Now Reading
Pocky Rai Tahun Ke-60 Dengan #PockyConnectSmiles, Peserta Berpeluang Bawa Pulang Hadiah Bernilai RM50,000

Pocky Rai Tahun Ke-60 Dengan #PockyConnectSmiles, Peserta Berpeluang Bawa Pulang Hadiah Bernilai RM50,000

Pertandingan Pocky Connect Smiles telah berlangsung dari 1 Jun sehingga 27 Julai lalu bersempena sambutan ke-60 tahun Pocky dan International Friendship Day.

In Brief
  • Pocky meraikan tahun ke-60 dengan kempen #ConnectWithASmile, menjemput rakyat Malaysia berkongsi momen gembira bersama.
  • Peserta Pertandingan Pocky Connect Smiles berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000, termasuk percutian ke Jepun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama biskut ikonik, Pocky, menjadi antara pilihan orang ramai sebagai makanan kudap-kudapan bagi mengisi masa lapang.

Diasaskan pada tahun 1966, Pocky berjaya dalam mengubah momen harian menjadi hubungan yang penuh makna.

Pada tahun ini, Pocky meraikan tahun ke-60 ‘Sharing Happines’ pada International Friendship Day, mencipta momen bersama yang penuh gembira, manis dan mudah dikongsi dengan sahabat, rakan sekelas dan ahli keluarga.

Kempen #ConnectWithASmile Rai Momen Indah Bersama Pocky

Dalam meraikan sambutan ke-60 tahun, Pocky menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #ConnectWithASmile.

“Selepas 60 tahun, Pocky terus mengubungkan orang ramai dengan berkongsi kegembiraan. Meskipun gaya hidup telah berubah dan interaksi digital menjadi norma, kami percaya nilai hubungan manusia yang sebenar kini menjadi lebih penting.

“Lebih daripada sekadar jenama biskut, Pocky menjadi teman yang menghubungkan orang ramai bersama dan menjadikan setiap hari momen yang istimewa.

“Sempena meraikan pencapaian ini, kami teruja untuk memperkenalkan pengalaman Pocky yang lebih menarik sementara mengekalkan apa yang orang ramai paling gemar tentang jenama ini,” kata Pengarah Pengurusan Glico Malaysia & International Cluster, Lee Yeen Theng.

Pocky Tampil Dengan Reka Bentuk Lebih Kontemporari

Dalam masa sama, Pocky juga memperkenalkan resepi Pocky Chocolate dengan pengalaman coklat yang lebih indulgen, sekali gus membuktikan komitmen Pocky dalam membawa rasa enak sementara mengekalkan perisa yang dikenali para peminat.

Dengan reka bentuk pakej baharu yang lebih kontemporari, Pocky Chocolate boleh didapatkan di pasaran seluruh negara di samping perisa-perisa lain termasuk Strawberry, Cookies & Cream, Milky Matcha, Double Chocolate, dan Milk.

Orang Ramai Kongsi Momen Gembira Dengan #ConnectWithASmile

Sempena sambutan International Friendship Day, orang ramai dijemput menyertai kempen #ConnectWithASmile menerusi aktiviti fizikal dan interaktif dalam talian Pocky.

Mereka yang berminat boleh menggunakan cermin cembung untuk menangkap gambar berkumpulan (wefie) secara ‘fish-eye‘ atau menggunakan Pocky Smile Mirror Filter bagi merakam dan berkongsi momen indah.

Pocky juga sebelum ini telah mengadakan Pocky Connects Smiles Campus Tour di beberapa institusi pendidikan tinggi di sekitar Lembah Klang iaitu Taylor’s University, Universiti Malaya dan Sunway University College, sebagai sebahagian daripada kempen ini.

Di samping itu, orang ramai juga boleh menemukan Pocky Smile Vending Booths di sekitar Lembah Klang.

Pelanggan turut berpeluang menebus Pocky Sticker Sheets eksklusif di peruncit terpilih seluruh negara dengan pembelian dua unit Pocky.

Peserta Pocky Connect Smiles Contest Berpeluang Menang Hadiah RM50,000

Pertandingan Pocky Connect Smiles juga telah berlangsung dari 1 Jun sehingga 27 Julai lalu.

Menerusi pertandingan ini, peserta memuat naik foto wefie bersama produk Pocky dengan reka bentuk baharu ke akaun Instagram atau Facebook serta menyebut @pockymalaysia dan menggunakan tanda pagar #PockyConnectSmiles.

Mereka yang menyertai pertandingan ini berpeluang memenangi hadiah sehingga RM50,000 termasuk:

  • Hadiah Utama – Percutian bagi 2 orang ke Osaka, Jepun dan Universal Studios Japan
  • Hadiah Kedua – Instax Mini Link 3 Photo Printer (3 pemenang setiap minggu)
  • Hadiah Saguhati – Kodak Charmera Blind Box Keychain (10 pemenang setiap minggu)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd