Bukan Bagasi! RIMOWA Lancar Kotak Dart Aluminium Edisi Terhad Bernilai Lebih RM27,000
RIMOWA memperkenalkan Dartboard Case aluminium edisi terhad bernilai €5,500 (sekitar RM26,000) yang dibangunkan bersama Winmau, lengkap dengan set dart profesional dan reka bentuk ikonik jenama itu.
- RIMOWA memperkenalkan Dartboard Case aluminium edisi terhad berharga €5,500 (lebih RM27,000), menggabungkan reka bentuk mewah dan ketukangan premium.
- Produk ini dibangunkan bersama Winmau, merangkumi papan dart profesional, dart eksklusif dan aksesori berjenama RIMOWA.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila menyebut RIMOWA, kebanyakan orang pasti membayangkan bagasi aluminium ikonik yang sering menjadi pilihan pengembara dan pencinta fesyen.
Namun kali ini, jenama mewah dari Jerman itu tampil dengan sesuatu yang jauh berbeza.

RIMOWA baru sahaja memperkenalkan Dartboard Case, sebuah kotak dart aluminium edisi terhad yang menggabungkan ketukangan premium, kejuruteraan tepat dan elemen koleksi eksklusif dalam satu produk.
Direka Untuk Peminat Dart & Pengumpul
Bukan sekadar kabinet dart biasa, aksesori ini diinspirasikan daripada kabinet dart tradisional tetapi dibina menggunakan aluminium beralur ikonik RIMOWA.
Ia menampilkan pintu berkembar, kemasan logam digilap, pemegang kulit hitam serta boleh dipasang pada dinding, sekali gus menjadikannya hiasan premium untuk ruang permainan atau kediaman.
Menurut RIMOWA, ini merupakan kabinet dart aluminium pertama yang pernah dihasilkan jenama itu.
Dibangunkan Bersama Winmau


Apa yang menjadikan produk ini lebih istimewa ialah kerjasama RIMOWA dengan Winmau, antara jenama paling terkenal dalam dunia dart profesional dan pembekal rasmi kepada Professional Darts Corporation (PDC).
Di dalam kotak tersebut, pengguna akan menerima:
- Papan dart Winmau Blade X bertaraf profesional.
- Dua set dart eksklusif (tiga batang bagi setiap sisi).
- Flight khas berwarna merah dan hijau dengan monogram RIMOWA.
- Shaft hitam berjenama RIMOWA.
- Beg kulit untuk menyimpan aksesori dan alat ganti.
Keseluruhan ruang dalaman turut dilapisi mikrofiber hitam bagi melindungi papan dart serta aksesori di dalamnya.
Walton Goggins Jadi Wajah Kempen Terbaharu

Bersempena pelancarannya, RIMOWA turut memperkenalkan kempen khas yang dibintangi pelakon Hollywood, Walton Goggins.
Dalam video kempen tersebut, beliau melakonkan watak seorang pengawal keselamatan yang bertugas di ibu pejabat RIMOWA di Cologne pada hari Ahad.
Ketika menonton perlawanan bola sepak pasukan kegemarannya, beliau menemui sebuah kotak aluminium yang menyimpan papan dart, sebelum mula bermain sambil berharap setiap lontaran tepat ke sasaran mampu membawa tuah kepada pasukannya.
RIMOWA Dartboard Case akan mula dijual di butik terpilih RIMOWA seluruh dunia bermula 30 Julai 2026.

Harga rasminya ialah €5,500, bersamaan kira-kira RM27,000 mengikut kadar pertukaran semasa.
Walaupun ditawarkan pada harga yang tinggi, produk ini lebih disasarkan kepada pengumpul serta peminat jenama RIMOWA yang menghargai hasil ketukangan premium dan edisi terhad.
Apa Yang Menjadikan Produk Ini Istimewa?
Berbanding kabinet dart biasa, RIMOWA Dartboard Case menawarkan gabungan reka bentuk mewah, material aluminium ikonik serta kelengkapan bertaraf profesional.
Ia bukan sekadar aksesori untuk bermain dart, tetapi juga boleh dianggap sebagai item koleksi yang menggabungkan seni, sukan dan reka bentuk dalam satu produk.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.