[Foto] Adidas Originals Sport Kini Di Malaysia, Koleksi Pakaian Senaman Untuk Wanita Bergaya & Aktif
Koleksi adidas Originals Sport kini boleh didapati di laman rasmi adidas dan kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia dengan harga antara RM129 hingga RM299.
- Adidas Originals Sport menggabungkan gaya ikonik adidas Originals dengan teknologi prestasi, direka khas untuk wanita yang aktif dan bergaya.
- Koleksi ini merangkumi bra sukan, legging, tank top dan onesie, sesuai dipakai di gim mahupun di luar.
- Di Malaysia, adidas bekerjasama dengan Carve Studio untuk pengalaman eksklusif Originals Sport bermula 31 Julai hingga 14 Ogos 2026.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Adidas memperkenalkan koleksi terbaharunya, Originals Sport, yang menggabungkan identiti ikonik adidas Originals dengan teknologi prestasi yang direka khas untuk latihan.
Koleksi pertama daripada rangkaian Originals Sport ini menampilkan rekaan yang diinspirasikan daripada DNA klasik adidas Originals termasuk Superstar tracksuit, sambil memberikan keselesaan dan sokongan untuk aktiviti senaman.

Satukan Gaya Peribadi Dengan Prestasi Sukan
Ketika gaya peribadi semakin menjadi sebahagian daripada pengalaman bersenam, adidas Originals Sport hadir untuk mencabar persepsi bahawa pakaian latihan perlu mempunyai gaya tertentu.
Koleksi ini meraikan keinginan wanita untuk mengekspresikan identiti diri melalui pakaian sukan, tanpa menjejaskan aspek prestasi.
Menurut Lisann Costello, Naib Presiden Product Design Partnerships & Sports Marketing adidas, wanita kini mentakrifkan semula maksud prestasi dalam sukan.
“Pada masa kini, wanita mahukan pakaian senaman yang mencerminkan siapa diri mereka, bukan sekadar aktiviti yang mereka lakukan.
“Originals Sport menggabungkan warisan gaya adidas Originals dengan kepakaran prestasi adidas, membolehkan wanita berlatih tanpa perlu memilih antara prestasi dan ekspresi diri,” katanya.
Inspirasi Daripada Superstar Tracksuit Ikonik
Berakar daripada gaya Originals yang telah bertahan selama beberapa dekad, koleksi ini menggabungkan dua kekuatan utama adidas — prestasi sukan dan gaya streetwear.
Mengambil inspirasi daripada Superstar tracksuit ikonik, Originals Sport menampilkan elemen klasik seperti logo Trefoil, potongan feminin serta siluet moden dengan pilihan warna yang lebih berani.

Antara koleksi utama termasuk:
- Bra Sukan – Menampilkan sokongan rendah dan sederhana dengan teknologi AdiSOFT untuk keselesaan bernafas serta LYCRA® ADAPTIV bagi kesesuaian yang fleksibel.
- Legging – Hadir dalam pilihan panjang 7/8 dan penuh dengan teknologi LYCRA® ADAPTIV untuk pergerakan tanpa batas.
- Atasan – Termasuk Superstar Bra Tee dan Originals Sport Tank Padded dengan teknologi CLIMACOOL bagi membantu pengudaraan serta rasa lebih sejuk.
- Pakaian Lapisan – Superstar Midlayer dan Originals Sport Coverup yang ringan serta mudah digayakan.
- Onesie – Rekaan penuh yang memberikan penampilan lebih berani dan sesuai digabungkan bersama pelbagai gaya.
Tate McRae & Harper Murray Terajui Kempen Originals Sport
Kempen Originals Sport menampilkan barisan wanita daripada dunia muzik dan sukan termasuk artis muzik Tate McRae, Emilia Mernes serta pemain bola tampar profesional Harper Murray.
Ketiga-tiga mereka mewakili semangat Originals Sport yang menggabungkan budaya, kreativiti dan sukan dalam satu gaya hidup moden.

Rasai Pengalaman Originals Sport Di Carve Studio
Sempena pelancaran di Malaysia, adidas Originals bekerjasama dengan Carve Studio untuk menghadirkan pengalaman eksklusif Originals Sport bermula 31 Julai hingga 14 Ogos 2026.
Aktivasi selama dua minggu itu menghidupkan kempen “Work It” menerusi suasana interaktif yang menggabungkan pergerakan, komuniti dan gaya kontemporari.
Ahli adiClub turut berpeluang menyertai sesi mat Pilates eksklusif dengan menebus 1,000 mata menerusi aplikasi adidas adiClub.
Sesi tersebut akan berlangsung antara 1 hingga 9 Ogos dan memberi peluang kepada ahli untuk merasai koleksi Originals Sport ketika bergerak, selain berhubung dengan komuniti yang meraikan gaya hidup aktif dan ekspresi diri.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.