Now Reading
JD Sports Malaysia Sambut Ulang Tahun Ke-10, Kukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Fesyen Athleisure

JD Sports Malaysia Sambut Ulang Tahun Ke-10, Kukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Fesyen Athleisure

JD Sports Malaysia kini menjadi hab utama di Asia Tenggara untuk jenama ini.

In Brief
  • JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan 23 kedai fizikal dan platform e-dagang yang terus berkembang.
  • Acara JD Frequency berlangsung lima hari di Sunway Pyramid, menampilkan koleksi eksklusif, persembahan artis dan pelbagai aktiviti interaktif.
  • JD Sports menawarkan pengalaman omnichannel yang lancar serta produk Only At JD yang dicipta khas untuk pasaran Asia Tenggara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


JD Sports Malaysia telah meraikan ulang tahun ke-10 tahun ini, menandakan satu dekad membentuk landskap kasut dan athleisure Malaysia.

Bermula dengan pembukaan kedai flagship pertama di Sunway Pyramid pada 2016, jenama ini telah kini berkembang menjadi destinasi utama peminat kasut dan athleisure dengan 23 kedai di seluruh negara.

Sempena pencapaian itu, JD Sports Malaysia meraikannya sepanjang 2026 dengan pelbagai keluaran eksklusif, ganjaran bagi pelanggan serta pengaktifan secara omnichannel, bermula dengan acara JD Frequency di Sunway Pyramid minggu lalu.

JD Sports Berkembang Pesat Sejak Membuka Kedai Pertama Pada 2016

JD Sports Malaysia. (Foto: @jdsportsmy / Instagram)

Sepanjang 10 tahun ini, JD Sports Malaysia telah berkembang dengan pesat membawa pelbagai jenama terkenal dunia, keluaran eksklusif serta pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan kepada pengguna di seluruh negara.

Kini, JD Sports Malaysia mempunyai 23 kedai fizikal di seluruh negara serta sebuah platform e-dagang, dengan tiga lagi kedai baharu dijangka dibuka menjelang penghujung tahun ini.

Menariknya, Malaysia muncul sebagai hab bagi Asia Tenggara untuk jenama ini dan telah meluas ke negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia serta Filipina.

JD Frequency Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Selama Lima Hari

Persembahan SonaOne (kanan) dan Killa Driz (kiri). (Foto: @jdsportsmy / Instagram)

JD Sports Malaysia telah menganjurkan acara JD Frequency di Sunway Pyramid dari 22 hingga 26 Julai 2026.

Acara selama lima hari itu direka khas untuk meraikan perjalanan JD Sports sepanjang 10 tahun ini, sekali gus mengajak para pengunjung untuk meneroka koleksi baharu sambil menikmati pelbagai aktiviti interaktif serta persembahan menarik.

Antara tarikan utamanya ialah ONLY AT JD Product Showcase yang mempamerkan koleksi eksklusif JD Sports dari masa lalu, kini dan hadapan termasuk kasut, pakaian serta aksesori edisi terhad.

Para pengunjung dapat berhibur dengan persembahan artis tempatan seperti SonaOne dan Killa Driz (22 Julai) diikuti SVRN Porsche dari Thailand (25 Julai), dan Zameaera pada 26 Julai.

Selain persembahan, para pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai barangan eksklusif seperti JD Utility Strap bagi pembelian RM600 ke atas.

Malah, terdapat cabaran JD Hit the Beat Challenge yang akan menguji kemahiran serta kepantasan peserta untuk memenangi JD NFC Keyring.

JD Sports Mengutamakan Pengalaman Omnichannel Untuk Pelanggannya

Aktiviti interaktif untuk para pengujung cuba. (Foto: @jdsportsmy / Instagram)

Selain itu, JD Sports turut tekad untuk memahami penggunanya dan perkara yang paling penting bagi mereka.

Bermula daripada aspek gaya hidup, sukan serta muzik sehinggalah nilai dipegang untuk mengukuhkan kredibilitinya sebagai jenama fesyen athleisure terkemuka.

JD Sports sentiasa bekerjasama dengan jenama global dan pencipta trend bagi membawa tawaran produk terbaik untuk pengguna, di samping menyediakan pengalaman membeli-belah yang menarik menerusi saluran dalam talian atau fizikal.

Dalam masa sama, platform e-dagang sangat penting bagi JD Sports walaupun kedai fizikalnya semakin berkembang di seluruh Asia Tenggara.

Menerusi platform digital itu, JD Sports dapat melangkaui sempadan untuk mencapai pengguna di luar kawasan kedai fizikalnya, sekali gus menawarkan kemudahan pada bila-bila masa.

JD Sports kini menawarkan pengalaman omnichannel yang lebih lancar, termasuk perkhidmatan Ship From Store dan Click and Collect menghubungkan pengalaman dalam talian dengan kedai fizikal.

Produk ‘Only At JD’ Dicipta Khas Untuk Pasaran Asia Tenggara

Salah satu keistimewaan JD Sports ialah tawaran produk eksklusif Only at JD yang dihasilkan dengan kerjasama jenama global terkemuka.

Menerusi pemerhatian trend, tingkah laku serta pengaruh budaya pengguna, JD Sports memilih produk yang akan menepati cita rasa pelanggan.

JD Sports turut menampilkan jenama tempatan serta reka bentuk mengikut trend setempat khususnya untuk memenuhi permintaan pengguna di Asia Tenggara.

Memandangkan Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang pelbagai dari segi budaya, bahasa serta gaya hidup, JD Sports menjadikan keperluan sebagai strategi pemasarannya.

Jenama ini telah membangunkan kempen khusus mengikut pasaran yang meraikan keunikan tempatan menerusi pelancaran produk kreatif serta penglibatan bakat tempatan.

Andre Loong Menyifatkan Sambutan Ini Sebagai Penghargaan Buat Rakyat Malaysia

JD Sports kini menjadi hab untuk gaya fesyen streetwear dan athleisure di Malaysia. (Foto: @jdsportsmy / Instagram)

Ketua Pegawai Eksekutif JD Sports Asia Tenggara, Andre Loong berkongsi rasa syukur dan penghargaan sempena pencapaian sedekad itu.

“Ketika kami memulakan JD di Malaysia sepuluh tahun lalu, kami mengenal pasti permintaan terhadap streetwear dan berjaya manjakan pengguna dengan pelbagai jenama antarabangsa. Kami mendengar apa yang pengguna mahukan dan merealisasikannya menerusi pilihan streetwear yang lengkap dari kepala hingga ke kaki, sekali gus menjadikan produk yang dahulunya sukar diperoleh kini mudah didapati di negara ini.”

Ulang tahun ke-10 ini bukan sekadar sambutan bagi JD, tetapi satu penghargaan besar kepada pengguna di Malaysia, komuniti fesyen dan pencipta kandungan yang telah menjadikan jenama ini sebahagian daripada mereka.

“Kami membesar bersama-sama, dan dalam masa akan datang, kami akan terus memecahkan sempadan membeli-belah dengan pengalaman bertaraf dunia serta membawa pilihan kasut, pakaian dan aksesori terbaik, dan paling penting, keluaran ONLY AT JD yang menarik terus kepada pengguna tempatan.”

Baca Artikel Berkaitan: 5 Kasut Yang Setiap Lelaki Wajib Ada Dalam Almari | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Gaya Kasut Wajib Anda Pakai Jika Anda Seorang ‘Fun-Sized’ | TRP

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd