Now Reading
DK, Seungkwan & Dino SEVENTEEN Bakal Hadir Ke Malaysia & Anda Berpeluang Untuk Bertemu Dengan Mereka

DK, Seungkwan & Dino SEVENTEEN Bakal Hadir Ke Malaysia & Anda Berpeluang Untuk Bertemu Dengan Mereka

Skechers Malaysia akan memilih 200 peminat bertuah untuk bertemu tiga bintang K-pop pada 28 Ogos ini.

In Brief
  • Skechers Malaysia melancarkan peraduan Meet & Greet menampilkan DK, Seungkwan dan Dino SEVENTEEN sempena pembukaan kedai di Sunway Pyramid.
  • Sebanyak 200 tiket eksklusif ditawarkan kepada peminat bertuah melalui empat langkah mudah melibatkan media sosial dan pendaftaran ahli Skechers.
  • Tempoh penyertaan bermula 21 Julai hingga 15 Ogos 2026, dengan keputusan pemenang diumumkan pada 18 Ogos 2026.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


CARAT Malaysia kini berpeluang untuk bertemu tiga ahli kumpulan SEVENTEEN (SVT) menerusi acara pembukaan kedai Skechers di Sunway Pyramid pada 28 Ogos ini.

Hari ini (21 Julai), secara rasmi Skechers Malaysia telah melancarkan peraduan Meet & Greet yang menampilkan duta mereka iaitu DK, Seungkwan dan Dino.

Sebanyak 200 tiket eksklusif akan ditawarkan kepada peminat yang bertuah sepanjang tempoh ini.

200 Tiket Eksklusif Untuk Dimenangi Oleh Peminat Seventeen

13 ahli kumpulan Seventeen. (Foto: Rolling Stone)

Meet & Greet ini dilancarkan hari ini susulan pengumuman teaser yang dikeluarkan oleh Skechers Malaysia pada minggu lepas.

Menurut Skechers, seramai 200 peminat bertuah bakal memenangi tiket Meet & Greet eksklusif ini untuk bertemu tiga bintang Korean Pop (K-pop) tersebut.

Dalam masa sama, peraduan ini dikhaskan kepada ahli Skechers sahaja bermaksud anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menyertainnya.

Lakukan Empat Langkah Mudah Ini Di Kedai Skechers Untuk Berjumpa SVT

Cara untuk anda mendapatkan peluang untuk berjumpa oppa mudah sahaja dengan melakukan empat langkah ini:

#1. Langkah Pertama

Peserta perlu mendaftar sebagai ahli Skechers menerusi laman pendaftaran rasmi mereka.

#2. Langkah Kedua

Ambil gambar atau video bersama standee atau lightbox DK, Seungkwan dan Dino di kedai Skechers di seluruh negara.

#3. Langkah Ketiga

Muat naik foto atau video terbaik anda di salah satu platform media sosial sama ada Facebook, Instagram, Threads atau TikTok dengan akaun tidak ditetapkan sebagai private.

#4. Langkah Keempat

Peserta juga perlu tag akaun rasmi Skechers, iaitu Skechers MY (Facebook), @skechersmalaysia (Instagram dan Threads) serta @skechersmy di TikTok.

Tambahan pula, jangan lupa untuk sertakan hashtag ini:

  • #SkechersMY
  • #SkechersSunwayPyramid
  • #SKECHERSwithDK
  • #SKECHERSwithSEUNGKWAN
  • #SKECHERSwithDINO

Akhir sekali, anda perlu menghantar link pautan sebagai bukti penyertaan menerusi borang penyerahan rasmi yang disediakan oleh Skechers.

Peraduan Berlangsung Sehingga 15 Ogos & Pemenang Akan Diumukan Pada 18 Ogos

Tempoh penyertaan Meet & Greet ini bermula secara rasmi hari ini (21 Julai) sehingga 15 Ogos 2026, jam 11:59 waktu Malaysia.

Menurut Skechers, semua penyertaan mesti dihantar menerusi borang rasmi, manakala penyertaan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Seterusnya, keputusan pemenang akan diumumkan pada 18 Ogos 2026.

Tambahan pula, hanya 200 pemenang akan dipilih dengan setiap pemenang berhak menerima satu tiket kemasukan sahaja.

SEVENTEEN Merupakan Antara Kumpulan K-Pop Paling Berpengaruh Di Dunia

Seventeen. (Foto: Prestige Online)

Untuk info tambahan, SEVENTEEN merupakan sebuah kumpulan penyanyi lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Pledis Entertainment pada tahun 2015.

Kumpulan ini terdiri daripada 13 orang ahli, iaitu S.Coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, The8, Seungkwan, Vernon dan Dino.

Menariknya, SVT dikenali sebagai kumpulan penyanyi yang menghasilkan lagu sendiri kerana ahlinya terlibat secara langsung dalam penulisan, penerbitan serta koreografi persembahan mereka.

Selain itu, kumpulan ini membuat penampilan sulung pada 26 Mei 2015 menerusi extended play (EP) 17 Carat yang telah menjadi album K-pop paling lama tersenarai pada tahun itu di Amerika Syarikat.

Malah, ia turut menjadi satu-satunya album kumpulan baharu yang tersenarai dalam 10 Best K-pop Albums of 2015 oleh Billboard.

Sejak itu, SVT telah mengeluarkan lima album yang kesemuanya berjaya meraih carta tinggi di Circle Album Chart di Korea Selatan di samping EP dalam bahasa Korea serta Jepun.

SVT turut dibahagikan kepada tiga unit iaitu hip-hop, vokal dan persembahan dengan setiap unit mempunyai identiti serta kepakaran tersendiri.

Di samping itu, mereka juga telah menghasilkan enam sub-unit, iaitu BSS, JxW, HxW, CxM, DxS dan V8.

SVT juga sering digelar sebagai Performance Kings, K-pop Performance Powerhouse dan Kings of Synchronization oleh media antarabangsa.

Tidak lupa juga, kelab peminat rasmi SVT diberikan nama Carat sempena unit ukuran berlian yang merujuk kepada EP sulung mereka 17 Carat dengan lagunya Shining Diamond.

Buat peminat setia SVT di Malaysia, inilah peluang terbaik untuk anda bertemu DK, Seungkwan dan Dino sekali gus mencipta kenangan yang sukar dilupakan.

Baca Artikel Berkaitan: T-ara Kembali Ke Malaysia, Konsert ‘Fan-Con’ Khas Buat Para Peminat | TRP

Baca Artikel Berkaitan: Andrew Choi Suara Nyanyian Jinu Dari ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Ke Singapura | TRP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd