Now Reading
G-SHOCK Lancar Koleksi Bold Camo, Sesuai Bagi Lelaki Yang Ingin Tampil Agresif & Unik

G-SHOCK Lancar Koleksi Bold Camo, Sesuai Bagi Lelaki Yang Ingin Tampil Agresif & Unik

Moden, ikonik & a fashion statement.

In Brief
  • G-SHOCK Bold Camo menggabungkan corak camouflage klasik dengan warna emas, menyembunyikan logo ikonik G-mark dalam reka bentuknya.
  • Koleksi ini menawarkan enam model berbeza, sesuai bagi mereka yang ingin tampil agresif dan bergaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


CASIO memperkenalkan koleksi jam tangan G-SHOCK baharu bernama Bold Camo yang mengambil inspirasi gaya fesyen streetwear.

Koleksi baharu ini menggabungkan corak camouflage klasik dengan warna emas menjadikan reka bentuk G-SHOCK yang kukuh sebagai satu fashion statement lebih bergaya.

Menariknya, koleksi ini turut menampilkan reka bentuk logo dan penunjuk fungsi baharu pada bahagian muka G-SHOCK dengan enam model berbeza.

Siri Bold Camo Menyembunyikan ‘G-Mark’ Ikonik Dalam Coraknya

Model Casio G-SHOCK. (Foto: CASIO)

Daya tarikan utama koleksi ini ialah corak camouflage eksklusif G-SHOCK yang unik.

Corak ini menyembunyikan logo ikonik jenama tersebut, iaitu G-mark di dalam reka bentuknya.

Menurut CASIO, corak unik ini dihasilkan menggunakan teknik pembuatan dan percetakan maju bagi mencapai estetik mewah pada setiap model-model dalam koleksi Bold Camo.

6 Model G-SHOCK Boleh Dipilih Dalam Koleksi Bold Camo

#1. GM-6900CMG-3
GM-6900CMG-3. (Foto: Casio)

Mempunyai bezel besi tahan karat dikilatkan dengan pelbagai teknik untuk mengeluarkan teksturnya.

Selain itu, ia disaluti warna emas dan sebahagian corak camo diukir menggunakan laser serta dipadankan dengan tali getah.

Spesifikasinya:

  • Kalis hentakan (shock resistant)
  • Kalis air sehingga 200 meter
  • Stopwatch dan Timer
  • Lampu latar LED
  • Amaran flash
  • Penggera pelbagai fungsi
  • Bateri yang boleh bertahan sehingga 5 tahun
#2. DW-6900CMG-3
DW-6900CMG-3. (Foto: Casio)

Model kedua pula memberikan nafas baharu kepada model 6900 yang menjadi kegemaran ramai.

Menurut CASIO, model ini hadir dengan corak camo G-SHOCK dan dihiasi sentuhan emas serta tulisan pada muka jam tersebut.

Spesifikasinya:

  • Kalis hentakan (shock resistant)
  • Kalis air sehingga 200 meter
  • Stopwatch dan Timer
  • Lampu latar LED
  • Amaran flash
  • Penggera pelbagai fungsi
  • Bateri yang boleh bertahan sehingga 5 tahun
#3. GA-700CMG-3A
GA-700CMG-3A. (Foto: Casio)

Model ketiga untuk mereka yang ingin menonjol dengan muka jam berwarna emas kilat.

Corak camo pada bingkai dan talinya dicetak menggunakan pelbagai sudut. Manakala, warna emas pada muka jam ini dihasilkan melalui teknik vapor deposition.

Selain itu, model ini mempunyai bentuk jarum tangan lebih tajam serta tegas.

Spesifikasinya:

  • Kalis hentakan (shock resistant)
  • Kalis air sehingga 200 meter
  • Stopwatch dan Timer
  • Lampu latar LED
  • Amaran flash
  • Boleh menetapkan sehingga 5 penggera harian
  • Model ini menyimpan masa untuk 48-buah bandar berbeza
  • Bateri yang boleh bertahan sehingga 5 tahun
#4. GA-V01CMG-3A
GA-V01CMG-3A. (Foto: Casio)

Bagi mereka yang inginkan jam tangan yang agresif akan jatuh cinta kepada model ini.

Corak pada model ini turut dicetak dari pelbagai sudut untuk menghasilkan bentuk lebih unik.

Warna hijau dengan hiasan emas bakal menjadi fashion statement anda!

Spesifikasinya:

  • Kalis hentakan (shock resistant)
  • Kalis air sehingga 200 meter
  • Stopwatch dan Timer
  • Dua lampu LED (Super Illuminator)
  • Amaran flash
  • Boleh menetapkan sehingga 5 penggera harian
  • Model ini menyimpan masa untuk 48-buah bandar berbeza
  • Bateri yang boleh bertahan sehingga 10 tahun
#5. DW-6900CF-1 & GA-700CF-1A
DW-6900CF-1 & GA-700CF-1A. (Foto: Casio)

Dua model terakhir iaitu DW-6900CF-1 (Jam digital) dan GA-700CF-1A (Jam analog-digital), tampil dengan gabungan corak camo dan emas unik.

Kedua-dua model ini mempunyai corak camo yang memenuhi keseluruhan muka jam tersebut dihiasi dengan sentuhan emas serta paparan LCD warna negatif untuk mengekalkan warnanya.

Spesifikasinya DW-6900CF-1:

  • Kalis hentakan (shock resistant)
  • Kalis air sehingga 200 meter
  • Stopwatch dan Timer
  • Lampu LED (Super Illuminator)
  • Amaran flash
  • Penggera pelbagai fungsi
  • Bateri yang boleh bertahan sehingga 5 tahun

Spesifikasinya GA-700CF-1A:

  • Kalis hentakan (shock resistant)
  • Kalis air sehingga 200 meter
  • Stopwatch dan Timer
  • Lampu LED (Super Illuminator)
  • Amaran flash
  • Boleh menetapkan sehingga 5 penggera harian
  • Model ini menyimpan masa untuk 48-buah bandar berbeza
  • Bateri yang boleh bertahan sehingga 5 tahun

G-SHOCK Lahir Daripada Misi Untuk Mencipta Jam Tangan Yang Tidak Boleh Pecah

Pencipta G-SHOCK, Ibe ingin mencipta sebuah jam tangan yang tidak boleh pecah.

Menerusi konsep tahan lasak yang mencabar logik pembuatan jam biasa. Jenama ini pernah mengejutkan dunia dengan reka bentuknya.

Sehingga kini, G-SHOCK terkenal dengan jam tangan berteknologi tinggi yang mampu menahan hentakan graviti, suhu sejuk, tekanan air yang tinggi serta medan magnet, hasil usaha berterusan mengejar ketahanan sebenar.

Ia telah dilancarkan sejak tahun 1983 dan menyambut ulang tahun ke-35 pada 2018.

Sepanjang tempoh itu, G-SHOCK telah terjual melebihi 100 juta unit di 100 buah negara seluruh dunia.

Tambahan pula, koleksi G-SHOCK Premium dihasilkan menggunakan nilai kejuruteraan tertinggi serta ujian ketat di Yamagata, Jepun bagi memastikan setiap jam tangan mematuhi konsep asalnya.

Menggabungkan bahan berkualiti tinggi dengan gaya unik tersendiri telah menjadikan G-SHOCK antara jam tangan paling diminati ramai di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Mampu Milik, Klasik & Tidak Lapuk Ditelan Zaman, Ini Sebab Casio A158 Masih Popular Sehingga Hari Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd