Now Reading
Warna Hitam Bukan Lagi Pilihan Utama? Trend Fesyen Lelaki 2026 Kini Lebih Berani

Warna Hitam Bukan Lagi Pilihan Utama? Trend Fesyen Lelaki 2026 Kini Lebih Berani

Menurut pakar fesyen Ramon Luna, lelaki kini lebih yakin bereksperimen dengan rona berani untuk menyerlahkan gaya dan personaliti masing-masing.

In Brief
  • Warna berani seperti merah ceri, ungu gelap dan biru laut kini menggantikan warna membosankan seperti hitam dan coklat.
  • Warna neutral segar seperti coklat gelap dan hijau zaitun kekal relevan kerana mudah dipadankan dengan pelbagai gaya harian.
  • Untuk mencuba trend ini, mulakan dengan aksesori atau satu pakaian berwarna terang tanpa mengubah seluruh gaya anda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Runway di Paris dan Milan sepanjang musim panas ini dipenuhi dengan warna-warna berani seperti merah ceri, ungu gelap, biru laut serta kuning diraja.

Ini menjadi petanda bahawa trend fesyen lelaki melangkah keluar daripada zaman warna membosankan seperti hitam, coklat dan tan yang telah mendominasi sejak kebelakangan ini.

Menjelang tahun 2026, beberapa trend warna baharu dijangka akan mendominasi pakaian lelaki menghasilkan gaya lebih unik.

Fesyen Lelaki Kini Lebih Berwarna & Tidak Membosankan

Menurut GQ British, ini adalah masa terbaik untuk menambah lebih banyak warna dalam gaya pakaian anda.

Menariknya, Pantone telah mengumumkan Warna Tahun Ini adalah Cloud Dancer, iaitu warna kelabu untuk para lelaki. Namun, trend fesyen lelaki sedang menuju ke arah lebih cerah serta ceria.

Pengurus kedai fesyen Haven, Nick Roethle berkongsi pendapatnya tentang perubahan ini.

“Saya rasa kita perlahan-lahan keluar daripada ‘kemelesetan warna’. Lima tahun lalu ini fesyen lelaki dipenuhi dengan warna selamat seperti hitam, coklat dan tan.”

“Namun, dalam dua atau tiga musim lalu, saya perasan lebih banyak warna statement dikeluarkan seperti merah, hijau dan kuning,” tambahnya.

Selain itu, trend quiet luxury yang begitu popular beberapa tahun lalu semakin pudar dan akan digantikan dengan warna-warna baharu ini bagi tahun 2026.

Warna Neutral Bakal Mendominasi Pakaian Asas Untuk Lelaki

Lemaire Spring-Summar 2027. (Foto: WWD)

TIdak salah jika anda masih setia dengan padanan baju-T putih dan seluar jeans hitam yang sememangnya menjadi pilihan ramai lelaki.

Namun, trend fesyen 2026 membuka ruang kepada beberapa warna neutral yang lebih segar dan versatil untuk dijadikan pilihan harian.

Menurut Ramon Luna, warna neutral seperti coklat gelap dan hijau zaitun kembali semula menjadi trend.

“Lelaki kini semakin selesa dengan apa yang boleh dikategorikan sebagai warna neutral untuk mereka,” katanya.

Contoh terbaik seperti seluar askar, Baker dan Military Fatigue pants yang kini menjadi kegemaran ramai lelaki.

Selain mudah dipadankan, tona warna neutral juga membuka lebih banyak pilihan untuk anda bereksperimen dengan gaya.

Contohnya, seluar coklat gelap dipadankan dengan baju ungu boleh membuatkan penampilan anda kelihatan lebih fresh dan bergaya.

“Apa yang kita dapat lihat sekarang ialah lelaki sedang mencari kombinasi warna yang sesuai untuk dipadankan dalam gaya hariannya,” kata Luna.

Warna Primer Kembali Mencuri Perhatian

Polo Ralph Lauren Spring Summer 2027. (Foto: WWD)

Untuk pengetahuan umum, terdapat tiga warna primer, iaitu biru, kuning serta merah, dan ketiga-tiganya akan mendominasi pakaian lelaki tahun ini.

Khususnya, warna merah yang kini dapat dilihat di mana-mana sahaja.

Pereka untuk jenama Literary Sport, Jackie McKeown berkata semakin ramai yang mula berani memilih warna terang buat kali pertama.

“Kami lihat ramai orang memilih jaket berwarna merah berbanding hitam atau biru gelap. Ia bergantung pada jenis pakaian, tetapi saya rasa orang ramai kini inginkan pakaian yang lebih menarik dan tidak kelihatan sama seperti orang lain.”

Pengarah Fesyen Lelaki Nordstrom, Jian DeLeon turut melihat lelaki kini lebih terbuka kepada warna yang lebih berani.

“Warna seperti royal blue, race car red, orange dan lemon yellow mendominasi pentas runway hari ini,” katanya.

“Antara padanan popular seperti biru dan jingga, merah dan biru seperti Spider-Man atau Superman,” tambah DeLeon.

Warna Tertier Mengembalikan Trend Gaya 80-an

Auralee Spring-Summer 2027. (Foto: WWD)

Selain warna primer, warna ketiga (tertier) yang lebih ceria dan unik turut menjadi trend tahun ini.

Warna seperti chartreuse, burgundy dan teal memberi imej lebih menonjol serta berani.

Menurut McKeown, dunia fesyen lelaki kini semakin ceria, seolah-olah menerima tenaga baharu.

“Jenama seperti Auralee, Prada, Versace dan Celine membawa masuk pelbagai warna-warna menakjubkan seperti ungu, kuning dan teal. Ia membolehkan lelaki meluahkan gaya lebih menarik menerusi kombinasi warna yang tidak dijangka,” katanya.

“Ia terasa seperti zaman 80-an tetapi moden.”

Nak Tambah Lebih Banyak Warna Dalam Gaya Anda? Mudah Sahaja!

Salah satu cara mudah dan menjimatkan untuk mencuba trend ini ialah memilih satu pakaian berwarna terang yang anda suka. Kemudian, cuba terapkannya dalam gaya harian anda.

Menurut Roethel, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk mengubah gaya anda sekali gus.

“Perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah melompat dari satu trend ke trend lain, atau mengubah seluruh pakaian berdasarkan warna trendy,” katanya.

Bagi McKeown pula, aksesori ialah titik permulaan paling selamat untuk mencuba trend ini.

Tambahan pula, menggabungkan gaya monokromatik dengan trend ini akan membuatkan anda kelihatan lebih kemas serta bergaya dengan mudah.

Contohnya seperti jaket bomba Cortlandt dari Ralph Lauren adalah contoh rujukan baik untuk mengadaptasi trend fesyen 2026 ini.

Sebagai contoh, jaket bomba Cortland daripada Ralph Lauren dipamerkan di Milan boleh dijadikan rujukan bagi sesiapa yang ingin mencuba trend fesyen 2026 ini.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Baju-T Boxy Menjadi Kegilaan Ramai Lelaki Bergaya Tahun Ini? | TRP

Baca Artikel Berkaitan: T-Shirt Selalu Buat Anda Nampak Selekeh? Ini Mungkin Sebabnya | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd