Now Reading
Kenapa Baju-T Boxy Menjadi Kegilaan Ramai Lelaki Bergaya Tahun Ini?

Kenapa Baju-T Boxy Menjadi Kegilaan Ramai Lelaki Bergaya Tahun Ini?

Potongan baju segi empat tepat beri penampilan selesa, santai dan membuatkan kaki anda kelihatan lebih panjang.

In Brief
  • Baju-T boxy, dengan siluet segi empat tepat yang pendek dan longgar, menjadi pilihan utama lelaki bergaya kerana kelihatan kemas pada pelbagai bentuk badan.
  • Trend ini bukan sekadar fesyen sementara, sebaliknya mencerminkan perubahan cita rasa Gen-Z dan milenial yang mahukan gaya baharu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semua sedia maklum bahawa dunia fesyen sentiasa berubah dengan kemunculan pelbagai trend baharu dari semasa ke semasa.

Kini terdapat satu trend yang sangat mudah untuk diikuti sekali gus, membuatkan sesiapa sahaja kelihatan bergaya, iaitu baju t boxy.

Trend ini sering dilihat popular dalam platform media sosial seperti TikTok menjadi pakaian wajib bagi lelaki bergaya.

Trend Paling Mudah Untuk Diikuti Tanpa Kelihatan Janggal

Baju-T Boxy. (Foto: Pinterest)

Menurut YouApparel, trend ini didorong oleh Gen-Z dan milenial yang mahukan perubahan pada potongan baju-T mereka, berbanding gaya oversize atau regular.

Jadi ia bukanlah hanya trend sementara yang akan lapuk beberapa bulan akan datang, sebaliknya satu peralihan gaya fesyen yang mencerminkan cita rasa generasi hari ini.

Potongan Segi Empat Baju-T Boxy Memberikan Penampilan Lebih Selesa Dan Santai

Bagi anda yang masih keliru tentang perbezaannya, baju-T boxy merujuk kepada baju mempunyai siluet longgar dengan bentuk segi empat tepat.

Selain itu, ia juga lebih pendek berbanding baju-t biasa dan akan jatuh di sekitar pinggang atau pinggul supaya memberikan penampilan lebih selesa serta santai.

Ketahui Perbezaan Antara Boxy, Oversized Dan Regular

Memetik semula YouApparel, inilah perbezaan di antara baju-T boxy, oversized dan regular:

  • Regular: Potongan baju-t klasik yang mengikut bentuk badan
  • Oversized: Potongan paling besar, lebar, longgar dan lebih panjang di setiap bahagian.
  • Boxy: Lebih pendek berbanding oversized serta berbentuk segi empat tepat

Menurut GQ British, trend baju-T boxy menjadi popular kerana ia kelihatan cantik pada pelbagai bentuk badan lelaki berbanding baju biasa.

Tidak kisah sama ada anda individu berbadan besar ataupun fun size, baju-T boxy memberi penampilan lebih kemas serta membuatkan kaki kelihatan lebih panjang.

Lima Trend Fesyen Lain Yang Boleh Anda Cuba Sebelum Ia Lapuk

#1. Stokin Berwarna-warni
Cara menggayakan stokin berwarna. (Foto: Pinterest(

Stokin berwarna-warni kini kembali menjadi trend apabila semakin ramai lelaki mula membuka diri untuk menerima lebih banyak warna dalam kehidupan seharian.

Trend ini hanya memerlukan anda memilih stokin berwarna menyeronokkan seperti hijau, merah, kuning dan lain-lain.

#2. Gelang Manik Dan Bandana
Gelang manik dan bandana. (Foto: Pinterest)

Menurut GQ, trend aksesori comel seperti gelang manik dan bandana bermula di Paris Fashion Week beberapa bulan yang lalu mampu menyuntik sedikit elemen perwatakan peribadi dalam gaya harian anda menjadikannya lebih seronok.

#3. Jersi Bola
Jersi bola gaya kasual. (Foto: Pinterest)

Walaupun demam Piala Dunia baru sahaja berakhir tidak bermakna trend jersi bola akan dilupakan begitu sahaja.

Tidak kisah sama ada anda mengenali pasukan, pemain mahupun kelab tersebut. Paling penting adalah warna, gaya rekaannya yang membolehkan anda memakainya sebagai pakaian kasual pada hari minggu.

#4. Chore Coat
Jaket ini selalunya berwarna biru. (Foto: Pinterest(

Dikenali sebagai jaket pekerja di Perancis merupakan pakaian yang berasal sejak abad ke-19.

Dicipta khas untuk pekerja buruh, kereta api dan petani menggunakan kain tahan lasak seperti denim, kapas tebal atau moleskin mempunyai poket dalam untuk memudahkan anda bawa segala barang keperluan.

Selain itu, jaket ini boleh dipakai setiap hari kerana mudah untuk digayakan serta sangat selesa.

#5. Kasut Suede Coklat
Kasut suede coklat. (Foto: Crockett & Jones)

Kasut kulit suede diperbuat daripada kulit haiwan tetapi diambil daripada lapisan dalam berbanding full-grain leather.

Oleh itu, kulit suede lebih lembut dan mudah rosak jika terkena air kerana cirinya yang bukan kalis air.

Namun, jika dijaga dengan betul, kasut suede boleh bertahan lama dan menjadi pasangan paling ideal untuk digayakan bersama baju-T boxy anda.

Baca Artikel Berkaitan: T-Shirt Selalu Buat Anda Nampak Selekeh? Ini Mungkin Sebabnya | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Nak Beli Jam Tangan Mewah Di Butik Tak Semudah Disangka, Ini Sebabnya | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd