, terdapat 9-Scoop Party Pack yang mengumpulkan semua perisa dalam satu kotak.
Setiap pembelian disertakan dengan pasport Ice Cream edisi khas bersama koleksi sticker Lokal Legends.
Secret Recipe Hasilkan 13 Versi Perisa Sebelum Berpuas Hati
Antara kolaborasi yang mengambil masa paling lama untuk disiapkan adalah Chocolate Indulgence®, yang kini diolah ke dalam bentuk aiskrim.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Secret Recipe, Patrick Sim berkata kedua-dua pihak telah menghasilkan sebanyak 13 versi aiskrim itu sebelum bersetuju untuk mengeluarkannya.
“Kedua-dua pihak telah berganding bahu menghasilkan 13 versi aiskrim ini bagi memastikan hasilnya menepati cita rasa yang diingini.”
“Jadi, peminat boleh menikmati aiskrim ini dengan yakin kerana inilah versi terbaik yang kami pernah hasilkan,” ujarnya.
ZUS Coffee Bawa Semula Perisa Ube Selepas Menjadi Kegemaran Ramai
Bagi ZUS Coffee, kolaborasi tahun ini merupakan sambungan daripada siri Ube yang diperkenalkan sebelum ini.
Ketua Pemasaran ZUS Coffee, Jennifer Sim berkata sambutan terhadap siri itu menunjukkan ramai pelanggan menggemari perisa tersebut.
“Kami amat teruja bekerjasama dengan Inside Scoop untuk membawa pengalaman menikmati Ube bukan sekadar dalam secawan minuman, tetapi juga dalam bentuk aiskrim,” katanya.
Sementara itu, Oriental Kopi yang mencipta perisa Kaya Butter Toast berkata koleksi ini menghimpunkan rasa dekat dengan rakyat Malaysia sambil meraikan warisan kulinari tempatan
Pelanggan Dikatakan Cuba Meneka Senarai Jenama Berbulan Lebih Awal

Menurut Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan, kempen tahunan itu kini mempunyai pengikutnya sendiri sebelum sebarang pengumuman dibuat.
“Setiap tahun, kami melihat ramai pelanggan teruja untuk meneka jenama yang bakal menyertai Lokal Legends. Ada yang berkongsi senarai jenama pilihan mereka di media sosial, malah ada menantikan pengumuman rasmi sejak lama lagi,” katanya.
Tambahnya, 9 jenama ini bukan sahaja menemani kehidupan seharian, malah menjadi sebahagian daripada kenangan yang dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bermula Dengan Tiga Jenama Pada 2024, Kini Menjadi Sembilan
Sebagai info tambahan, Lokal Legends mula diperkenalkan pada tahun 2024 dengan tiga jenama tempatan, iaitu Beryl’s, Secret Recipe dan Farm Fresh.
Edisi kedua pada tahun berikutnya berkembang kepada enam jenama, iaitu Gardenia, Julie’s, Golden Screen Cinemas (GSC), Beryl’s, ZUS Coffee dan Farm Fresh.
Dengan 9 kolaborasi tahun ini, jumlah jenama yang terbabit meningkat tiga kali ganda berbanding kempen pertama.
Lokal Legends 2026 ditawarkan di seluruh cawangan Inside Scoop bermula 10 Ogos 2026.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.