Now Reading
Kempen ‘Konnichiwa Japan – Together, Here’ Bawa Pengunjung Pavilion Bukit Jalil Rasai Pengalaman Di Jepun

Kempen ‘Konnichiwa Japan – Together, Here’ Bawa Pengunjung Pavilion Bukit Jalil Rasai Pengalaman Di Jepun

Kempen itu berlangsung sepanjang Julai lalu dengan kemuncaknya diraikan menerusi sambutan PAVILION x JAGAM Matsuri 2026.

In Brief
  • Pavilion Bukit Jalil menganjurkan kempen 'Konnichiwa Japan – Together, Here' sepanjang Julai, menghidupkan suasana matsuri Jepun sebenar.
  • Kemuncak kempen ialah PAVILION x JAGAM Matsuri 2026, diadakan dari 31 Julai hingga 2 Ogos dengan sokongan Kedutaan Jepun.
  • Tiga pemenang bertuah memenangi pakej percutian ke Jepun bernilai RM80,000 menerusi Peraduan Konnichiwa Japan Spend & Win.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Peminat budaya Jepun pastinya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pusat beli belah Pavilion Bukit Jalil yang diubah bagi membawa pengalaman di Jepun sepanjang Julai lalu.

Daripada makanan jalanan, persembahan Bon Odori, pengalaman memakai yukata sehinggalah demonstrasi memotong tuna gergasi, semuanya menghimpunkan suasana sebuah matsuri sebenar tanpa perlu terbang sendiri ke Negeri Matahari Terbit itu.

Kemuncak kepada kempen ‘Konnichiwa Japan – Together, Here’ ialah sambutan PAVILION x JAGAM Matsuri 2026 berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos lalu.

Majlis Perasmian PAVILION x JAGAM Matsuri Dihadiri Duta Besar Jepun Ke Malaysia

Dianjurkan buat kali kedua dengan kerjasama Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM) dengan sokongan Kedutaan Jepun di Malaysia, acara ini diadakan bagi memperkenalkan kepelbagaian budaya kepada masyarakat tempatan dan pelancong, selari dengan aspirasi Visit Malaysia 2026.

Kejayaan kali ini meneruskan komitmen Pavilion Bukit Jalil dalam memupuk
pertukaran budaya yang bermakna antara Malaysia dan Jepun.

Turut hadir di majlis perasmian yang berlangsung pada 1 Ogos ialah Duta Besar Jepun ke Malaysia H.E. Shikata Noriyuki, Pengerusi Eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd. Puan Sri Cindy Lim, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia/Afrika) Tourism Malaysia Nuwal Fadhilah Ku Azmi, Presiden JAGAM Gary Tang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT Patrick Liau.

Foto: Pavilion Bukit Jalil

Dari Makanan Hingga Ke Produk Gaya Hidup, Pengunjung Ditawarkan Pengalaman Seperti Di Jepun

Sepanjang bulan Julai lalu, Pavilion Bukit Jalil menampilkan pelbagai pengalaman berkonsep Jepun buat para pengunjung.

Antara lokasi yang paling meriah sempena kempen itu ialah Moshi-Moshi Bazaar di PIAZZA yang menghimpunkan lebih 120 gerai dengan pelbagai pilihan makanan jalanan Jepun, produk gaya hidup, aksesori, hasil kraf tangan dan pelbagai pengalaman budaya.

Japanese Marketplace yang berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos pula menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh.

Pengunjung boleh membeli snek Jepun asli daripada Shojikiya, menikmati minuman di Matcha Corner oleh Oh Cha Matcha dan The Haven Club, mencuba permainan tradisional Kingyo Scooping atau mengimbau nostalgia menerusi permainan arked Jepun yang dibawakan Metapark.

Creative Handcraft Marketplace yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia pula mengetengahkan seni tradisi dan kraf tangan Jepun kepada orang ramai.

Pengunjung Berpeluang Cuba Pakaian Tradisional Jepun, Yukata Secara Percuma

Apa yang membezakan festival ini daripada yang lain adalah kebanyakan aktiviti yang ditawarkan bukan sekadar untuk ditonton.

Orang ramai boleh menyertai tarian Bon Odori yang diadakan setiap hari, memakai yukata secara percuma, mempelajari seni pemakaian kimono menerusi The Art of Kimono Kitsuke, serta menyertai pertandingan Skit Cosplay.

Malah aktiviti Maguro Live Cutting Show yang dijalankan memberi peluang kepada 500 pengunjung terawal untuk menikmati hidangan sashimi secara percuma.

Foto: Pavilion Bukit Jalil

Pengalaman Beli-Belah Interaktif Dengan Patung Kawaii Jepun

Selain membeli-belah dan menikmati makanan, pengunjung turut diajak meneroka setiap sudut Pavilion Bukit Jalil menerusi pengalaman ‘Tiny Dolls. Unexpected Places’.

Menerusi kerjasama dengan De Institute of Creative Arts and Design (ICAD), UCSI University, pengalaman itu menampilkan patung-patung kawaii berpakaian tradisional Jepun yang disembunyikan di sekitar pusat beli-belah tersebut.

Orang ramai perlu mencari, mengambil gambar dan berkongsi penemuan mereka di media sosial, mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif.

Festival tiga hari itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan pentas yang menggabungkan elemen tradisional dan budaya pop Jepun.

Antara yang membuat persembahan ialah kumpulan idola J-pop KLP48, penyanyi dan penulis lagu Jepun Kenichi Yamasaki, kumpulan tarian The Jumpers, artis cosplay Mao Xian dan Akiho, serta pelawak Mr. Cherry.

Di samping itu, persembahan Wadaiko oleh Wadaiko Syo, Tarian Yosakoi oleh Malaysia KL Seiran Matoi & Kobe Seiran Matoi, Tarian Eisa Okinawa oleh Hirano Kijimuna, serta Pertunjukan Fesyen Kimono pula mengetengahkan seni tradisi Jepun.

Kempen Matsuri Ditutup Dengan Hadiah Pakej Percutian Ke Jepun Untuk 3 Pemenang Bertuah

Sepanjang sambutan matsuri yang dijalankan, pelbagai ganjaran membeli-belah yang ditawarkan termasuk Furoshiki Wrap serta Beg Tote TSUTAYA BOOKS dan baucar beli-belah.

Malah, Peraduan Konnichiwa Japan Spend & Win yang berlangsung dari 1 hingga 20 Julai menyaksikan tiga ahli Pavilion Privileges Pavilion Bukit Jalil membawa pulang pakej percutian tujuh hari enam malam ke Jepun untuk dua orang dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah RM80,000 tajaan Joy Paradise.

Foto: Pavilion Bukit Jalil

Mengulas mengenai kejayaan festival itu, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd., Dato’ Joyce Yap berkata, “PAVILION x JAGAM Matsuri bukan sekadar meraikan budaya Jepun, tetapi juga hubungan yang terjalin melalui pertukaran budaya ini.”

“Kerjasama tahun kedua kami bersama JAGAM, disokong oleh Kedutaan Jepun di Malaysia, mencerminkan komitmen kami untuk menyatukan komuniti melalui pengalaman yang bermakna. Kami amat menghargai para rakan strategik, penyewa, dan pengunjung yang menjadikan matsuri tahun ini satu lagi sambutan yang amat bermakna,” ujarnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd