Anda Kini Berpeluang Membawa Kereta Idaman Menerusi Agility+ Dengan Bayaran Serendah RM66
Antara model yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz termasuk A-Class, C-Class & E-Class.
- Mercedes-Benz Malaysia menawarkan kempen Merdeka FLEX menerusi Agility+ dengan bayaran serendah RM66 sehari untuk pelbagai model.
- Setiap pelan Agility+ dilengkapi ganjaran #MYMercedesRewards bernilai sehingga RM75,000 serta pelbagai keistimewaan eksklusif untuk pelanggan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena sambutan bulan Kemerdekaan, Mercedes-Benz Malaysia menawarkan peluang untuk memandu keretanya dengan lebih mudah.
Menerusi kempen Merdeka FLEX pada program Agility+, pelanggan boleh menikmati pengalaman membawa model Mercedes-Benz mengikut cara mereka sendiri dengan bayaran serendah RM66 sehari.
Menariknya, kempen ini telah pun bermula sejak 1 Ogos 2026, merangkumi pelbagai model daripada sedan A-Class, E-Class sehinggalah SUV seperti GLC dan GLE.
Lebih menarik, ia turut dilengkapi ganjaran #MYMercedesRewards bernilai sehingga RM75,000, selagi stok masih ada.
Kempen Merdeka FLEX Mengangkat Semangat Kebebasan Dan Pilihan

Menurut Mercedes-Benz Malaysia, kempen ini diadakan sempena semangat kemerdekaan yang menekankan nilai kemajuan, pilihan dan peluang.
Dalam masa sama, program Agility+ dikatakan terus mengangkat penanda aras bagi pengalaman pelanggan yang lebih mudah diakses, fleksibel dan khusus di Malaysia.
Menerusi sambutan Merdeka ini, Mercedes-Benz menawarkan lebih banyak kebebasan dan kemudahan kepada pelanggannya.
Tawaran Merdeka FLEX Meliputi Pelbagai Model Sedan & SUV
Antara model Mercedes-Benz yang ditawarkan berserta ganjaran dan bayarannya adalah seperti berikut:
| Model | #MYMercedesRewards(RM) | Agility+ Penggantian Bulanan (RM) | Bayaran Sehari (RM) |
| Mercedes-Benz A 200 | 50,000 | Dari 1,988 | Dari 66 |
| Mercedes-Benz GLA 200 Edisi Nightfall | 30,000 | Dari 1,988 | Dari 66 |
| Mercedes-Benz C 200 AMG Line | 30,000 | Dari 2,788 | Dari 93 |
| Mercedes-Benz GLC 200 4MATIC | 25,000 | Dari 3,288 | Dari 110 |
| Mercedes-Benz E 350 e with EQ Hybrid Technology | 55,000 | Dari 3,588 | Dari 120 |
| Mercedes-Benz GLE 400 e 4MATIC with EQ Hybrid Technology | 35,000 | Dari 4,488 | Dari 150 |
| Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC | 75,000 | Dari 5,188 | Dari 173 |
Setiap Pelan Agility+ Dilengkapi Dengan Pelbagai Keistimewaan Eksklusif

Selain ganjaran #MYMercedesRewards, setiap pelan Agility+ turut hadir dengan pakej keistimewaan untuk pelanggan.
Antara keistimewaan yang ditawarkan termasuk:
- Waranti Lanjutan selama 1 tahun
- 4 Pakej Servis Compact
- Guaranteed Future Value (GFV), menetapkan nilai masa hadapan kereta lebih awal, sekali gus merendahkan bayaran bulanan serta memberikan pilihan jelas apabila tempoh berakhir
- MobilityPlus
Menerusi keistimewaan ini, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati fleksibiliti bayaran, malah turut rasa tenang sepanjang tempoh memandu kereta Mercedes-Benz.
Agility+ Membuka Akses Kepada Dunia Mercedes-Benz Yang Lebih Luas
Agility+ turut membuka pintu kepada dunia Mercedes-Benz yang lebih luas.
Menurut Mercedes-Benz Malaysia, antara manfaatnya termasuk acara khas melalui jemputan, kelab pelanggan eksklusif serta pengalaman gaya hidup terpilih.
Selain itu, pelanggan turut menikmati perkhidmatan selepas jualan cemerlang serta rangkaian destinasi pengecasan yang semakin berkembang di seluruh Malaysia.
Kesemua manfaat ini dikatakan direka khas buat pelanggan yang mahu menikmati pengalaman terbaik daripada Mercedes-Benz.
Mercedes-Benz Malaysia Tekad Meletakkan Pelanggan Sebagai Keutamaan
Mercedes-Benz Malaysia menegaskan semula komitmen syarikat untuk meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Sempena Bulan Merdeka ini, kami menjadikannya waktu terbaik untuk memandu Mercedes-Benz dengan penyelesaian kewangan bersesuaian, ganjaran eksklusif serta pelbagai keistimewaan peribadi yang direka mengikut gaya hidup dan aspirasi setiap pelanggan.”
“Kami benar-benar meraikan semangat kemerdekaan dengan memberikan lebih ramai rakyat Malaysia keyakinan untuk melangkah ke hadapan sebagai satu ungkapan aspirasi dan kebebasan,” tambah mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Merdeka FLEX, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana rakan pengedar sah Mercedes-Benz Malaysia di seluruh negara atau melayari laman web https://www.mercedes-benz.com.my/offers, dan ia adalah tertakluk kepada terma serta syarat.
Mercedes-Benz Menyambut 140 Tahun Inovasi Sepanjang Sejarahnya

Sebagai info tambahan, tahun ini Mercedes-Benz turut menyambut ulang tahunnya yang bertemakan “140 Tahun Inovasi”.
Sejarahnya bermula kira-kira 140 tahun lalu apabila Carl Benz memfailkan paten bagi automobil pertama di dunia, sebelum Gottlieb Daimler pula membina kereta motor tidak lama selepas itu.
Sejak itu, Mercedes-Benz kekal untuk terus berinovasi, iaitu daripada automobil pertama di dunia pada 1886 sehinggalah kepada kenderaan elektrik pintar hari ini seperti GLC dan CLA baharu yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Menariknya, menerusi S-Class baharu, syarikat itu turut meneruskan program pelancaran produk terbesar dalam sejarahnya.
Maka tidak hairanlah, dengan semangat prestasi dan komitmen berterusan terhadap pelanggan, jenama itu terus membentuk masa depan kereta dengan satu perasaan yang menjadi teras segala usahanya, iaitu ‘Welcome home’.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.