SEVENFRIDAY Perkenal P1C/06 ‘Bubble Gum’, Tampil Unik Untuk Kelihatan Lebih Bergaya
P1C/06 Bubble Gum dari SEVENFRIDAY dihasilkan dengan material berkualiti serta reka bentuk unik memberi penampilan lebih santai serta ceria.
- SEVENFRIDAY P1C/06 'Bubble Gum' hadir di Malaysia melalui Red Army Watches, terinspirasi daripada era 1980-an dengan rekaan dial empat lapisan berwarna pastel yang unik.
- Dijual pada harga RM7,780, jam tangan ini dilengkapi pergerakan automatik Miyota, kristal nilam, kalis air 10 ATM serta cip NFC untuk pengesahan keaslian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Majoriti orang mengetahui negara Switzerland bukan sahaja terkenal dengan pemandangan Swiss Alps yang lawa, tetapi juga menjadi rumah kepada pelbagai jenama jam tangan mewah.
Contohnya seperti jenama SEVENFRIDAY yang membuktikan rekaan jam tangan tidak semestinya perlu kelihatan sama, ia juga boleh dipenuhi dengan warna dan bergaya.
Menerusi Red Army Watches, SEVENFRIDAY melancarkan jam tangan P1C/06 yang digelar sebagai Bubble Gum kini tiba di Malaysia sebagai model baharu dalam koleksi siri P.
Model ini mengambil inspirasi daripada era 1980-an serta semangat ceria bubble gum membawa nafas baharu kepada barisan jam tangan SEVENFRIDAY.
Rekaan Dial Empat Lapisan Menampilkan Warna Pastel Dan Gula-Gula Getah

Daya tarikan utama P1C/06 sudah tentu terletak pada rekaan dail yang dipenuhi dengan warna.
Menurut SEVENFRIDAY, jam ini menampilkan dial empat lapisan yang dibina dengan penuh teliti berwarna pastel serta gula-gula getah.
Selain itu, reka bentuk dail jam ini menampilkan kombinasi warna unik seperti berikut:
- Cincin Luar: Berwarna ungu lembut (mauve) yang berkilat.
- Dail Dalam: Berwarna oren betik.
- Indeks Masa: Diwarnai dengan warna merah jambu untuk memberi kesan visual lebih mendalam
Seterusnya, gabungan merah jambu dan hijau pastel bukan sahaja unik! Malah, akan memudahkan anda membaca waktu dalam gelap kerana dilengkapi dengan bahan bercahaya khas (Swiss Super-LumiNova).
Rekaan unik seperti ini selari dengan falsafah SEVENFRIDAY yang menggabungkan reka bentuk moden dengan pengaruh budaya pop bersama nilai estetika dalam satu jam tangan tersendiri.
Case Berbentuk Squircle Beri Rupa Unik & Lebih Santai

Case berbentuk squircle, atau segi berbucu bulat menjadi ciri khas SEVENFRIDAY melindungi dial berwarna tersebut.
Dengan ukuran 47.6 milimeter (mm) x 47 mm, ia memberi penampilan lebih lembut, santai serta ceria.
Dalam masa sama, bahagian bezel, animation ring dan crown dihasilkan daripada seramik putih bagi menguatkan perwatakan ceria jam tangan ini.
P1C/06 juga dilengkapi dengan pergerakan automatik Miyota yang menawarkan kuasa simpanan sehingga 40 jam, dilindungi dengan kristal nilam dengan salutan anti-pantulan dan mempunyai ciri kalis air sehingga 10 ATM sesuai untuk dipakai setiap hari.
Tak lupa juga, tali jam tangan ini dihasilkan menggunakan kulit anak lembu berwarna putih, mewujudkan penampilan kemas serta moden menarik fokus mata terhadap dialnya.
Setiap Unit Dilengkapi Dengan Cip Near Field Communications (NFC) Untuk Pengesahan Original
Semua jam tangan SEVENFRIDAY moden, P1C/06 turut dilengkapi dengan cip NFC yang diletakkan pada bahagian belakang case.
Menerusi aplikasi SEVENFRIDAY, pemilik boleh mengesahkan dan mendaftarkan jam mereka dengan selamat, sekali gus memastikan keaslian serta memberi akses kepada ekosistem jenama tersebut.
Bukan itu sahaja, kempen pelancaran P1C/06 turut mengangkat tema nostalgia, ekspresi diri serta keceriaan warna-warni era 1980-an.
Mengambil ilham daripada zaman terkenal dengan fesyen dipenuhi dengan warna terang, teknologi baharu serta identiti yang berani, P1C/06 Bubble Gum bakal menjadi topik perbualan anda bersama rakan.
Red Army Watches Percaya Koleksi Jam Tidak Semestinya Kena Sama & Membosankan

Mewakili Red Army Watches Malaysia, Soemantri Kusumadi berkata jam ini mengingatkannya semula bahawa hobi mengumpul jam tangan sepatutnya menyeronokkan.
“Ia menyeronokkan, ekspresif dan unik, namun di sebalik warna-warnanya terletak perhatian sama terhadap reka bentuk, perincian dan karakter mekanikal yang mendefinisikan jenama SEVENFRIDAY,” katanya.
“Tidak semua jam tangan perlu kelihatan serius untuk dianggap serius.”
SEVENFRIDAY P1C/06 Bubble Gum Dijual Pada Harga RM7,780
Untuk info tambahan, berikut adalah spesifikasi SEVENFRIDAY P1C/06 Bubble Gum:
- Harga: RM7,780
- Pergerakan: Automatic Miyota
- Simpanan kuasa: Sehingga 40 jam
- Dimensi case: 47.6 mm x 47 mm
- Kristal: Kristal nilam bersalut anti-pantulan
- Kalis Air: 10 ATM
- Bezel: Diperbuat daripada seramik putih
- Crown: Diperbuat daripada seramik putih
- Dial: Empat lapisan yang dipenuhi dengan warna-warni
- Tali: Berwarna putih dihasilkan menggunakan kulit anak lembu
- Mempunyai cip NFC yang boleh disahkan melalui aplikasi rasmi SEVENFRIDAY
Jika jam tangan ini memanggil anda untuk mencubanya, ia kini boleh didapati di Red Army Wathces Malaysia di lokasi berikut:
- Pavilion Kuala Lumpur
- 1 Utama
Baca Artikel Berkaitan: Baru Berjinak Dalam Dunia Jam Tangan? Ini 10 Jenama Wajib Anda Kenali | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Nak Beli Jam Tangan Mewah Di Butik Tak Semudah Disangka, Ini Sebabnya | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.