Mampu Milik, Klasik & Tidak Lapuk Ditelan Zaman, Ini Sebab Casio A158 Masih Popular Sehingga Hari Ini
Casio A158 mempunyai pelbagai fungsi menarik seperti format masa 12 atau 24 jam, jam penggera dan kalendar automatik.
- Casio A158, diperkenalkan pada 1989, kekal popular kerana reka bentuk retro klasik yang tidak lapuk ditelan zaman.
- Jam tangan ini sangat selesa dipakai seharian kerana badannya ringan, dengan paparan LCD jelas dan bateri tahan lama.
- Casio A158 tersedia dalam dua warna, biru dan kelabu, dengan fungsi asas berguna pada harga mampu milik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dalam dunia yang semakin dikuasai dengan jam tangan pintar, semakin ramai beralih semula kepada gaya jam tangan yang lebih ringkas serta klasik.
Contoh paling mudah adalah, Casio A158.
Diperkenalkan sejak tahun 1989, jam tangan ini kekal menjadi kegemaran ramai kerana reka bentuknya yang simple dan timeless dengan harga mampu milik.
Reka Bentuknya Menyerlahkan Gaya Retro 80-an

Salah satu daya tarikan Casio A158 sudah tentu rupanya yang klasik dan tidak lapuk ditelan zaman.
Bak kata pepatah, a timeless classic.
Berbeza dengan versi yang diperbuat daripada plastik resin hitam, Casio A158W lebih menonjol dari segi reka bentuknya dan sangat mudah untuk digayakan.
Menariknya, walaupun dikeluarkan pada penghujung tahun 80-an, reka bentuk serta warnanya sangat nostalgik seolah-olah mengembalikan kita semula kepada tahun itu.
Sentuhan retro yang boleh dipakai pada bila-bila masa menjadi peneman harian paling sempurna dalam kehidupan kita.
Case Ringan Menjadikannya Selesa Untuk Dipakai Sepanjang Hari
Casio A158 mempunyai bentuk segi empat tempat yang diperbuat daripada resin perak dilengkapi dengan tiga butang di bahagian sisinya.
Menurut Ben’s Watch Club, Casio A158 sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari kerana badannya yang sangat ringan.
Dalam masa sama, butang-butangnya mudah ditekan untuk menukar kepada fungsi lain. Manakala itu, bahagian belakangnya pula diperkukuhkan menggunakan empat skru kecil.
Paparan LCD Yang Jelas Serta Dikuasakan Dengan Quartz Movement Dari Casio

Di sebalik penampilannya yang ringkas, Casio A158 menggunakan Quartz Movement daripada Casio yang terkenal dengan ketahanannya.
Memetik semula ulasan dari Ben’s Watch Club, bateri dilengkapi dalam Casio A158 mampu bertahan lama, dan tidak membebankan anda untuk menggantikannya kerana harganya yang murah.
Selain itu, paparan jam tangan ini menggunakan skrin LCD yang mudah untuk dibaca daripada pelbagai sudut malah di bawah cahaya matahari.
Warna Biru Dan Kelabu Memberi Nafas Baharu Kepada Model Klasik Ini

Anda boleh mendapatkan jam tangan ini dalam dua warna berbeza iaitu biru (A158WEA-2) dan kelabu (A158WEA-7).
Setiap model pula berukuran 36.8 milimeter (mm) x 33.2 mm dengan ketebalan 8.5 mm, menjadikannya padat serta ringan untuk dipakai setiap hari.
Selain itu jam ini mengekalkan fungsi asas yang sangat berguna seperti format masa 12 atau 24 jam, jam penggera, kalendar automatik dan jam randik.
Casio A158 Membuktikan Bahawa Simple Is Beautiful

Casio A158 turut mempunyai kelebihan serta sedikit kekurangan yang tersendiri.
Antara kelebihannya seperti:
- Reka bentuk retro
- Memiliki saiz yang sesuai untuk semua orang
- Tahan lasak
- Sangat selesa untuk dipakai
Manakala, kekurangannya seperti:
- Spesifikasinya yang sangat asas
- Kemasan jam tangan ini berbeza antara satu sama lain.
Tetapi ini tidak menghalang Casio A158 menjadi seutas jam tangan yang boleh anda pakai bila-bila masa dalam apa jua situasi sekali pun.
Casio Merupakan Antara Jenama Jam Tangan Paling Berpengaruh Di Dunia
Untuk pengetahuan umum, Casio telah memperkenalkan jam digital elektronik pertama di dunia melalui model Casiotron pada tahun 1974 yang boleh memaparkan waktu secara digital serta lengkap dengan fungsi tarikh.
Selain itu, jenama ini turut terkenal dengan koleksi G-Shock yang dilancarkan pada tahun 1983. Keunikan koleksi ini adalah ia dihasilkan untuk menyerap segala hentakan sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup lasak.
Tambahan pula, Casio juga dikenali sebagai jenama mewah mampu milik kerana menawarkan fungsi mewah seperti kalis air, lampu belakang dan zon masa berbeza pada harga berpatutan.
Maka tidak hairanlah, sehingga hari ini masih ramai peminat yang setia membeli serta menunggu koleksi baharu daripada Casio.
Baca Artikel Berkaitan: Baru Berjinak Dalam Dunia Jam Tangan? Ini 10 Jenama Wajib Anda Kenali | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Omega Seamaster 007 First Light: Jam James Bond Pertama Dari Permainan Video | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.