Dari Maldives Hingga Jepun, Ini 5 Percutian Club Med Untuk Seisi Keluarga
Club Med berkongsi lima destinasi all-inclusive yang sesuai untuk keluarga sempena cuti sekolah September, termasuk Maldives, Phuket, Bintan, Guilin serta resort ski di Jepun dan China.
- Club Med menawarkan lima destinasi percutian all-inclusive menarik untuk keluarga, termasuk Maldives, Bintan, Phuket, Guilin dan resort ski di Jepun.
- Konsep all-inclusive Club Med merangkumi penginapan, makanan, aktiviti dan hiburan dalam satu pakej, memudahkan perancangan percutian keluarga.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi kebanyakan ibu bapa, merancang percutian keluarga bukan sekadar memilih destinasi.
Sebaliknya, mereka juga perlu memikirkan tempahan hotel, tempat makan, aktiviti untuk anak-anak, pengangkutan dan pelbagai lagi perkara yang kadangkala membuatkan percutian terasa lebih memenatkan daripada hari bekerja.
Justeru, konsep all-inclusive kini menjadi pilihan ramai kerana segala keperluan sepanjang bercuti sudah disediakan dalam satu pakej.
Bersempena cuti sekolah bulan September nanti, Club Med mencadangkan lima destinasi yang menawarkan pengalaman percutian lengkap untuk seisi keluarga.
#1. Club Med Kani, Maldives

Jika Maldives berada dalam senarai destinasi impian anda, Club Med Kani menawarkan pengalaman percutian yang menggabungkan pantai pasir putih, air laut jernih dan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, berkayak serta belayar.
Lebih menarik, Club Med turut bekerjasama dengan Batik Air menawarkan pakej Fly & Stay bermula daripada RM5,210 seorang, termasuk penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur, pemindahan lapangan terbang dan penginapan tiga malam.
#2. Club Med Bintan, Indonesia
Hanya beberapa jam dari Malaysia, Club Med Bintan sesuai untuk keluarga yang mahukan percutian pulau tanpa perlu terbang jauh.
Resort ini baru sahaja melalui proses naik taraf dengan bilik baharu, pilihan restoran yang dipertingkatkan serta kemudahan seperti:
- Amazing Family! Hub pertama di Asia
- Splash Pad untuk kanak-kanak
- Gelanggang pickleball
- Aktiviti keluarga yang lebih interaktif
#3. Club Med Phuket, Thailand
Thailand kekal sebagai antara destinasi kegemaran rakyat Malaysia dan Club Med Phuket menawarkan gabungan percutian pantai bersama pengalaman budaya tempatan.
Kanak-kanak boleh menikmati kawasan Family Oasis yang lengkap dengan taman permainan dan zon air, manakala ibu bapa pula boleh mencuba pengalaman spa, aktiviti sukan serta kelas memasak makanan Thai.
Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh mencuba seni mempertahankan diri Muay Thai.
#4. Club Med Guilin, China

Dengan kemudahan perjalanan bebas visa ke China, Guilin kini semakin menjadi pilihan pelancong Malaysia.
Terletak di tengah-tengah landskap gunung batu kapur yang terkenal, Club Med Guilin menawarkan gabungan aktiviti luar, bengkel kreatif untuk kanak-kanak serta peluang meneroka budaya tempatan.
Pengunjung juga boleh mengikuti pelayaran menyusuri Sungai Li, antara tarikan paling ikonik di Guilin.
#5. Percutian Ski Club Med Di Jepun & China

Pakej all-inclusive merangkumi:
- Penginapan
- Pas ski (lift pass)
- Kelas ski dan papan salji berkumpulan
- Makanan
- Hiburan
- Aktiviti selepas bermain ski (après-ski)
Konsep ini memudahkan terutama bagi mereka yang pertama kali mencuba percutian musim sejuk.

Club Med turut menawarkan diskaun sehingga 20% untuk destinasi terpilih bagi tempahan yang dibuat dalam tempoh promosi.
Bagi keluarga yang sedang merancang percutian hujung tahun atau cuti sekolah akan datang, konsep all-inclusive seperti ini mungkin menjadi pilihan untuk menikmati masa berkualiti bersama insan tersayang tanpa perlu pening memikirkan setiap perincian perjalanan.
Apa Itu Club Med?


Berbeza dengan percutian biasa yang memerlukan tetamu membuat tempahan berasingan untuk penginapan, makanan dan aktiviti, kebanyakan pakej Club Med merangkumi penginapan, sajian gourmet, minuman, aktiviti sukan, hiburan serta kelab kanak-kanak dalam satu harga.
Konsep ini membolehkan tetamu menikmati percutian dengan lebih santai tanpa perlu memikirkan perancangan harian atau kos tambahan sepanjang berada di resort.
Bagi keluarga, ia juga memudahkan ibu bapa kerana terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk setiap peringkat umur, sekali gus memberi peluang kepada semua ahli keluarga meluangkan masa berkualiti bersama.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.