Restoran Korea Moden GU:UM Singgah 4 Bulan Di The RuMa Hotel Bermula Ogos Ini
Menurut The RuMa Hotel and Residences, siri ATAS Key Tables diwujudkan bagi membawa chef antarabangsa yang berkongsi falsafah kecemerlangan kulinari ke Kuala Lumpur.
- GU:UM, restoran steakhouse Korea moden oleh chef berbintang MICHELIN Louis Han, akan mengadakan residensi eksklusif di ATAS selama empat bulan bermula 1 Ogos 2026.
- Tetamu boleh menikmati menu eksklusif berinspirasi api dan arang, termasuk hidangan utama seperti Hanwoo Lower Loin dan Woodae Galbi Short Rib.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Peminat fine dining dan masakan Korea kini mempunyai satu lagi sebab untuk berkunjung ke Kuala Lumpur.
Selepas menerima sambutan menggalakkan pada Jun lalu, ATAS di The RuMa Hotel and Residences kembali menganjurkan siri ATAS Key Tables dengan membawa semula GU:UM, restoran steakhouse Korea moden hasil ilham chef berbintang MICHELIN, Louis Han.
Bermula 1 Ogos hingga 30 November 2026, GU:UM akan mengadakan residensi eksklusif selama empat bulan di ATAS, sekaligus menjadi kolaborasi jangka panjang pertama jenama itu di Kuala Lumpur.
Bukan Sekadar Korean BBQ
Berasal dari Seoul, Chef Louis Han dikenali kerana pendekatannya yang menggabungkan warisan masakan Korea dengan teknik kulinari moden.

Pada tahun 2022, beliau turut menjadi chef Korea pertama menerima anugerah MICHELIN Guide Young Chef Award.
Pada 2024, Chef Han memperkenalkan GU:UM, sebuah steakhouse Korea moden yang mengangkat konsep Korean barbecue ke tahap lebih premium tanpa menghilangkan elemen mesra dan nostalgia yang menjadi identiti masakan Korea.
Menu Eksklusif Yang Hanya Ditawarkan Di ATAS
Sepanjang residensi ini, tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan istimewa yang diinspirasikan daripada konsep memasak menggunakan api dan arang.

Antara pembuka selera yang ditawarkan termasuk:
- Yukhwae Jeon
- Mulhwae
- KFC (Korean Fried Cauliflower)
Hidangan utama pula menampilkan beberapa menu signatur GU:UM seperti:
- Hanwoo Lower Loin
- Woodae Galbi Short Rib
- Surf & Turf Platter
Selain itu, pengalaman menjamu selera diteruskan dengan hidangan yang diinspirasikan daripada masakan harian Korea seperti:
- Uncle Lulu’s Fried Rice
- GU:UM Cold Japchae
- Sujebi Mac & Cheese
- Doenjang Jjigae
Sebagai penutup, pengunjung boleh memilih pencuci mulut seperti Hotteok, Mandarin Bingsu atau Koguma Mousse.

Pengalaman Fine Dining Yang Menghubungkan Budaya
Menurut The RuMa Hotel and Residences, siri ATAS Key Tables diwujudkan bagi membawa chef antarabangsa yang berkongsi falsafah kecemerlangan kulinari ke Kuala Lumpur.
Melalui kolaborasi ini, ATAS bukan sahaja memperkenalkan citarasa baharu kepada pengunjung tempatan, malah mewujudkan ruang pertukaran budaya melalui makanan.
Bagi Chef Louis Han pula, setiap hidangan di GU:UM bukan sekadar mengenai teknik memasak, tetapi juga mengenai bagaimana makanan mampu menghubungkan manusia, memori dan tradisi dalam satu pengalaman yang bermakna.
Residensi GU:UM di ATAS

- Lokasi: ATAS
- Tarikh: 1 Ogos – 30 November 2026
- Masa: Setiap hari bermula jam 6PM
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi pihak restoran melalui WhatsApp di +60 12-923 2278 atau telefon +603-2778 0751. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web rasmi The RuMa Hotel and Residences.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.