Now Reading
Jenama Hiking Outdoor Kegemaran Gen Z Bakal Buka Kedai Rasmi Di Suria KLCC

Jenama Hiking Outdoor Kegemaran Gen Z Bakal Buka Kedai Rasmi Di Suria KLCC

Malaysia bakal menjadi negara ke-3 mempunyai kedai rasmi Arc’teryx selepas Singapura dan Jakarta.

In Brief
  • Arc'teryx, jenama pakaian aktiviti luar dari Kanada, bakal membuka kedai rasmi pertamanya di Suria KLCC, Malaysia.
  • Sebelum ini, peminat terpaksa membeli melalui reseller dengan harga lebih tinggi atau laman web seperti GOXIP dan JD Sports.
  • Populariti Arc'teryx meningkat dalam kalangan Gen Z melalui TikTok dan trend fesyen Gorpcore yang semakin meluas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama pakaian aktiviti luar dari Kanada, Arc’teryx dikatakan bakal membuka kedai rasmi pertamanya di Suria KLCC, Malaysia.

Ia berdasarkan perkongsian di media sosial oleh seorang pengguna muat naik sekeping gambar menunjukkan kedai jenama tersebut.

Namun ketika artikel ini ditulis, pihak Suria KLCC masih belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi mengenai kedai itu.

Peminat Teruja Melihat Kedai Rasmi Arc’Teryx Di Malaysia

Jaket Arc’teryx. (Foto: Arc’teryx)

Menerusi perkongsian daripada pengguna (@muddfahmi) meluahkan rasa teruja melihat jenama tersebut di Suria KLCC.

“Akhirnya setelah sekian lama jenama Arc’teryx ini masuk ke Malaysia. Tak perlu nak pergi jauh nak beli. Tak sabar nak masuk kedainya,” ujarnya.

Dalam masa sama, seorang pengguna di Facebook bernama Emir Emir turut berkongsi perkara sama dalam sebuah kumpulan bernama EDC Malaysia.

“Wow, bakal datang di Suria KLCC,” tulisnya sambil muat naik gambar menunjukkan kedai tersebut.

Sebelum Ini, Peminat Terpaksa Membeli Harga Lebih Mahal Daripada Reseller

Kedai Arc’teryx. (Foto: WWD)

Kehadiran kedai ini sangat penting bagi peminat jenama ini di Malaysia kerana akhirnya mereka boleh membeli produk Arc’teryx secara rasmi.

Ini kerana, sebelum ini peminat di negara kita mempunyai tiga cara untuk memiliki produk jenama tersebut.

  • Cara pertama adalah menerusi laman web bernama GOXIP yang menjual pelbagai jenama fesyen trendy lain.
  • Menerusi JD Sports Malaysia yang turut membawa jenama sukan lain.
  • Membeli daripada reseller. Namun biasanya akan dijual dengan harga lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

Tambahan pula, setakat ini Arc’teryx hanya mempunyai dua kedai rasmi di rantau Asia Tenggara:

  • Marina Bay Sands, Singapura
  • Plaza Senayan, Jakarta

Arc’teryx Menjadi Popular Dalam Kalangan Gen Z Menerusi Tik Tok

Menurut GQ, jenama ini sudah wujud lebih 35 tahun kini menjadi kegemaran golongan Gen Z, terutamanya di TikTok.

“Fungsi pakaian Arc’teryx itulah yang membuatkannya nampak cool, ditambah pula dengan reka bentuk kemas, logo penuh misteri serta digayakan oleh artis seperti Frank Ocean, David Letterman dan Drake.”

Gaya serta imej telah membantu melonjakkan jenama tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Tambahan pula, GQ turut melaporkan bahawa jualan Arc’teryx telah meningkat sejak kebelakangan ini berbanding tahun sebelumnya.

Arc’teryx Bermula Sebagai Pembuat Alatan Memanjat Di Kanada

Jenama ini terkenal menghasilkan pakaian aktiviti luar. (Foto: Arc’teryx)

Sebagai info, Arc’teryx mempunyai sejarah yang panjang sebelum menjadi jenama pakaian luar popular seperti hari ini.

Jenama ini diasaskan oleh Dave Lane yang pada mulanya membuat tali pinggang keledar untuk mendaki di Vancouver, Kanada pada tahun 1989.

Menariknya, tali keledar itu kemudian memberi ilham menghasilkan beg galas Arc’teryx, iaitu yang pertama menggunakan tali pinggang thermo-molded untuk mengurangkan tekanan pada belakang serta bahu ketika mendaki.

Nama dan logo jenama ini pula diambil daripada Archaeopteryx, iaitu fosil yang menunjukkan peralihan haiwan daripada dinosaur awal kepada burung.

Sehingga kini, Arc’teryx terkenal dengan jaket kalis air Gore-Tex serta jaket tebal (down parka).

Sebelum menjadi Arc’teryx, jenama ini dikenali sebagai Rock Solid pada tahun 1989 di North Vancouver, Kanada.

Kemudian, Rock Solid menukar namanya ke Arc’teryx pada tahun 1991 untuk menghasilkan pakaian aktiviti luar dan alat memanjat.

Selepas itu, syarikat ini dijual kepada Salomon Group pada tahun 2001 dan kemudiannya kepada Amer Sports pada tahun 2005.

Trend Gorpcore Menjadikan Jenama Ini Semakin Popular

Trend fesyen gorpcore. (Foto: Vogue)

Menariknya, populariti Arc’teryx meletup kerana trend fesyen dikenali sebagai Gorpcore di mana pakaian yang asalnya direka untuk aktiviti luar seperti mendaki, digayakan sebagai pakaian harian.

Antara pakaian yang biasa dilihat dalam trend ini seperti jacket puffer, but serta jaket fleece.

Selain Arc’teryx, antara jenama lain yang terkenal dalam trend ini ialah The North Face dan Patagonia, dan trend ini mula muncul sekitar tahun 2020.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Warna Hitam Bukan Lagi Pilihan Utama? Trend Fesyen Lelaki 2026 Kini Lebih Berani | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Baju-T Boxy Menjadi Kegilaan Ramai Lelaki Bergaya Tahun Ini? | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd