Masjid Punchbowl Di Sydney Diiktiraf Antara Masjid Tercantik Di Dunia
Kesemua 99 kubah masjid ini diukir dengan 99 nama Allah dalam tulisan khat.
- Masjid Punchbowl di Sydney, dibuka pada 2018, direka oleh Candalepas Associates dengan seni bina brutalist yang unik dan cantik.
- Masjid ini boleh menampung 300 jemaah, menampilkan 99 kubah kecil berukir nama Allah oleh pengukir dari Turki.
- Arkitek Candalepas, seorang penganut Kristian Ortodoks, mereka masjid ini supaya mesra kepada semua orang tanpa mengira agama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Majoriti seni bina masjid di negara kita mempunyai rupa yang tetap contohnya seperti kubah dan menara di setiap penjuru, kan?
Tetapi siapa sangka masjid di Sydney, Australia dihasilkan menerusi reka bentuk brutalist memberi rupa sangat unik serta cantik sehingga tular di media sosial, X.
Masjid yang diberikan nama Punchbowl merupakan hasil kerja firma Candalepas Associates telah dibuka sejak tahun 2018.
Reka bentuknya yang luar biasa dan sangat berbeza menjadikannya antara masjid paling cantik di dunia!
Masjid Yang Dibina Sebagai Rumah Baru Untuk Australian Islamic Mission

Menurut Wallpaper*, masjid ini dibina sebagai rumah kepada Australian Islamic Mission serta menjadi pusat komuniti tempatan di situ.
Masjid ini boleh menampung sehingga 300 jemaah dalam satu masa dan merupakan dasa pertama daripada projek dua peringkat untuk komuniti islam di situ.
Di samping itu, fasa kedua pula memberi fokus kepada pembinaan bangunan untuk komuniti tempatan mengelilingi masjid bagi merapatkan hubungan masyarakat.
Candalepas Associate sengaja memberikan masjid ini seni bina yang unik supaya ia kekal berbeza serta menonjol daripada bangunan lain yang dibina pada masa hadapan.
Reka Bentuk Disusun Dengan Dua Laman Yang Berhubung Antara Satu Sama Lain

Menurut Arch Daily, keseluruhan masjid ini disusun secara bentuk quadrangel dengan dua laman yang berhubung antara satu sama lain.
Laman pertama yang bersifat lebih terbuka memudahkan orang ramai untuk masuk ke dalam masjid melalui jalan utama bersebelahannya dan sering digunakan sebagai ruang orientasi serta tempat berhimpun para jemaah.
Manakala, laman kedua akan membawa para jemaah kepada ruang solat lebih besar sesuai untuk hari perayaan ataupun acara-acara tertentu.
Ruang Yang Memisahkan Jemaah Lelaki Dan Wanita Ketika Mengambil Wuduk
Untuk memasuki ke dalam masjid ini, jemaah lelaki dan perempuan akan melalui laman pertama dan akan dipisahkan di ruang mengambil wuduk sebelum menunaikan solat.
Jemaah lelaki akan membelok ke kanan menghala ke ruang wuduk lelaki berbentuk segi tiga di aras bawah, sebelum masuk ke dewan solat utama.
Sebaliknya, jemaah wanita pula melalui bahagian menara di sebelah kiri laman menuju ruang wuduk wanita. Menariknya dewan ini berada di bawah kubah kayu menempatkan mereka di jantung masjid tersebut.
Mengambil Inspirasi Dari Seni Bina Tradisional Islam, Muqarnas

Untuk pengetahuan am, cahaya semula jadi menjadi elemen paling penting yang menghidupkan ruang solat masjid ini.
Siling konkrit yang curam di ruang solat utama mengambil inspirasi daripada seni bina bilik kebah tradisional Islam iaitu Muqarnas.
Selain itu, setiap satu daripada 102 muqarnas konkrit itu mempunyai lubang bergaris seluas 30 milimeter di bahagian tengahnya untuk memberi laluan cahaya matahari masuk ke dalam ruang solat menerangi pergerakan matahari dari subuh sehingga isyak.
Di samping itu, facade kayu lut sinar dua tingkat akan menapis kemasukan cahaya di pintu masuk utama menghasilkan suasana yang sentiasa berubah sepanjang waktu solat.
Dinding Konkrit Menghala Ke Kota Mekah
Satu lagi elemen menarik tentang masjid ini ialah dinding konkrit yang terjulur keluar daripada pintu masuk utama yang disengajakan bagi memecahkan geometri ruang solat utama.
Dalam masa sama, kedudukan dinding tersebut berperanan untuk mengarahkan jemaah menghadap ke Kota Mekah ibarat penanda aras kiblat.
Kubah Tradisional Yang Diolah Semula Menjadi 99 Kubah Kecil

Elemen paling menarik perhatian tentang rumah ibadah ini adalah pengolahan semula kubah tradisional yang sangat sinonim dalam seni bina masjid.
Menurut arkiteknya, Angelo Candalepas, kubah tradisional dikekalkan tetapi diolah semula menjadi 99 saiz kecil yang menurun secara berperingkat dan telah diukir dengan nama Allah dalam tulisan khat oleh pengukir dari Turki.
Selain itu, Candalepas ingin menghasilkan sebuah bangunan yang mampu hidup selama 1,000 tahun supaya orang ramai dapat menghayati kepentingan mencipta sesuatu yang mampu bertahan lama.
Arkitek Yang Teragak-Agak Ingin Membina Sebuah Masjid
Di sebalik kecantikan masjid ini tersembunyi kisah menarik tentang arkiteknya sendiri kerana Candalepas merupakan seorang penganut Kristian Ortodoks yang mengakui agak terkejut apabila dihubungi untuk membina rumah ibadah ini.
“Saya tidak pernah membayangkan diri saya sebagai seseorang yang akan membina sebuah masjid.” katanya.
“Ia bukan sesuatu yang negatif, sebaliknya lebih kepada perasaan tidak menyedari bahawa saya mampu mencipta sesuatu untuk sebuah agama saya sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya.” tambah Candalepas.
Untuk mencari inspirasi, Candalepas telah berjalan sehingga ke Ahmedabad dan Agra di India bagi membentuk visinya tentang sebuah masjid yang boleh mewakili komuniti muslim di Australia.
“Saya mahukan sebuah bangunan yang melihat kepada dua arah iaitu hadapan dan belakang.” ujarnya.
Candalepas turut berharap masjid ini mampu menghidupkan komuniti muslim di Punchbowl dan sengaja direka supaya ia terasa mesra kepada seluruh orang tanpa mengira agama.
“Laman ini membolehkan semua orang menggunakan bangunan ini. Pintunya menghala ke arah jalan supaya ia sentiasa terbuka kepada orang ramai.” kata Candalepas.
Sementara itu, Timothy Horton, pengarah festival bagi Sydney Architect Festival berkata, “Masjid Punchbowl ini merupakan sebuah karya agung seni bina moden dan bakal menjadi salah satu ikon baharu di barat Sydney yang terkenal dengan kepelbagaian budaya paling pesat membangun di Australia.”
Ini 5 Lokasi Kids-Friendly Di Sydney Untuk Bawa Keluarga Bercuti
Selain daripada masjid Punchbowl, terdapat 5 lokasi menarik yang anda boleh pergi bersama keluarga dan anak kecil ketika bercuti di Sydney.
#1. Circular Quay

Sebuah hab pengangkutan utama di Pelabuhan Sydney menempatkan dua mercu tanda terkenal Australia iaitu Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge, lengkap dengan deretan kafe di tepi pelabuhan.
#2. Bondi to Bronte Coastal Walk

Laluan tepi pantai sejauh 1 kilometer ini bermula dari Bondi Promenade dan berakhir di Bondi Beach lengkap dengan taman permainan dan kolam yang sesuai untuk kanak-kanak.
#3. Taronga Zoo

Zoo seluas 28 hektar ini menjadi rumah kepada 5,000 haiwan daripada 350 spesies berbeza dan dibuka dari 9:30 pagi hingga 4:30/5:00 petang mengikut musim.
#4. Darling Harbour

Terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari pusat bandar (CBD), ia menempatkan Sea Life Sydney Aquarium, Wild Life Sydney dan pawagam IMAX untuk anda bersama keluarga menikmati persekitarannya.
#5. Royal Botanic Garden

Taman botani seluas 30 hektar di Farm Cove telah dibuka sejak tahun 1816 dan merupakan antara institusi saintifik tertua di Australia.
Di sebalik sebuah masjid yang terhasil daripada seni bina moden dengan agama Islam, Sydney menyimpan pelbagai pengalaman menarik yang menanti untuk anda terokai.
Islamic-Brutalist mosque in Sydney. pic.twitter.com/xvJ4p3cZYg
— л (@yetoshi24) July 15, 2026
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Perth, Australia Semakin Menjadi Pilihan Ibu Bapa Bercuti Dengan Anak Kecil | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Nak Ke Australia? Ini Tips Penting Untuk Mohon Visa | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.