SimplySiti Lancar 2 Warna Eksklusif Gincu Fresh Color Di Cawangan ZUS Coffee
Gincu Fresh Color edisi khas ini boleh didapatkan dengan membuat pembelian SimplySiti Lipstick Bundle A atau Bundle B menerusi aplikasi ZUS di cawangan terpilih.
- SimplySiti melancarkan dua warna eksklusif gincu Fresh Color, Latte Brown Matte dan Milk Tea Brown Moist, di cawangan ZUS Coffee terpilih.
- Pembeli boleh mendapatkan gincu melalui dua bundle dengan pembelian minuman siri Tea Fresh Brew, bermula harga RM25.
- Gincu edisi khas ini mendapat sambutan hangat, dengan laporan stok habis di beberapa cawangan pada hari pertama pelancaran.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Jenama minuman tempatan, Zus Coffee, menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia dengan minumannya yang berkualiti.
Hari ini (27 Julai), jenama produk kosmetik dan kecantikan, SimplySiti melancarkan dua warna eksklusif bagi gincu Fresh Color yang boleh didapatkan di cawangan Zus Coffee terpilih.
Gincu Fresh Color ini disifatkan sebagai tahan lama dengan warna yang pekat dan memberi keselesaan yang berpanjangan buat pengguna.
Pembeli Boleh Pilih Dua Warna Eksklusif Fresh Color Di Cawangan Zus Coffee Terpilih
Menerusi hantaran di media sosial rasmi SimplySiti, terdapat dua warna eksklusif yang dilancarkan dalam kolaborasi ini iaitu:
- Latte Brown Matte
- Milk Tea Brown Moist
Bukan itu sahaja, setiap pembelian gincu Fresh Color di cawangan Zus Coffee juga didatangkan dengan merchandise edisi khas dalam bentuk mystery charms dengan tiga pilihan reka bentuk.
Dapatkan Gincu Fresh Color SimplySiti Menerusi Bundle Siri Tea Fresh Brew
Untuk mendapatkan gincu Fresh Color SimplySiti, orang ramai hanya perlu membuat tempahan menerusi aplikasi ZUS di cawangan terpilih.
Tawaran ini bagaimanapun hanya tersedia bagi tempahan yang dibuat secara Pick Up dan bukan untuk Delivery.
Gincu Fresh Color SimplySiti boleh didapatkan dengan membuat pembelian dari siri ZUS Tea Fresh Brew. Terdapat dua set yang disediakan iaitu:
- SimplySiti Lipstick Bundle A – Beli satu minuman dari siri Tea Fresh Brew dan add-on gincu SimplySiti dengan harga RM25
- SimplySiti Lipstick Bundle B – Beli tiga minuman dari siri Tea Fresh Brew dan dapatkan gincu SimplySiti secara percuma

Minuman pula boleh dipilih daripada enam perisa yang ditawarkan:
- Da Hong Pao Milk Tea
- Jasmine Milk Tea
- White Peach Oolong Milk Tea
- Iced Da Hong Pau Lemon Tea
- Iced White Peach Oolong Lemon Tea
- Iced Jasmine Lemon Tea
Bukan itu sahaja, pembeli juga berpeluang mendapatkan ZUS Giveaway Scratch Card dan ZUS Tea Pocket Mirror secara percuma dengan setiap pembelian SimplySiti Lipstick Bundle selagi stok masih ada.
Orang Ramai Sudah Dapatkan Gincu Fresh Color SimplySiti Edisi ZUS Pada Hari Pertama Dilancarkan
Walaupun baru sahaja dilancarkan hari ini, orang ramai sudah mula mendapatkan gincu Fresh Color SimplySiti yang ditawarkan di cawangan ZUS dan memaparkan hasil buruan masing-masing.
Di Threads, mereka berkongsi mystery charms yang diterima iaitu dengan reka bentuk teko, daun teh dan cawan Zus edisi berwarna merah.
Dalam masa sama, ada juga yang berkongsi tangkap layar dari aplikasi Zus Coffee yang menunjukkan bahawa gincu edisi khas itu telah habis dijual di cawangan berdekatannya.
Seorang individu turut mendakwa diberitahu oleh pekerja bahawa hanya terdapat 12 gincu yang ditawarkan di setiap cawangan.
View on Threads
View on Threads
Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Duta Jenama Zus Coffee
Sebagai info, Pengasas SimplySiti, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, telah dilantik sebagai Duta Jenama Zus Coffee pada awal Julai.
ZUS menyifatkan penyanyi itu sebagai seseorang yang membawa inspirasi kepada rakyat Malaysia.
“Dengan cita rasa tidak ditelan zaman dan reputasi yang berkualiti, beliau adalah Keperluan kami. Bersama-sama kami akan menghasilkan kopi dan teh dengan kesegaran, kualiti dan penjagaan yang rakyat Malaysia kenali dan gemari,” kata ZUS.
Ini juga bukanlah kali pertama Zus Coffee mengadakan kerjasama dengan SimplySiti.
Sempena Hari Ibu pada Mei lalu, Zus telah mengadakan tawaran baucar SimplySiti (diskaun 10% dan 30%) dengan pembelian minuman terpilih.
Baca Artikel Berkaitan: Mengambil Inspirasi Realiti Kehidupan Orang Dewasa, ZUS COFFEE Lancar Kempen ‘ZUS BUDDY: Work In Progress’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.