Now Reading
Jururawat Berjaya Tukar Penerbangan Ke Sarawak Dengan Bantuan Ground Team Red (GTR)

Jururawat Berjaya Tukar Penerbangan Ke Sarawak Dengan Bantuan Ground Team Red (GTR)

Orang ramai turut mengambil peluang sama memuji staf Ground Team Red (GTR) yang dikenali sebagai Suzana.

In Brief
  • Jururawat Esther Rachel tersilap pilih tarikh penerbangan ke Sarawak selepas abangnya cedera parah dalam kemalangan jalan raya.
  • Petugas GTR Suzana Joyce berjaya bantu Esther tukar tarikh penerbangan dalam masa 25 minit sebelum berlepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam situasi cemas, kesilapan kecil boleh berlaku tanpa disedari, lebih-lebih lagi apabila fikiran hanya tertumpu untuk segera pulang menemui insan tersayang.

Itulah yang dialami oleh seorang jururawat dikenali sebagai Esther Rachel apabila tanpa sengaja tersilap memilih tarikh penerbangan ketika mahu pulang ke Sarawak.

Semuanya berlaku selepas beliau menerima berita bahawa abangnya cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya.

Esther bersama adiknya kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan harapan dapat menaiki penerbangan terawal untuk pulang.

Tinggal 25 Minit Lagi, Terpaksa Berlari Ke Kaunter

Lapangan Terbang Penang. (Foto: Business Today)

Kesilapan itu hanya disedari pada pukul 1.50 PM, sedangkan penerbangan mereka dijadualkan berlepas pada pukul 2.15 PM.

Dengan baki hanya 25 minit dan keadaan kaunter yang beratur panjang, mereka terpaksa berlari untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Staff Ground Team Red (GTR) Bantu Esther Tukar Tarikh Penerbangan

Di situlah, mereka bertemu dengan seorang petugas Ground Team Red (GTR) bernama Suzana Joyce Richard Nelson.

Menurut Esther, Suzana mendengar situasi mereka, menyemak baki tempat duduk, lalu membantu menukar tarikh penerbangan ke hari yang sama.

Dan mereka hanya perlu membayar perbezaan tambang, dan akhirnya berjaya tiba di pintu berlepas tepat pada waktunya.

Penerbangan Yang Hampir Terlepas Itu Rupa-Rupanya Ditangguhkan

Ironinya, detik yang pada mulanya dianggap malang itu akhirnya bertukar menjadi satu kelegaan apabila penerbangan yang hampir mereka terlepas sebenarnya mengalami kelewatan.

Selepas menyedari kesilapan tarikh tempahan, Esther dan adiknya terpaksa membetulkan tempahan, sebelum berlari ke pintu pelepasan bagi mengejar penerbangan tersebut.

Mujur, pesawat itu masih belum berlepas dan masih menunggu di landasan.

Menerusi perkongsiannya di Threads, Esther mengakui berasa serba salah untuk berkata demikian.

“Mungkin bagi anda ia hanyalah satu hari bekerja. Tetapi bagi kami, dalam saat paling menakutkan dalam hidup kami, ia sangat bermakna,” tulisnya.

Namun, beliau percaya penangguhan penerbangan itulah yang memberikan mereka masa untuk menaiki pesawat dan segera pulang ke Sarawak.

Dalam hantaran sama, Esther turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan Ground Team Red, Suzana, yang banyak membantu melancarkan urusan pertukaran penerbangannya pada saat-saat genting.

Kisah Esther itu telah menarik perhatian ramai netizen tersentuh dengan usaha Suzana.

Salah seorang pengguna turut berkongsi kod quick response (QF) maklum balas rasmi AirAsia, menggalakkan Esther untuk memuji Suzana terus kepada pihak pengurusan.

View on Threads

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd