[Eksklusif] 4 Daripada 10 Pekerja Di KL Merasakan Kerja Manual Sangat Membosankan – Kajian Kintone
Menurut kajian Kintone, ramai pekerja merasakan kerja secara manual banyak membuang masa melakukan tugasan yang berulang-ulang.
- 41.1% pekerja pejabat di KL merasakan kerja manual yang berlebihan adalah punca utama kekecewaan dalam pekerjaan mereka.
- Kekecewaan bukan berpunca daripada kekurangan teknologi, tetapi penggunaan terlalu banyak sistem yang tidak berhubung antara satu sama lain.
- Penyelesaiannya bukan menambah lebih banyak aplikasi, sebaliknya mempermudahkan sistem bekerja sedia ada bagi meningkatkan produktiviti pekerja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi kebanyakan pekerja pejabat, hari bekerja sering berlalu pantas dengan lambakan tugasan yang tidak pernah habis sehingga menyebabkan ramai menghadapi burnout.
Menurut kajian daripada Kintone, 41.1% pekerja ofis di KL merasakan kerja manual secara berlebihan adalah antara punca utama kekecewaan dalam pekerjaan.
Ini diikuti oleh sistem bekerja yang terlalu rumit (29.8%), kurangnya info, maklumat tentang kerja (16.2%) serta terlalu banyak program digunakan dalam tempat kerja (12.8%).
Kempen Kintone Stress Pressed Juice Bawa Suasana Lebih Santai Mengajak Pekerja Berhenti Rehat Buat Seketika

Menurut Pengarah Urusan Kintone Asia Tenggara, Tsubasa Nakazawa, idea kempen ini lahir daripada hasrat untuk menjadikan isu di tempat kerja lebih mudah ditangani serta didekati.
Bila bercakap tentang produktiviti bekerja, perbualan sering berubah ke arah teknikal, sedangkan realiti sebenar dihadapi oleh pekerja jauh lebih ringkas iaitu isu penat, dan mudah terganggu oleh tugasan yang sepatutnya mudah siap.
“Perbuatan memerah buah oren menjadi satu luahan ringan tentang apa yang dialami oleh ramai pekerja setiap hari, iaitu tekanan kerja berulang, maklumat berselerak dan terlalu banyak sistem bersaing untuk mendapatkan perhatian mereka.” katanya.
Dengan meletakkan aktiviti di kawasan tumpuan bekerja, Kintone berjaya memberikan ramai orang masa seketika untuk bernafas serta rehat.
Selain itu, ramai orang memberikan reaksi jujur serta mesra kerana suasana santai tersebut membuatkan mereka selesa berkongsi masalah sebenar di tempat kerja.
“Mereka boleh terus menceritakan contoh masalah proses kerja secara manual seperti mendapatkan kelulusan, menyemak alatan atau cuba mencari versi maklumat terkini.” tambahnya.
Proses Bekerja Secara Manual Muncul Sebagai Cabaran Paling Kerap Dikongsi Oleh 506 Pekerja

Seramai 506 orang telah mengambil bahagian dalam kajian ini dalam lingkungan usia 25 tahun sehingga 40 tahun.
Dapatan kajian ini juga mendapati 41.1% responden berkongsi bahawa kerja secara manual memberi cabaran terbesar dalam produktiviti mereka walaupun semakin banyak syarikat menggunakan peralatan digital.
Ramai merasakan mereka banyak membuang masa melakukan tugasan yang berulang-ulang seperti menyalin maklumat, mengemas kini sistem, menyediakan laporan dan macam-macam lagi.
Kekecewaan ini bukanlah berpunca daripada kekurangan teknologi. Sebaliknya, adalah penggunaan terlalu banyak teknologi yang tidak berhubung antara satu sama lain.
Pekerja mungkin akan menggunakan satu alat untuk berkomunikasi, mengemas kini status projek, berhubungan dengan pelanggan, mendapatkan urusan kelulusan berbanding menyatukan kesemuanya.
Di situlah pentingnya dalam menghasilkan sebuah sistem yang dapat berhubung antara satu sama lain kerana akan memudahkan proses bekerja serta mengurangkan masalah tugasan yang berulang.
Kerja Yang Baik Bermula Apabila Pekerja Terasa Lebih Tenang
Tsubasa mengakui minatnya dalam bidang ini lahir daripada kepercayaan bahawa kerja secara berpasukan yang baik terhasil apabila kurangnya gangguan di tempat kerja.
Menurutnya, apabila proses berjalan dengan lancar, pekerja dapat menumpukan perhatian untuk berkongsi idea serta bekerja ke arah matlamat yang sama dengan lebih efektif.
“Teknologi tidak sepatutnya hanya berkhidmat untuk pihak pengurusan, tetapi juga boleh memperkasa pekerja harian agar rasa tugas dilakukan lebih mudah dan sentiasa dalam kawalan mereka.” katanya.
Tsubasa turut mengakui dia sendiri berdepan kekecewaan yang sama apabila sistem bekerja terlalu berselerak di banyak tempat.
“Pengalaman seperti itu membuatkan saya sentiasa ingat bahawa gangguan di tempat kerja boleh berlaku di mana-mana sahaja.” tambah Tsubasa.
Mempermudahkan Proses Bekerja Adalah Kunci Untuk Menyelesaikan Masalah Ini

Menurut Tsubasa, jalan penyelesaiannya sebenarnya bukan dengan menambah lebih banyak aplikasi tetapi mempermudahkan sistem bekerja yang sedia ada.
Sebuah syarikat tidak sepatutnya menggunakan teknologi baru serta merta berdasarkan bilangan program digunakan. Sebaliknya, berdasarkan sejauh mana teknologi itu akan memudahkan proses bekerja.
Di samping itu, Tsubasa turut berkongsi satu nasihat yang mudah tetapi penuh bermakna kepada pemilik perniagaan kecil dan sederhana.
“Mulakan dengan mengenal pasti gangguan di tempat kerja, bukan dengan mencari teknologi digunakan. Tetapi, soalan seperti ‘Di mana pasukan kita kehilangan masa?”. katanya.
Selain itu, perkara yang paling menggembirakan bagi Tsubasa adalah melihat keyakinan pekerja meningkat setelah tugasnya menjadi lebih mudah.
Apabila sesuatu maklumat itu jelas dan proses lebih teratur, pekerja tidak lagi akan membuang masa mengagak-agak. Sebaliknya mempunyai ruang untuk bekerjasama, beri idea serta menyiapkan tugas dengan lebih baik.
Tsubasa Kagum Dengan Sikap Positif Dan Praktikal Pekerja Malaysia
Tsubasa juga mengambil peluang untuk memuji sikap pekerja tempatan yang menjadi salah satu tarikan utama kenapa Kintone memberi fokusnya lebih banyak di Malaysia, terutamanya Kuala Lumpur.
“Perkara paling menonjol ialah betapa terbuka dan praktikalnya rakyat Malaysia. Mereka sanggup mencuba cara kerja baharu, tetapi ingin mencari penyelesaian yang boleh digunakan dalam kehidupan sehariannya.” tambahnya.
Malah, Tsubasa juga kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang jujur dan sentiasa berfikir tentang cara untuk meningkatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Menurutnya, ada satu ‘semangat Malaysia’ yang unik dalam mencari jalan penyelesaian agar kerja tetap berjalan menerusi kerjasama serta sikap saling membantu.
Menjelang Kintone Days Global 2026 pada September ini, Tsubasa berharap orang ramai pulang dengan satu pandangan baharu.
“Kerja yang lebih baik tidak semestinya datang daripada menambah lebih banyak alat. Kadangkala, ia datang daripada menyingkirkan perkara-perkara kecil yang memperlahankan orang,” kata Tsubasa.
Jika ‘Stress Pressed Juice’ Ada Rasa, Begini Gambaran Manis Buat Pekerja Di KL
Di sebalik perkongsian tentang kajian daripada Kintone, Tsubasa turut berkongsi perisa jus yang dapat menggambarkan perasaan pekerja di KL.
“Saya rasa ia akan memberikan rasa yang menyegarkan dengan sedikit rasa tajam seperti buah oren segar dengan limau.” katanya sambil tersenyum.
Menurutnya, rasa itu cukup sesuai kerana KL dipenuhi dengan tenaga, cita-cita serta sikap optimistik walaupun pada masa yang sama turut menghadapi tekanan daripada hari bekerja.
Baginya, dengan proses aliran bekerja bertambah baik, rasa pengalaman bekerja itu akan berubah menjadi lebih manis dari semasa ke semasa.
Kempen ‘Stress Pressed Juice’ Yang Telah Berlangsung Di KL Eco City Mall
Kempen pop-up Kintone yang telah diadakan selama dua hari di KL Eco City Mall pada 25 dan 26 Jun lalu telah berjaya menarik seramai 506 peserta, majoritinya pekerjaan profesional berusia 25 hingga 40 tahun yang bekerja di sekitar kawasan tersebut.
Menerusi kempen ini, para peserta dijemput untuk memerah segala stres tekanan kerja mereka ke dalam segelas jus oren sambil berkongsi perkara yang membuatkan mereka rasa terbeban dengan situasi pekerjaan hari ini.
Format tersebut telah berjaya menghasilkan suasana santai yang memberi peluang kepada golongan pekerja untuk meluahkan tanpa rasa terbeban.
“Matlamat pop-up ini adalah untuk bertemu para profesional yang sentiasa sibuk di tempat mereka bekerja dan mewujudkan ruang yang santai serta selesa membolehkan mereka berkongsi pelbagai perkara berkaitan kerja.” kata Tsubasa.
Kintone Kini Dipercayai Lebih Daripada 42,000 Syarikat Di Seluruh Dunia
Untuk pengetahuan am, Kintone ialah sebuah platform digital yang dibangunkan oleh Cybozu, syarikat perisian terkemuka dari Jepun.
Platform ini dicipta supaya mudah disesuaikan mengikut setiap keperluan syarikat daripada pelbagai industri yang ingin meningkatkan produktiviti.
Operasi Asia Tenggara Kintone berpusat di Kuala Lumpur dan disokong sepenuhnya oleh pasukan tempatan di Malaysia yang menyediakan khidmat sokongan untuk pelanggan.
Setakat ini, Kintone dipercayai oleh lebih 42,000 syarikat di seluruh dunia termasuk lebih 46% syarikat pasaran Prime yang tersenarai di Bursa Saham Tokyo (TSE). Platform ini telah membantu organisasi untuk menggantikan sistem yang berselerak serta proses manual kepada aliran kerja digital yang lebih selamat serta fleksibel.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.