Now Reading
Bichi Mao Tampil Dalam Pimple Patch Edisi Khas Secret Recipe Bersama SimplyHeal

Bichi Mao Tampil Dalam Pimple Patch Edisi Khas Secret Recipe Bersama SimplyHeal

Tampalan jerawat SimplyHeal siri Secret Recipe boleh didapatkan di semua cawangan Secret Recipe dari 23 Julai hingga 30 September 2026, manakala siri Watsons ditawarkan di cawangan terpilih Watsons bermula 23 Julai.

In Brief
  • Secret Recipe, SimplyHeal, dan Bichi Mao bekerjasama melancarkan koleksi pimple patch edisi khas bermula 24 Julai.
  • Pimple patch "Bye Bye Acne" ini menggunakan tampalan hidrokoloid premium dengan tea tree oil untuk merawat jerawat.
  • Terdapat dua siri tersedia iaitu siri Secret Recipe dan siri Watsons, masing-masing dengan cenderahati eksklusif Bichi Mao.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rangkaian kafe kek terkemuka Malaysia, Secret Recipe, telah melancarkan kerjasama baharu bersama jenama tampalan jerawat Korea, SimplyHeal dan karakter kucing IP tempatan Bichi Mao pada 24 Julai lalu.

Koleksi pimple patch terbaharu ini menggabungkan identiti kek Secret Recipe dengan reka bentuk kucing Bichi Mao, menghasilkan produk penjagaan kulit yang ceria buat para pelanggan.

Koleksi pimple patch ini boleh didapatkan dalam bentuk 18 ke 20 tampalan setiap kotak bergantung kepada siri. Pengguna juga akan menerima kejutan dalam bentuk hadiah percuma edisi terhad.

Foto: Secret Recipe

SimplyHeal Jenama Pimple Patch Bertaraf Perubatan Yang Terkenal

Menerusi kolaborasi ini, ketiga-tiga jenama itu menggandingkan nikmat menjamu selera dengan keseronokan penjagaan kecantikan.

“Kami sukacita untuk berganding bahu dengan SimplyHeal dan Bichi Mao! Kami membawakan ‘detik-detik manis’ menikmati kek dan penjagaan kulit dalam tampalan jerawat unik ini istimewa untuk para pelanggan kami, dan kami berharap reka bentuk yang comel lagi ceria ini dengan kek Secret Recipe kami yang tersendiri akan mengukir senyuman manis di wajah mereka setiap hari,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Secret Recipe, Patrick Sim.

Mengulas tentang produk tampalan jerawat itu, Pengasas Bersama SimplyHeal, Joanne Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dennis Chua berkata, jenama itu tidak asing lagi dengan tampalan jerawat bertaraf perubatan yang berkesan dalam membantu merawat masalah jerawat.

“Namun, bergabung tenaga dengan Secret Recipe dan Bichi Mao membolehkan kami membawa satu dimensi tenaga yang berbeza ke dalam industri kecantikan.

“Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan ikon tempatan yang begitu dikenali ramai, sekaligus menghubungkan budaya pop dengan jenama kegemaran rakyat Malaysia melalui pendekatan yang menjadikan tampalan jerawat sebagai aksesori penjagaan diri yang unggul,” ujar mereka.

Pengasas Bichi Mao Teruja Dengan Kerjasama Hasilkan Tampalan Jerawat

Pengasas dan Pengasas Bersama Bichi Mao, Olive Yong dan Wee Lim, turut memberi sepatah dua kata mengenai kerjasama dengan Secret Recipe yang bermula pada tahun lepas untuk menghasilkan barangan eksklusif.

“Keputusan untuk meneruskan kerjasama pada tahun ini memang wajar bagi kami. Kali ini, kami mahu melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan dan apabila Secret Recipe mencadangkan kerjasama dengan SimplyHeal, kami serta-merta bersetuju.

“Kami begitu seronok memerah idea untuk menghasilkan reka bentuk tampalan yang menarik dan kami tidak sabar untuk orang ramai melihat dan cuba menggunakan produk ini,” kata kedua-dua pengasas bersama itu.

Untuk info, Bichi Mao merupakan karakter kucing yang tampil di dalam webcomic Malaysia dengan lebih dua juta pengikut di laman sosial media.

Foto: Secret Recipe

Dua Siri Koleksi Pimple Patch SimplyHeal: Secret Recipe & Watsons

Pimple patch “Bye Bye Acne” ini merupakan tampalan hidrokoloid premium yang ditambah tea tree oil bagi:

  • Mengurangkan kemerahan
  • Menyembuhkan jerawat
  • Menyerap nanah

Terdapat dua siri set tampalan baharu yang ditawarkan di bawah koleksi ini iaitu siri ‘Secret Recipe’ dan siri ‘Watsons’.

Setiap siri memaparkan reka bentuk pimple patch yang berlainan dengan cenderahati eksklusif:

Siri Secret Recipe – RM12.90 (ahli Secret Recipe Rewards) | RM14.90 (Harga Promosi) | RM28.90 (RRP)

  • 18 Tampalan Jerawat Comel Bichi Mao
  • Bekas Kecil Dengan Cermin Edisi Terhad Bichi Mao
  • Rantai Kunci Goncang Bichi Mao
  • Baucar SimplyHeal: Potongan RM5 dengan perbelanjaan minimum RM20 bagi produk SimplyHeal di kedai Watsons

Siri Watsons – RM15.33 (Harga Promosi) | RM21.90 (RRP)

  • 20 Tampalan Jerawat Comel Bichi Mao
  • Rantai Kunci Goncang Bichi Mao
  • Baucar Secret Recipe: Potongan 50% bagi 1 potong kek dengan pembelian 1 minuman daripada kategori Signature Drinks, Ice Blended dan Milkshake.

Tampalan jerawat SimplyHeal siri Secret Recipe boleh didapatkan di semua cawangan Secret Recipe dari 23 Julai hingga 30 September 2026, manakala siri Watsons ditawarkan di cawangan terpilih Watsons bermula 23 Julai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd